Selasa, 14 September 2010

Senator berlawan di parlimen



SEORANG pengadil mengangkat tangan Senator Payap Tongchuen (kiri) dan Senator Direk Tungfang yang diumumkan sebagai pemenang bersama pada perlawanan tinju Thai di Bangkok semalam.


BANGKOK - Dua senator Thailand bertarung di depan bangunan Parlimen semalam bagi mempromosikan tinju Thailand.
"Bagus, saya masih boleh berdiri," kata salah seorang senator itu, Payap Tongchuen selepas dia berlawan dua pusingan dengan Senator Direk Tungfang di gelanggang tinju yang dibina di depan bangunan Parlimen di sini.
Pengadil mengumumkan kedua-dua senator itu yang sebelum ini merupakan bekas peninju profesional sebagai pemenang bersama.
Kemenangan itu mengatasi jangkaan ramai orang yang menyangka Payap, 64, akan menewaskan lawannya.
"Tujuan pertarungan ini adalah untuk mempromosikan tinju Thai dikenali sebagai Muay Thai di peringkat antarabangsa.
"Ia turut diadakan sebagai kempen untuk generasi muda mengekalkan sukan tradisional ini," kata Direk.
Tinju Thailand itu merupakan sukan utama di negara tersebut dan popularitinya telah berkembang ke seluruh dunia. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan