Sabtu, 3 Julai 2010

Brazil tersingkir

2010/07/03






PENJAGA gol Brazil, Julio Cesar, hanya mampu memandang bola tandukan pemain Belanda, Wesley Sneijder menerjah jaring pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, malam tadi. - Foto AFPBelanda ke separuh akhir selepas tewaskan juara 5 kali



PORT ELIZABETH: Impian Brazil memenangi gelaran Piala Dunia keenam berkecai apabila Belanda bangkit garang untuk merakamkan kemenangan 2-1 dalam saingan suku akhir yang menarik, lewat malam tadi.



Wesley Sneijder muncul wira dengan gol pada minit ke-68 menerusi tandukan hasil sepakan sudut. Terdahulu, Brazil mendahului seawal minit ke-10 menerusi Robinho tetapi Belanda menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Felipe Melo, minit ke-53. “Kami sudah berjaya layak ke kelompok empat teratas dunia. Anda harus rasa gembira dapat menewaskan Brazil dalam suku akhir,” kata Sneijder selepas perlawanan.




“Pada waktu rehat dalam bilik persalinan kami berkata kepada sesama kami untuk memberi terbaik pada babak kedua dan kami berjaya melaksanakannya.’



Belanda layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak tewas kepada Brazil menerusi sepakan penalti pada 1998 di Perancis dan kini akan menentang Uruguay atau Ghana dalam separuh akhir 7 Julai ini.



Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk berkata kebangkitan pasukannya selepas rehat menunjukkan mantap anak didiknya kuat.

“Pada 20 minit pertama saya gembira kerana kami hanya ketinggalan 1-0 dan saya yakin kami ada peluang. Pada babak kedua kami menunjukkan betapa hebat kami,” katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan