Panas: Israel Ganas ! Serang Aktivis Kemanusiaan Gaza Tanpa Senjata, Apa Bezanya Pihak Polis Kita Yang Sanggup Menggempur Rakyat Tanpa Senjata
Kita terkejut mendengar tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan tentera Israel menggempur dua buah kapal yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Tindakan ganas rejim Zionis itu bukan sahaja menyebabkan manusia di seluruh dunia mengutuk Israel, malah terbaru kerajaan Mesir pula bersedia membuka sempadannya untuk dijadikan laluan penghantaran bekalan bantuan kemanusiaan. Itu pun selepas sekian lama dilihat bersekongkol dengan Israel sebelum ini. Ramai yang kecewa dan mengganggap tindakan tentera Israel menyerang dan menawan aktivis keamanan yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza itu. Malah tidak kurang juga yang mengutuk dan mendakwa, tindakan Israel itu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Memang benar, keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel itu amatlah tidak masuk akal dan boleh dimaafkan sama sekali. Tambahan pula, kesemua aktivis terbabit sebenarnya melakukan tugas yang luhur dan murni, mahu memberi bantuan kepada penduduk Gaza yang kini dibelenggu dengan berbagai masalah dan kesengsaraan. Makanya, tidak wajar Israel menghalang misi tersebut. Halangan yang dibuat itu bermakna, Israel sengaja mahu memastikan rakyat Gaza terus tersiksa dan tertekan akibat kekurangan segalanya. Tambah mengejutkan lagi apabila tentera Israel yang menyerang kapal yang membawa aktivis terbabit iaitu Mavi Marmara dan Rachel Corrie, langsung tidak dapat membezakan antara misi bantuan atau ingin berperang. Aktivis yang tidak bersenjata itu telah diberi pelbagai tekanan malah ada juga yang ditembak sesuka hati oleh mereka. Alasan yang diberikan, kononnya kapal terbabit turut membawa beberapa orang pengganas yang akan menyerang Israel.
Apa Bezanya FRU Serang Rakyat Tanpa Senjata
Jika itulah alasannya, maka kenapa kerajaan Malaysia dan rakyat terutamanya puak-puak UMNO BN tidak membuat bantahan yang sama terhadap keganasan dan tindakan yang dilakukan oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terhadap rakyat negara ini sendiri. Bukankah mereka melakukan "misi kemanusiaan" yang sama seperti "Misi Ke Gaza". Cuma bezanya, misi rakyat adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara terhadap beberapa isu besar yang dipercayai menindas mereka seperti isu manusuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kembalikan kedaulatan bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik (PPMSI) serta kembalikan erti demokrasi dalam sebuah pilihanraya yang adil dan telus (BERSIH). Perhimpunan aman yang disertai ribuan rakyat itu bukan sahaja diharamkan, malah mereka juga diperlakukan seperti binatang. Tidak cukup dengan tendang, terajang, pukul malah lebih dasyat lagi mereka menyembur gas pemedih mata dan water canon untuk menghalang kemaraan rakyat. Soalnya sekarang, adakah rakyat membawa senjata ketika perhimpunan aman itu dilakukan?. Maka, kenapa pihakpolis sanggup menggempur mereka dengan membuta tuli?. Siapa yang memberi arahan?. Tidak bolehkah pihak polis menjaga keselamatan rakyat yang turun dari seluruh pelusuk negara. Mengawal lalu lintas dan perarakan yang dilakukan?. Anehnya, bila perhimpunan melibatkan puak-puak UMNO BN pandai pula pihak polis terutamanya FRU mengawal keadaan. Tidak ada kekasaran hatta semburan gas dan water canon dilakukan oleh mereka. Bukankah ini juga satu tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian terhadap rakyat sendiri. Apa yang dilakukan ini samalah seperti tentera Israel yang zalim kerana menyerang kedua-dua kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.
Cuba lihat.... rakyat tanpa senjata diperlakukan sesuka hati oleh FRU
FRU tembak gas pemedih mata bagi halang rakyat hantar memorandum
Mereka sanggup halang rakyat hantar memorandum ke Istana Negara
Terkadang perkara ini tidak disedari oleh kita. Namun, bila kita kaji betul-betul senario ini bukankah ia hampir sama. Cuma misi kemanusiaan ke Gaza itu bersifat antarabangsa dan misi hantar memorandum ke Istana Negara itu isu dalaman kita. Apapun, hakikatnya tetap sama iaitu polis Malaysia terutamanya FRU bertindak ala-ala tentera Israel itu sebenarnya. Apakah ini bermakna pihak polis kita meniru Israel. Maka benarlah bagai apa yang dikatakan Anwar One Malaysia itu sama dengan One Israel !
FRU Perlu Kawal Perhimpunan Rakyat 3 Julai Ini
Susulan daripada satu lagi perhimpunan aman yang dijadualkan bakal diadakan pada 3 Julai 2010 ini, makanya kita mencabar supaya pihak polis terutamanya FRU bertindak profesional dan tidak menggempur rakyat yang datang untuk membantang kelulusan lesen judi bola kepada Vincent Tan. Perhimpunan yang dinamakan Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) itu dijadualkan bakal menghimpunkan ribuan rakyat dari seluruh negara yang kecewa dengan tindakan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak. Biarpun terdapat beberapa kenyataan kononnya pemberian lesen judi bola itu masih dalam kajian dan kerajaan mahu mendengar suara rakyat terlebih dahulu. Namun, ramai yang tidak percaya dan yakin dengan kenyataan "putar belit" kerajaan itu sebenarnya. Tambahan pula "tokey judi" berkenaan juga telah memaklumkan sebelum ini bahawa mereka telah mendapat kebenaran untuk tujuan tersebut. Maka dengan ini, ia boleh dijadikan landasan apakah tindakan pihak polis pada kali ini. Sudah pasti mereka akan mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dengan perhimpunan tersebut. Malah, mereka juga akan mengharamkan perhimpunan aman itu dan seperti biasa menggempur rakyat yang tidak bersenjata dan hanya mahu bersama-sama menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong itu nanti. Apapun, sama-samakita tunggu dan lihat. Jika mereka melakukan tindakan yang sama, bermakna benarlah polis Malaysia sama sahaja dengan tentera Israel yang sanggup menggempur aktivis kemanusiaan yang tidak berdosa.
Apakah adengan ini dapat kita kita saksikan lagi 3 Julai ini agaknya
Memilukan, rakyat yang tidak berdosa diserang bagai sebuah peperangan
[Penilaian yang dibuat ini adalah berlandaskan kepada kebenaran yang berlaku didepan mata. Jika tidak sudah pasti rakyat tidak sedar yang kita juga turut dizalimi sama dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin itu sendiri. Apakah salah dan dosa rakyat mahu menghadakan perhimpunan untuk menghantar memorandum membantah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan?. Bukankah selama ini sudah berbuih mulut mereka bersuara dan langsung tidak mahu didengari oleh kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam itu sendiri. Kini mereka harus sedarbahawa perbuatan dan segala tindak tanduk mereka sebenarnya meniru apa yang dilakukan oleh tentera Israel sejak dulu kini dan selamanya. Tambah memilukan, FRU itu sendiri majoritinya adalah orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Mereka tindas bangsa seagama dengan mereka sesuka hati akibat arahan membabi buta]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan