Jumaat, 24 September 2010

Panas: Kenyataan Biadap Mahathir Dalam Utusan Malaysia Berbaur Perkauman Dan Perlu Di Ambil Tindakan Yang Tegas Dibawah Akta Hasutan 1948


Apa sudah jadi dengan Mahathir Mohamad agaknya. Semakin tua semakin menjadi-jadi gelagatnya. Apakah beliau sudah nyanyuk atau "mudah lupa"?. Sewajarnya mantan PM itu dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948. Ini kerana beliau cuba memainkan "api perkauman" untuk menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram kepada seluruh rakyat Malaysia. Akhbar Utusan Malaysia dalam tajuk utama muka depannya hari ini (24 Sept) menyiarkan berita "Melayu Hilang Kuasa, Jika Pembangkang Memerintah". Kenyataan ini jelas sekali ingin menakut-nakutkan orang Melayu dalam menghadapai Pilihanraya Umum akan datang. Soalnya, kenapa berita yang disiarkan dalam blog Mahathir itu sengaja disensasikan?. Bukan sebelum ini kami berkali-kali menyatakan yang beliau sememangnya telah dilantik oleh PM Najib Razak, sebagai "Penasihat UMNO BN" sebenarnya. Nah!, kini Mahathir bebas mengeluarkan kata-kata yang berunsur hasutan bagi melaga-lagakan kaum di negara ini. Dalam kenyataan yang dipetik daripada blog beliau tersebut Mahathir mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara. Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada PAS. Nizar Jamaluddin Dikata Boneka Cina Di Perak
“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina. “Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya. Beliau menambah, walaupun Nizar yang mewakili PAS ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan. Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin. “Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya. Kenyataan Mahathir ini jelas sekali membuktikan beliau senagaja mahu menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada rakyat Malaysia. Maka itu, beliau wajar dikenakan tindakan menghasut sebenarnya. Tambah menyedihkan Utusan Malaysia tergamak menyiarkan kenyataan "orang tua nyanyuk" itu di muka hadapan akhbar tersebut. Mahathir membuat kenyataan, seolah-olah lupa bahawa kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak adalah satu usaha terancang UMNO BN yang tergamak membeli tiga ADUN Lompat dengan harga yang cukup lumayan. Mahathir lupa bahawa yang dibeli itu adalah dua ADUN Melayu dan hanya satu ADUN Cina dari DAP. Maknanya, yang khianat kepada perjuangan ialah orang Melayu itu sendiri. Soalnya, kenapa beliau tergamak memainkan sentimen ini?. Bukankah ia petanda awal yang pilihanraya umum akan menjelma tidak lama lagi.
Tindakan Tegas Wajar Di Ambil Terhadap Beliau
Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sepatutnya berfikir secara waras sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbaur kontroversi. Malah, beliau harus sedar bahawa di zaman pemerintahannya banyak kepincangan dan penyelewengan berlaku. Dasar Penswastaan yang diperkenalkan, jelas sekali menindas rakyat dan dalam masa yang sama memberi habuan lumayan kepada kroni-kroni beliau sendiri. Mahathir harus ingat, kenyataan berunsur hasutan yang dikeluarkan ini boleh mengundang padah sebenarnya. Tambahan pula pada masa ini kaum Cina di negara kita lebih cenderung menyokong Pakatan Rakyat dan bukan UMNO BN lagi. Dek kerana kenyataan membabi buta dan keceluparan Mahathir yang sebenarnya mahu menarik balik sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Kami menjangkakan, bukan sahaja UMNO akan terus ditolak rakyat malah kaum Cina itu sendiri semakin benci mendekati UMNO. Mahathir harus bertanggungjawab atas apa yang diucapkan. Beliau lupa, dizamannya jugalah ramai usahawan-usahawan Cina yang diberi muka untuk terus merompak khazanah negara seperti Eric Chia dan ramai lagi Malah, kini di mana-mana negeri yang diperintah oleh UMNO BN sekali pun memang banyak projek-projek yang dijual kepada "Toley Cina". Projek balak, tanah, lombong bijih besi dan sebagainya. Semua ini di "alibaba" kepada kaum Cina atas dasar yang telah diilhamkan oleh Mahathir Mohamad itu sendiri. Makanya, pemimpin UMNO BN itu sebenarnya yang menyembah dan melutut kepada orang Cina untuk terus kekal berkuasa. Soalnya kenapa Mahathir menyalahkan pembangkang terutamanya dalam isu "rampasan kuasa" yang berlaku di Negeri Perak dulu. Terbukti, Mahathir cepat lupa dan semakin tua. Beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

[Soalnya sekarang, apakah kenyataan Mahathir itu akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa seandainya ada laporan dibuat terhadap Mantan PM itu. Bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Sudah pastilah Pemuda UMNO, Perkasa, GPMS dan NGO sekutunya akan berlari membuat laporan polis terhadap pemimpin terbabit. Namun, kita nantikan siapakah yang akan berani membuat tindakan atas kenyatan biadap Mahathir itu. Kita agak hairan, dalam usia yang sudah menjangkau tua seperti itu Mahathir masih tergamak untuk meletakkan situasi dirinya dalam keadaan "dibenci dan dihina" oleh majoriti rakyat. Adalah lebih elok Mahathir berdiam diri dari terus mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Anehnya, Utusan Malaysia seolah-olah berselera benar menyiarkan setiap kenyataan yang dibuat oleh Mahathir. Mereka seperti diberi kata dua oleh pihak-pihak tertentu agar mensensasikan setiap kenyataan Mahathir berbanding dengan Pak Lah Badawi yang seolah-olah dipinggirkan terus itu].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan