Ahad, 23 Mei 2010

Kalah Di Sibu, BN Balas Dendam

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)




KUALA LUMPUR : Timbalan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen mengutuk sikap yang ditunjukan oleh Barisan Nasional(BN) di Sarawak yang menggunakan kedudukan majoriti mereka dalam DUN Sarawak untuk mengahalang dua Adun Pakatan daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.



Mereka mengunakan kuasa undi majoriti mereka untuk menghukum Ahli Parlimen Padungan (AP) Dominique Ng Kim Ho yang mewakili PKR dan AP Kota sentosa (DAP) Chong Chieng Jen.



"Dominique digantung kerana kononnya menghina Dewan dengan mengeluarkan kenyataan ‘Kanggaroo Court’ manakala Chieng Jen dikatakan membuat tuduhan liar terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman,"



"Kesemua ‘kesalahan’ dilakukan pada Mei tahun lepas tetapi mereka mengambil tempoh setahun untuk memberikan hukuman," kata Herman.



Beliau berkata, ketua Pembangkang Wong Ho Leng (DAP-Bukit Asek) yang juga AP Baru Sibu, juga pernah digantung oleh DUN Sarawak selama setahun dan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN pada tahun lepas kerana membangkitkan isu tanah dalam sidang DUN.



Bagi Herman, BN Sarawak mengunakan majoriti yang mereka ada bagi menghalang Adun Pakatan dari memasuki DUN dan apa yang mereka lakukan ini amat memalukan.



"Mereka tidak mampu berhujah dengan Adun Pakatan. Mereka kecewa besar selepas tewas di Sibu, dan hukuman mengantung dua Adun Pakatan mereka jadikan peluang untuk membalas dendam.



"Pasti rakyat akan lebih marah kepada BN selepas ini," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan