Khamis, 16 September 2010

Orang Melayu masih lagi KKK

Oleh: higgs_boson

"Nampaknya sekarang Pak Brahim PERKASA & Mahathir sajalah yang gigih memperjuangkan Hak Istimewa orang Melayu seperti yang termaktub pada Artikel 153, Perlembagaan Malaysia...

Politikus yang lain semuanya kian menikus dan mula berlembut untuk berkompromi hak keistimewaan ini. Ada yang kata memperjuangkan hak ini sebagai assobiyah dan ada pulak yang kata patut bagi kek kemakmuran negara  sama rata... apa matlamat politikus ni?..matlamat mereka cuma satu, untuk meraih undi bukan melayu dalam PRU 13, supaya mereka boleh memegang pemerintahan negara.

Aku dah kata, perjuangan menjaga survival orang Melayu bukanlah sesuatu yang rasis atau assobiyah, tetapi untuk menjamin kesinambungan survival orang-orang Melayu. Apakah alasan perlu ada hak keistimewaan kepada orang melayu ni?. Pada aku jawapannya cuma satu... sebab orang Melayu dan orang asli masih lagi merupakan Kaum Kurang Kompetitif (KKK) berbanding dengan  kaum-kaum lain. Jadi sebab itu mereka perlu diberikan hak istimewa sehingga mencapai tahap kompetitif... Siapa pun tidak berasa sakit hati apabila menaiki bas berdiri dan bersesak, tetiba OKU yang baru naik disediakan kerusi bersebelahan tangga... sebabnya semua orang tahu itulah keistimewaan yang patut di berikan kepada OKU melihatkan akan kelemahan mereka.
Begitu juga orang Melayu, sikap dan daya saing orang Melayu setakat ini belum lagi kompetitif untuk sama-sama bersaing dengan bukan Melayu. Buka berniaga tak semaju bukan Melayu, hatta bukan di tahap individu, malah di tahap korporat besar seperti Pernas-edar, Bernas dsb juga tidak menunjukkan kemajuan yang cemerlang. Kaum-kaum lain mempunyai jaringan perniagaan yang mantap sebab itu dalam perniagaan sukar untuk ditandingi. Apatah lagi kalau tak diberikan 'advantage'.. sedangkan orang main golf pun ada penilaian 'handicapped' dalam meletakan tahap persaingan.
Lihat saja anak-anak Melayu, yang cuma fasih bahasa Melayu sahaja, jadi kalau kita menonton tv, dalam pertandingan yang menggunakan bahasa Inggeris, kaum Melayu jelas sekali tercorot seperti kera sumbang berbanding kaum-kaum lain... dasar PPSMI pun yang boleh menjadikan mereka kompetitif pun ditentang... macam mana nak jadikan orang Melayu ni Kaum yang Kompetitif?...
Tanpa keupayaan untuk bersaing, orang Melayu akan terus menjadi kurang kompetitif, dan jika tidak diberikan hak keistimewaan, maka akan jadilah seperti OKU yang menaiki bas bersaing dengan bukan OKU (duduk di atas lantailah saja)...
Seandainya orang Melayu sudah bersedia untuk menjadi satu bangsa yang Kompetitif seperti kaum-kaum lain, maka aku pun bersetuju supaya hak keistimewaan orang-orang Melayu ini dihapuskan... jika tidak, badan-badan seperti PERKASA masih diperlukan.

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan