Isnin, 18 Oktober 2010

Akhirnya Konsert Rock Red On Black Di Kuantan Berjaya Capai Matlamat Bila Lebih 100 Pasangan Telah Di Tangkap Khalwat Pada Malam Tersebut


Susulan kegagalan kerajaan UMNO BN di Pahang untuk membatalkan sebuah konsert rock yang diadakan di Stadium Darul Makmur Kuantan baru-baru ini (15 Okt), maka difahamkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bahawa lebih 100 pasangan remaja telah ditangkap khalwat pada malam itu. Soalnya kenapa ini berlaku?. Kerana kealpaan pihak yang meluluskan lesen penganjuran terebut biarpun ia diadakan secara tertutup. Konsert anjuran Red On Black Sdn Bhd itu khabarnya telah dihadiri oleh hampir lima ribu orang peminat rock dari seluruh negeri Pahang. Malah ada juga peminat yang datang dari luar seperti Terengganu, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Mereka sanggup datang dari jauh dan membeli tiket yang berharga RM57 semata-mata ingin menyaksikan Ratu Rock Ella, kumpulan Wings dan Search beraksi atas nama "Red On Black". Penonton telah berpusu-pusu memenuhi stadium sekitar jam 7.00 malam, biarpun konsert dijadualkan bermula pada jam 9.00 malam. Pujian haru diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas iniseatif mereka mengedarkan risalah "Memo Bantahan Konsert Red On Black". Biarpun cuba dihalang oleh pihak polis atas alasan konsert berkenaan mempunyai permit dan tindakan PAS berkumpul itu tiada permit.


Pemimpin dan anak muda PAS yang hadir untuk edar risalah hari itu
Namun, mereka berjaya juga meneruskan agenda menyebarkan risalah berkenaan. Turut bersama dalam edaran tersebut ialah Ustaz Fadhli Ibrahim, Ustaz Nazri Ahmad dan Ustaz Fadzil Nor iaitu barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang. Soalnya sekarang, apakah hasilnya daripada konsert tersebut?. Akhirnya 100 pasangan berjaya ditangkap gara-gara berkhalwat selepas mereka terpaksa bermalam di hotel-hotel bajet sekitar bandar Kuantan. Majoriti mereka yang ditangkap adalah peminat rock yang telah menyaksikan konsert berkenaan. Maknanya, terbuktilah bahawa konsert berkenaan berbentuk maksiat dan mencemarkan maruah Agama Islam itu sendiri sebenarnya.[Inilah akibatnya bila ada pemimpin yang tidak mahu mendengar pesanan orang agama. Di bawanya konsert maksiat yang langsung tidak memberi manfaat kepada generasi muda terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Masalahnya, konsert rock diberikan permit tetapi bila ada pihak mahu adakan program agama mereka menghalang dengan berbagai cara. Apakah ini caranya untuk melahirkan generasi muda yang beriman, berakhlak dan berbudi pekerti yang tinggi. Konsert rock yang pada mulanya sekadar untuk hiburan akhirnya dijadikan "malam habuan" oleh anak muda yang sudah khayal dan mabuk dengan alunan muzik tersebut. Lantaran itulah mereka mencari "port hotel cap ayam" untuk melempiaskan hawa nafsu masing-masing. Siapa yang harus bertanggungjawab dengan dosa yang dilakukan itu. Sudah pastikah pihak penganjur, pihak yang meluluskan lesen dan pihak berkuasa yang membenarkan dan tidak menghalang ia diadakan. Jawablah nanti diakhirat kelak, siapa yang akan tanggung dosa kejahilan mereka itu agaknya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan