Ahad, 29 Ogos 2010

Adakah TUHAN ada dalam surau dan masjid sahaja?

oleh:tokpepijat




Mengenang kepada arahan PMNajib agar pihak berkuasa agama dan polis di Pulau Pinang dan Selangor bertindak atas isu doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan kehadiran MP Serdang di Surau Al Huda Kajang, membuatkan kita berfikir sejenak.



PMNajib minta pihak berkenaan menyiasat kerana ianya mencemarkan agama. PERKASA dan NGO pro-UMNO senada mengutuk perbuatan itu dengan beralasan mencemarkan ugama dan menghina Islam.



Persoalannya jika MP Serdang bukan Islam itu masuk surau tanpa tudung dianggap menghina dan mencemarkan agama, bagaimana dengan golongan isteri-isteri PM, Menteri serta golongan istana yang tidak memakai tudung sedangkan mereka orang Islam.



Bahkan adakah perbuatan Rosmah mencium pipi artis Bollywood dan memeluk pemain badminton tidak dianggap menghina, mencemar kesucian Islam itu sendiri? Adakah kerana beliau isteri PM terkecuali dari hukum Allah?



Golongan ini juga pandai beraksi dan berlakon memakai tudung (selendang nampak rambut) jika masuk masjid, hadiri majlis ugama, musabaqah tetapi bila keluar sahaja dari ruang tersebut, berterbanganlah rambut-rambut mereka.



Kita juga pelik dengan Mufti Harussani, perkara yang membabitkan orang Cina dan DAP sepantas kilat membuat ulasan dan memberi "fatwa" tetapi menikus jika membabitkan pihak istana dan pimpinan UMNO.



Jka MP Serdang beliau sekadar tidak "layak" masuk surau kerana semata-mata non muslim, tidak memakai tudung juga mungkin kerana DAP, bagaimana pula golongan yang tidak menutup aurat ? Tentunya mereka tidak layak duduk di bumi Allah ini.



Carilah bumi yang tidak dicipta Allah untuk kalian tinggal jika engkar mentaati perintah Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan