Khamis, 14 Januari 2010

RapidKL balik ke zaman bas mini

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR


berita@kosmo.com.my





BAS mini yang begitu popular di ibu kota satu ketika dulu sarat dengan pelbagai masalah perkhidmatan.



--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR - Sekali pandang, bas Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) memang canggih dan pasti selesa dinaiki.



Hakikatnya, kepincangan dalam perkhidmatan mereka, baik dari segi jaminan menepati masa, cara pemanduan, tahap keselesaan penumpang dan aspek keselamatan mengimbau kembali ingatan warga kota kepada era bas mini yang pernah menjadi 'raja jalan raya' satu ketika dulu.



Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, masalah yang membelenggu RapidKL itu perlu diatasi segera jika syarikat itu tidak mahu tahap perkhidmatan mereka dicap sama seperti era bas mini satu masa dahulu.



"Kita sokong RapidKL kerana mereka menjanjikan perkhidmatan lebih baik tetapi jika masalah-masalah ini tidak diatasi, kualiti mereka sama seperti zaman bas mini,'' tegas beliau.



Beliau mengingatkan RapidKL bahawa para penumpang boleh hilang keyakinan terhadap syarikat itu.



Mohd. Yusof menggesa pihak berkuasa supaya segera mengenal pasti punca perkhidmatan RapidKL tidak dapat memenuhi matlamat dan piagamnya sendiri termasuk menjalin kerjasama dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya penguatkuasaan dapat dijalankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan