Isnin, 20 September 2010

KENAPA MUSA ENGGAN BANTU MANGSA CULIK?




KEGAGALAN dua keluarga mangsa culik Sebangkat untuk menemui Perdana Menteri di Program Juara Rakyat di Sandakan pada 16 September 2010 kerana dikekang pihak keselamatan dan Setiausaha Politik Ketua Menteri menyebabkan ramai kaum Tiong Hua mengutuk pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang sengaja mencari sengketa dan berdendam dengan kaum Cina.

“Kita mintalah apa juga perbalahan dan persengketaan antara Musa dengan Tan Sri Chong Kah Kiat tidak dibawa dalam pentadbiran kerajaan. Kami tidak boleh minta dilahirkan semula sebagai orang Pakistan atau orang Melayu. Kalau dia marah Tan Sri Chong, itu masalah dia. Kenapa mau tindas semua masyarakat Cina?,” tanya MT Chung yang merupakan seorang penyokong kuat LDP Sandakan.

Menurut MT Chung, beliau kesal kerana dua keluarga mangsa tidak dibenarkan menemui Perdana Menteri dan dalam masa yang sama Musa dan sekutunya enggan membantu keluarga mangsa yang ahli keluarga mereka, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau diculik daripada Pulau Sebangkat Semporna sejak 8 Februari 2010.

“Kenapa Datuk Yong Teck Lee dulu mampu bantu membebaskan 21 orang yang diculik daripada Sipadan dan Pandanan, sedangkan dia bukan Ketua Menteri ketika itu? Kenapa Musa yang begitu kaya dan pernah isytihar ada RM300 juta semasa jadi Ketua Menteri tidak mahu derma RM1juta untuk membantu mangsa yang sudah dapat kumpul RM1juta?,” tanya MT Chung dengan nada kesal.

Disebabkan keengganan Musa dan sekutunya membenarkan keluarga mangsa menemui Perdana Menteri, maka kata MT Chung, seluruh warga Tiong Hua berpandangan serong terhadap Perintis 1Malaysia dengan cogankata yang sering dimomokkan sebagai jenaka di zaman siber ini iaitu ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan’ sebagai ‘Musa didahulukan, Kroni diutamakan.’

Sehubungan itu, melalui Sabahkini.net, MT Chung meminta jasa baik Datuk Yong Teck Lee membantu keluarga mangsa yang kini dapat berhubung dengan mangsa setiap bulan untuk mengusahakan pembebasan kerana mereka yakin dengan daya kepimpinan yang Yong tunjukkan sebelum ini.

“Kita tidak bermaksud mahu menyertai SAPP kerana kita masih yakin dengan LDP, tetapi kita minta ehsan beliau sebagai pemimpin Sabah untuk semua kaum membantu keluarga mangsa yang tidak mampu dibantu kerajaan negeri Sabah,” ujar MT Chung yang kesal dengan sistem penyampaian kerajaan Sabah yang membelakangkan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, usaha untuk membebaskan dua tebusan berkenaan masih menemui jalan buntu kerana tidak ada pihak yang tampil untuk menghulurkan derma atau bantuan sejak enam bulan lalu dan keluarga mangsa hanya dapat mengumpul RM1juta melalui pinjaman dan simpanan ahli keluarga.

Koresponden Sabahkini.net di Zamboanga melaporkan bahawa pembebasan mangsa culik tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana ‘pembelotan’ dan persengketaan yang terjadi di dalam tiga entiti penting Filipina iaitu Philippines National Police (PNP), Marin (Cosat Guard) dan Phillipines Army.

“Kita tidak tahu di mana silapnya kenapa Marin (Coast Guard) tidak membebaskan dua mangsa culik sedangkan ketika mangsa ditempatkan di Pulau Languyan, mereka dapat masuk dan berhubung dengan penculik. Ketika Marin dipindahkan ke Patikul, penculik juga ikut berpindah bersama dengan mangsa. Kini kita hilang jejak,” ujar Koresponden berkenaan yang sangsi dengan Marin yang dijangka mempunyai kepentingan dalam insiden penculikan ini.

Manakala Phillippines Army mungkin tidak dapat membantu kerana kesilapan mereka membunuh berpuluh orang awam Islam Moro di sebuah Masjid di Patikul (tidak dilaporkan akhbar) kerana menyangka serpihan kumpulan Abu Sayyaf bersembahyang di masjid berkenaan.

Kini, tentera Filipina menjadi ‘Target’ peluru AK47 yang digunakan oleh pejuang Moro di Patikul dan adalah mustahil tentera Filipina dapat membantu dalam masa yang terdekat.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan