Jumaat, 17 September 2010

Blog Pahang Daily Online (PDO) Berjaya Mencapai Hit Kunjungan Pelawat Ke Dua Juta Awal Pagi Ini


Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua terhadap blog panas ini. Setelah hampir 2 tahun beroperasi, maka pada hari ini (17 Sept 2010) blog ini akhirnya berjaya mencecah hits kunjungan pelawat ke angka 2 juta. Satu perkembangan baru yang sungguh menakjubkan bagi sebuah blog bebas yang langsung tidak mendapat apa-apa sumber daripada pihak kerajaan mahu pun pembangkang selama ini. Justeru itu, PDO mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan penghargaan atas kunjungan semua pelawat dari seluruh dunia yang tidak jemu-jemu untuk singgah ke sini. Kejayaan PDO ini mungkin merupakan blog pertama di negeri Pahang yang berjaya melakukan demikian malah mengatasi mana-mana portal rasmi milik Kerajaan Negeri Pahang sendiri sebenarnya. Semua ini, adalah kerana apa yang disampaikan oleh PDO berjaya memberi kesan kepada semua. Biarpun banyak dugaan dan halangan yang dilalui oleh blog ini, namun kejayaan untuk terus beroperasi di persada maya dek kerana mahu terus menyalurkan maklumat yang lebih telus dan berani kepada pembaca. Kami juga berharap agar semua pembaca dapat terus bersama blog ini terutamanya menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana, banyak lagi pendedahan panas dan sensasi yang akan dilakukan dari masa ke semasa. Kami juga turut menghargai segala kritikan dan komen yang diberikan oleh semua, demi memantapkan lagi persembahan blog ini. Justeru itu, sokongan semua amatlah diharapkan demi membolehkan blog ini terus beroperasi. Malahan, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew-krew yang telah banyak menyumbang artikel dan karya masing-masing selama ini. Biarpun ada yang sudah tidak bersama kami, dek kerana masalah kewangan dan sebagainya. Namun, kami turut berbangga kerana cara penyampaian yang dibuat selama ini berjaya menarik perhatian pembaca. Dengan ini, kami sekali lagi merakamkan jutaaan penghargaan atas sokongan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan