Isnin, 20 September 2010

Polis siasat dakwaan Sarina bunuh diri terkilan kes Sosilawati


September 19, 2010
GEORGE TOWN, 19 Sept — Polis akan menyiasat dakwaan yang kematian pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, di Permatang Pauh dekat sini semalam, akibat terkilan dan sedih dengan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Sarina, 45, dikatakan membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya di Taman Pauh Jaya.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata hari ini pihaknya akan menyiasat punca sebenar kematian itu termasuk dakwaan berkenaan.
Beberapa akhbar melaporkan bahawa Sarina adalah kenalan rapat Sosilawati.
“Polis (bagaimanapun) tidak menolak kemungkinan kes itu langsung tidak ada kena mengena dengan kes Sosilawati dan setakat ini belum ada bukti dan tanda-tanda yang melibatkan unsur ‘foul play’ (jenayah) dalam kes ini,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa dera dan rogol, seorang pembantu rumah warga Indonesia, di Hospital Pulau Pinang di sini, Ayub berkata pihaknya akan turut mengambil keterangan daripada anggota keluarga Sarina.
“Setakat ini keterangan telah diambil secara lisan dari anak-anaknya,” kata beliau.
Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik selama lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anak bongsunya berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumah. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan