Khamis, 22 April 2010

PRK Sibu : Ketua Kampung dipecat jika sokong Pakatan Rakyat - Exco BN

Wednesday, 21 April 2010 2:09 PM

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)



KUALA LUMPUR : Demokrasi terkubur! Itu ungkapan sesuai untuk menggambarkan keadaan di negeri Sarawak ketika ini.



Apa tidaknya, pemimpin BN di negeri itu termasuklah Exco kerajaan negeri bertindak samseng apabila mengugut Ketua Kampung di Sarawak agar jangan menyokong Pakatan Rakyat atau berdepan tindakan dipecat dari jawatan mereka.



Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri Sarawak, Michael Manyin Jawong berkata, Ketua kaum di negeri itu, yang menyokong Pakatan Rakyat secara terbuka akan dipecat dan tidak akan dilantik bagi penggal seterusnya.



“Jika mereka (ketua kaum) dengan terbukanya tidak menyokong kerajaan, maka Pegawai Daerah boleh merekomenkan jawatan mereka (untuk) digugurkan.



“Bagaimanapun, mereka akan dimaklumkan terlebih dahulu menerusi surat dan selepas itu tempoh perkhidmatan mereka akan ditamatkan lebih awal,” katanya dalam Program Latihan Ketua Masyarakat Bahagian Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, di Kuching.



Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN itu, ketua kaum perlu menyokong kerajaan bukan hanya mereka dilantik oleh kerajaan, tetapi juga diberi elaun RM450 setiap bulan dan selepas tempoh itu, tempoh jawatan mereka akan dinilai sama ada akan diperbaharui atau tidak.



Adun BN itu turut menghalang Ketua Kampung di negeri Sarawak agar tidak mengadakan kempen secara terbuka terhadap Pakatan Rakyat.



“ Walaupun tidak dapat memainkan peranan dalam bidang politik secara langsung, tetapi ia tidak menghalang ketua kaum berkempen untuk pihak kerajaan.



“Mereka tidak boleh menyokong pembangkang (Pakatan Rakyat), tetapi mereka boleh menyokong kerajaan (Barisan Nasional),” katanya.



Sarawak akan berhadapan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu yang Penamaan Calon ditetapkan pada 8 Mei ini dengan pengundiaannya ditetapkan pada 16 Mei.



Pakatan Rakyat di Sarawak terdiri daripada DAP, PKR, SNAP dan PAS dan rekod menunjukkan budaya ugut dikalangan pemimpin BN di Sarawak sesuatu yang lumrah dan seolah-olah satu budaya memandangkan negeri Sarawak sejak puliuhan tahun lalu kekal dalam cengkaman Ketua Menteri paling lama di Malaysia iaitu Taib Mahmud.



Beliau telah menjadi Ketua Menteri sejak era Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussien Onn.

1 ulasan:

  1. saya seorang tkw/tki malaysia,,,,,kami sekeluarga tak lupa mengucapkan terima kasih banyak kepada KI DEWO atas nomor togel toto magnum yang Aki berikan 4 angka pada hari minggu 11-12-2016 yaitu (3892) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus KI DEWO dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utang2 saya yang ada sama tetangga.dan juga di BANK BRI dan bukan hanya itu KY saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan Aki.. sekali lagi makasih banyak ya KI DEWO… bagi saudara yang suka main togel yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DEWO di no ((( +62852-9527-1555 ))) http://bocoranlive4d5d6dtotomalaysia.blogspot.co.id/ Dan anda bisa seperti saya…menang togel 550 juta, wassalam,.ADA PUN JUGA BANTUAN YANG BISA ANDA DAPATKAN YAITU PESUGIHAN DANA GAIB TANPA TUMBAL/RESIKO

    BalasPadam