Khamis, 17 Jun 2010

Sultan Brunei ceraikan bekas wartawan TV3 talak satu

June 16, 2010BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang ini.



Pengumuman rasmi dibuat oleh Istana Brunei 8 malam tadi. Ia diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pukul 8 malam tadi.



“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010 (hari ini),” kata beliau dalam kenyataan yang diperoleh dari laman http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094 malam ini.



Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz (gambar), 30, pada tahun 2005.



Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik.



Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing lahir pada 2006 dan 2008.



Azrinaz Mazhar selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005.



Majlis akad nikah berlangsung dengan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.



Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!



Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei 2005 dengan alasan untuk menceburi bidang lain.



Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.



Pada Februari 2003, Sultan Hassanal Bolkiah bercerai dengan isteri keduanya, bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz dan memerintahkan semua gelaran diraja ditarik balik.



Satu pengumuman diraja mengenainya dibuat oleh televisyen negara itu tetapi tidak memberikan sebab perceraian itu walaupun ada khabar angin mengatakan berlaku keretakan dalam rumah tangga baginda.



Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini Mariam Abdul Aziz, atau nama asalnya Mariam Bell, wanita kacukan Brunei, Jepun dan Scotland pada 28 Oktober 1981.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan