Khamis, 14 Januari 2010

Pengurus rugi RM16,000 ditipu Awang Hitam

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI


mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my






RAMLAH menunjukkan salinan resit bank bernilai RM16,000 yang dimasukkan ke dalam akaun seorang wanita tempatan selepas diperdaya sindiket Awang Hitam semalam.



--------------------------------------------------------------------------------








KERATAN Kosmo! 20 September 2009.



--------------------------------------------------------------------------------







KUALA LUMPUR - Tergoda dengan janji manis yang ditabur, seorang lagi wanita bujang berjawatan pengurus kerugian RM16,000 apabila masuk perangkap satu sindiket yang dianggotai oleh warga Afrika awal Disember lalu.



Sebelum ini, Kosmo! bertarikh 20 September 2009 melaporkan kes yang sama menimpa Sheila, 36, yang kerugian RM25,500 dalam tempoh empat hari akibat terpedaya dengan helah sindiket Awang Hitam.



Sindiket yang beroperasi di negara ini akan menggoda wanita berusia melalui Internet dengan kata-kata romantis dan berjanji akan mengakhiri hubungan dengan perkahwinan.



Mangsa yang dikenali sebagai Ramlah, 36, memberitahu, segala-galanya bermula apabila dia yang kecewa selepas putus cinta baru-baru ini mencari rakan baru sebelum berkenalan dengan lelaki Kanada dikenali sebagai James, 45, melalui Internet.



"Dia begitu istimewa, baik serta sering menggunakan kata-kata cinta yang romantis ketika bersembang hingga mampu membuatkan saya tergoda.



"Tidak puas dengan chatting, saya kemudiannya telah memberikan nombor telefon bimbit supaya saya dapat mendengar suaranya untuk melapaskan rindu," katanya ketika ditemui semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan