Jumaat, 5 Februari 2010
TNC UM pula didesak letak jawatan
Feb 5, 10 4:23pm
Sekumpulan 50 mahasiswa dihalang daripada memasuki Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM) bagi mendesak timbalan naib canseor bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Dr Azarae Idris meletakkan jawatan, susulan daripada keputusan pilihan raya kampus minggu lalu.
Diketuai pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh, kumpulan tersebut sebelumnya, berarak daripada Akademi Pengajian Islam (API) sambil membawa satu patung sebagai tanda 'mahasiswa ditindas.'
Pihak keselamatan univesiti membuat dua sekatan bagi menghalang kumpulan tersebut daripada terus mara, namun kesemua mereka berjaya meloloskan diri.
Sekatan pertama oleh anggota keselamatan universiti diadakan berhampiran Kolej Kediaman Kelima, manakala satu lagi berdekatan Kolej Kediaman Kedua.
Komplek Perdana Siswa itu kini dikawal beberapa anggota polis, sementara para pelajar berkenaan sedang berunding dengan Dr Azarae.
Bagaimanapun, pada kira-kira jam 4.15 petang, empat orang wakil pelajar dibenarkan masuk menyerahkan patung tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan