Khamis, 18 Mac 2010

Mantan pemimpin SNAP meninggal dunia

Oleh Masdar Wahid






KUALA LUMPUR: Bekas Pemimpin Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Senator Datuk Seri Joseph Balan Seling, 74, meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, Sarawak pada jam 2.30 pagi semalam.



Mendiang pada awalnya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan KPJ setelah mengadu sakit perut pada pagi 12 Mac lalu, sebelum dihantar dan dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah pada malam hari yang sama selepas disahkan menghidap komplikasi usus.



Hasil perkahwinannya dengan Datin Sri Mariam Balan Seling, pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Esther Mujan Balan, Elizabeth Muda Balan, Grace Dayang Balan, Joseph Madang Balan, Sharon Muda Tony Ngimat dan Nicholas Sagau Tony Ngimat dan seorang anak angkat Datuk Lorna Enan Muloon serta tiga orang cucu.



Mendiang yang berasal dari Long Wat, Apoh, Ulu Baram merupakan seorang tokoh yang amat disegani terutamanya dalam kalangan masyarakat Orang Ulu selain pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Lada Malaysia sepanjang hayatnya.



Mayat mendiang akan dibawa dari kediaman di BDC pada jam 10.30 pagi esok untuk ke Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Iris Garden sebelum dikebumikan di Kawasan Perkuburan SIB Siburan di Kilometer 17 Jalan Kuching-Serian pada hari yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan