Khamis, 16 September 2010

Presma minta levi tak dinaikkan



KEWUJUDAN terlalu ramai pekerja asing di negara ini mendorong kerajaan
menaikkan levi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pengusaha makanan dan restoran berharap kerajaan tidak menaikkan levi pekerja asing serta melaksanakan penguatkuasaan lesen untuk menjual rokok kerana ia akan membebankan mereka.
Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan berkata, kenaikan kadar levi pekerja asing itu akan menjejaskan pendapatan mereka kerana ia akan menyebabkan kenaikan kos operasi pengusaha makanan dan restoran.
Beliau berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan dalam perkara ini, terutama dalam penyediaan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I bulan depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan