[Tindakan YB Azan Ismail jelas sekali bakal mengundang polimik baru dalam politik PKR di Pahang. Tambahan pula Azan kini khabarnya berada dalam kepanasan apabila kedudukan beliau sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota bakal ditentang oleh Razali Alias. Malah, difahamkan ramai juga orang kuat Azan kini mula beralih arah menentangnya selepas kecewa dengan beberapa sikap dan tindakannya yang jelas membelakang parti. Apapun. Azan pasti ada alasan tersendiri untuk membuat tindakan tersebut. Cuma, beliau harus lebih berhati-hati dan tidak wajar menggunakan media arus perdana untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi. Kami amatlah berharap agar pemilihan yang bakal berlaku di Indera Mahkota 18 September ini dapat berjalan dengan baik tanpa ada insiden yang tidak dingini. Ramai juga yang terkejut dengan tindakan Azan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri pada masa dan lokasi yang sama dengan pemilihan cabang itu Sabtu ini].
Khamis, 16 September 2010
Panas: Pemimpin PKR Pahang Terkejut Terhadap Tindakan YB Azan Ismail Sekali Lagi Guna Media Arus Perdana Bagi Tujuan Mencabar Dato' Fauzi !
KUANTAN, 16 Sept [11.05 am] - Ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini terkejut dan kecewa dengan tindakan Ketua Cabang Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), yang sekali lagi menggunakan "media arus perdana" untuk mengeluarkan kenyataan kontroversi. Semalam, Azan menggunakan akhbar Sinar Harian untuk meluahkan perasaanya dengan "mencabar" Pengerusi Pimpinan Negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman untuk menentangnya dalam pemilihan parti di cabang itu Sabtu ini. Keputusan ini sungguh memeranjatkan, kerana calon yang sepatutnya menentang Azan ialah Razali Alias, Setiausaha Perhubungan PKR Pahang dan bukannya Dato' Fauzi. "Kenapa Azan mencabar Dato' Fauzi?. Sedangkan dia tahu yang menjadi calon ialah Razali. Malahan, tempoh pencalonan juga sudah berakhir dan mana mungkin Dato' Fauzi boleh mencalonkan dirinya, bukankah prosedur telah ditetapkan. Kenapa Azan tiba-tiba melatah dan mengeluarkan kenyataan kepada media hal sedemikian?", kata salah seorang pemimpin yang dihubungi. "Tindakan Azan jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya politik beliau. Kerana nyamuk kelambu mahu dibakar, apakah ini namanya pejuang?. Kenapa harus menggunakan media arus perdana untuk menghentam parti sendiri. Apakah motif dan agenda beliau sebenarnya", kata pemimpin itu lagi. Harus diingat sebelum ini juga Azan pernah mencetuskan kontroversi apabila memanggil media untuk mengumumkan perletakkan jawatannya daripada jawatan Timbalan Pengerusi PKR Pahang. Beliau kemudian secara jelas mengumumkan bahawa PKR Cabang Indera Mahkota terkeluar daripada pentadbiran PKR Negeri Pahang kepada penyokong-penyokongnya. Malah, difahamkan beliau tidak pernah hadir dan terlibat dengan mana-mana program parti peringkat negeri selepas itu. Semua ini menimbulkan masalah dan konflik dikalangan ahli-ahli cabang itu sendiri, kerana ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Kini, Azan sekali lagi mencetuskan polimik baru apabila menggunakan media untuk mengeluarkan satu kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Apapun, kami amat kagum dengan sikap Dato' Fauzi Abdul Rahman yang bertindak positif yang tidak mahu "melayan" kerenah Azan itu. Malah, beliau juga mengatakan yang dia sudah puas bertanding ketika bersama UMNO dulu, dan tidak mungkin akan melawan Azan dalam keadaan dirinya tidak dicalonkan itu.
[Tindakan YB Azan Ismail jelas sekali bakal mengundang polimik baru dalam politik PKR di Pahang. Tambahan pula Azan kini khabarnya berada dalam kepanasan apabila kedudukan beliau sebagai Ketua Cabang Indera Mahkota bakal ditentang oleh Razali Alias. Malah, difahamkan ramai juga orang kuat Azan kini mula beralih arah menentangnya selepas kecewa dengan beberapa sikap dan tindakannya yang jelas membelakang parti. Apapun. Azan pasti ada alasan tersendiri untuk membuat tindakan tersebut. Cuma, beliau harus lebih berhati-hati dan tidak wajar menggunakan media arus perdana untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi. Kami amatlah berharap agar pemilihan yang bakal berlaku di Indera Mahkota 18 September ini dapat berjalan dengan baik tanpa ada insiden yang tidak dingini. Ramai juga yang terkejut dengan tindakan Azan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri pada masa dan lokasi yang sama dengan pemilihan cabang itu Sabtu ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan