Oleh: notan
"Assalamualaikum,,..
Terpampang di dada akhbar beberapa orang termasuk wakil rakyat dan imam masjid(menurut berita itulah) sedang berdoa di dalam sungai dengan tujuan menghalau buaya dari mengacau SUKMA yang bakal di adakan di negeri yang berkerajaan BUAYA Di Melaka.
Buaya yang menjadi kebangggaan Ali Rustam di zoonya diberitakan sedang memberi amaran kepada penduduk Melaka di ambang SUKMA.Justeru itu anak buah Ali buaya Rustam turun ke sungai untuk menunjukkan kejantanan mereka menghalau buaya.Tidak pernah dibuat orang, untuk menghalau buaya, berdoa sambil basah kuyup di dalam sungai.Inilah dikatakan kehebatan atau mungkin juga kebengongan UMNO yang membentuk kerajaan buaya di Melaka setelah bos besar mereka meluluskan lesen judi piala dunia untuk vincent Tan.
Apa lagi yang ada pada UMNO selain bengong?Dulu mereka sibuk bersolat hajat meminta ribut untuk monsoon cup, sebelum itu berdoa untuk tahan hujan bagi membolehkan perlawanan bolasepak diadakan dan sekarang doa halau buaya untuk bersuka ria di SUKMA.
Apa dia orang ingat doa tu apa?Jampi mentera?Terlebih lagi apabila dilapurkan doa tersebut disertai oleh imam masjid(mungkin bohong).Dia orang ingat agama ini untuk suka suka, untuk bermain, bersenda gurauan.Gangguan buaya tidak dilihat sebagai ancaman atau amaran apatah lagi ianya berlaku di negeri yang menyiksa buaya dia zoonya malah dipimpin oleh pemimpin berperangai buaya.Dulu ada buaya Tambi Chik, sekarang dipimpin pula oleh buaya Ali Rustam.
Berita doa halau buaya itu hanyalah mendedahkan lagi kebengongan UMNO dalam menangani masalah hidup.Tetapi alangkah bagusnya kalau doa itu diketuai oleh JK atau Dr.Mashitah, barulah terserlah keilmuan mereka yang sehingga kini berdiam diri mengenai judi tetapi memberi laluan kepada bapak judi mempengerusikan mensyuarat yang membincangkan hal ehwal Islam.
Memang buaya segala buaya ialah UMNO termasuk para ulamaknya dan ustaz ustaz yang petah bercakap di forum forum perdana ehwal Islam atau rancangan kuliyyah atau di mana mana program iman dan Islam.Buaya UMNO lebih bahaya dari buaya yang menunjukkan diri di pantai pantai Melaka kerana buaya buaya itu hanya memberi amaran kepada kehidupan mereka yang semakin dicemari oleh manusia bernama UMNO sedangkan buaya UMNO sudah banyak membunuh anak bangsa sendiri dan akan terus mengganas sekiranya tidak dihalang.
Apa kata pula kalau ada orang yang berdoa agar muncul buaya mengganas ketika SUKMA nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan