Jumaat, 3 September 2010

Ibu melecur ketika selamat tiga anak dalam kebakaran

September 3, 2010, Friday










MIRI: Seorang ibu melecur di beberapa bahagian badan ketika cuba menyelamatkan tiga orang anaknya serta mengambil dokumen penting dalam kebakaran yang memusnah-kan rumah keluarganya di Kampung Pujut Padang Kerbau di sini semalam.





PADAM: Anggota bomba kelihatan bertungkus-lumus memadam sisa kebakaran yang memusnahkan rumah mangsa.



Mangsa, Norasyikin Abdullah, 27, yang cedera di bahagian lengan kiri, muka serta rambutnya turut terbakar akibat disambar api kemu-dian dikejarkan oleh seorang jiran ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan se-gera.



Kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.15 petang itu telah menyebabkan mangsa sekeluarga yang terdiri daripada tujuh orang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah kayu setingkat yang mereka diami sejak lebih 20 tahun lalu musnah dijilat api.



Menurut seorang jiran, Noor Rozanna Abdullah, 39, kebakaran itu mula disedari mangsa setelah tiba-tiba terbangun dari tidur dan ter-nampak api di bahagian dapur rumahnya.



Serentak itu, mangsa bingkas bangun sambil mengejutkan tiga lagi anaknya yang turut tidur bersamanya sebelum membawa mereka keluar.



“Bagaimanapun, mangsa telah cedera di bahagian lengan, muka dan rambutnya turut terbakar akibat disambar api ketika masuk semula ke dalam rumahnya yang sedang dijilat api untuk menyelamatkan beberapa dokumen penting,” katanya sambil memberitahu mangsa hanya sempat mengambil sebuah fail berisi dokumen penting.



Ketika kejadian, hanya mangsa dan tiga anaknya yang berusia lapan, tujuh dan tiga tahun berada di rumah.



Sementara suami dan abangnya keluar bekerja, manakala anak sulungnya yang berusia sembilan tahun bermain di rumah jiran.



Sementara itu, sepasukan bomba yang terdiri daripada 22 anggota dengan diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abdul Latif Kassim bersama dua jentera pemadam api dari Balai Bomba Lopeng telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 3.27 petang.



Bomba yang tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian berjaya memadam sepenuhnya kebakaran itu dalam masa lima minit sebelum bertindak mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan