Isnin, 27 September 2010

Edisi Sukan: Datuk Lee Chong Wei Tewaskan Lin

Edisi Sukan: Datuk Lee Chong Wei Tewaskan Lin Dan Untuk Menjuarai Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun Di Tokyo Lewat Malam Tadi

TOKYO, 27 Sept [1.43 am] - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (foto) berjaya menundukkan musuh tradisi,nya Lin Dan dari China dengan mata 22-20, 16-21, 21-17 untuk menjuarai Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo, malam tadi. Kejayaan terebut adalah kejuaraan kelapannya pada tahun ini. Walau bagaimana pun, Hasrat beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk memberikan kejuaraan berganda buat Malaysia pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila kalah 21-18, 14-21, 12-21 di tangan juara dunia, Cai Yun-Fu Haifeng selepas itu.

[Kemenangan yang sungguh bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Namun, igauan buruk tatkala Datuk Lee Chong Wei tewas mudah di tangan Lin Dan dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas sebelum ini masih terpahat dalam ingatan peminat badminton negara sebenarnya. Apapun. syabas dan tahniah kepada beliau dan pasangan bergu Koo Kien Keta-Tan Boon Heong kerana berjaya juga mengharumkan nama Malaysia dalam kejohanan di Jepun itu. Semoga kejayaan bermakna ini akan dapat terus dipertahankan selepas ini hendaknya. Malaysia boleh!].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan