Isnin, 25 Oktober 2010

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlu "Benar-Benar" Berubah Andainya Rasa Jujur Serta Ikhlas Mahu Meneruskan Agenda Perubahan Itu Sebenarnya !



Pemilihan PKR 2010 semakin hampir sekarang. Rata-rata calon kini mula mengorak langkah bagi memasuki fasa terakhir kempen mereka. Masimg-masing mahu pastikan "satu ahli satu undi" berpihak kepada mereka. Dalam sibuk berkempen, nampaknya masih ada beberapa kerat pemimpin yang terleka dan terlupa matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu, ramai yang dilihat ikhlas berjuang untuk membawa agenda perubahan buat rakyat. Kini, hari demi hari nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terkeluar daripada landasan peruangannya. Benarlah katanya oleh Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) sebelum ini agaknya. Teguran ikhlas mereka terhadap parti dianggap "tidak manis" bagi sesentengah pemimpin, namun bagi rakyat itu adalah tanggungjawab sebenarnya. Kami juga melihat, PKR kini semakin hari semakin alpa dengan matlamat asalnya. Pemimpin yang ada hari ini, majoritinya sudah melihat pengaruh dan kuasa itu menjadi pokok utama perjuangan mereka. Malah, mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin utama biarpun "ilmu di dada" masih tidak berada ditahapnya. Ada juga pemimpin yang selama ini tidak mahu ke depan, kini mula "terhegeh-hegeh" ingin berada di barisan utama. Kuasa dan pangkat kini menjadi tajuk utama mereka, sedangkan perjuangan asal untuk membawa agenda perubahan kepada rakyat itu diketepikan buat seketika. Pada awalnya, permainan ini tidak ketara. Namun, mutakhir ini ia semakin terasa dan mereka seolah-olah semakin lupa tentang hakikatnya. Inilah yang menjadi persoalan dan apa yang amat ditakuti oleh rakyat. Mereka takut PKR yang berubah, bukan agenda perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat itu.

Tinggalkan Amalan Jahiliah Jika Mahu Berubah

Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sekarang ini. Pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas mahu berubah. Rakyat diatas pagar yang menyokong mereka sebelum ini, bukanlah dek kerana melihat PKR itu secara keseluruhannya. Mereka mengundi PKR kerana melihat parti itu benar mahu melakukan agenda perubahan dan dalam masa yang sama mereka benci serta ingin menolak UMNO Barisan Nasional. Begitu juga dengan ahli PKR sendiri, mereka masuk ke dalam parti atas alasan melihat serta mahu parti yang didokong ini lebih baik dari parti lama zaman jahiliah mereka dulu. Maka yang dari UMNO mahu PKR lebih baik dari UMNO. Mana yang dari MIC, MCA, GERAKAN pun begitu juga. Mereka seboleh-bolehnya mahu melihat PKR sebagai wadah perjuangan baru buat rakyat. Mereka mahu keluar dari zaman kebathilan dan kembali ke landasan kebenaran. Namun, jika mereka melihat segala kebobrokan yang ditinggalkan itu kini terpalit semula kepada PKR maka, jangan salahkan mereka jika dalam PRU13 nanti mereka tidak mahu lagi mengundi PKR atau Pakatan Rakyat khasnya. Maka, siapakah yang harus dipersalahkan?. Jika dulu, amalan seperti politk wang, gila kuasa, cantas mencantas, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, lobi melobi menjadi alasan untuk mereka meninggalkan parti lama mereka. Kini, mereka kian panik dan gusar apabila amalan itu sewenangnya berada pula dalam PKR yang kini menjadi parti pilihan mereka untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin PKR harus sedar bahawa, jika mereka benar mahu berubah semua itu harus ditinggalkan.

[Soalnya sekarang, amalan itu kini menular dalam PKR terutamanya menjelang hari kemuncak pemilihan 2010 ini. Sama ada ia disedari atau tidak, itulah realitinya. Sukar untuk dinafikan ia berlaku, kerana masing-masing sibuk mahu mengangkat pemimpin masing-masing. Kempen memburukkan pihak lawan walhal sesama parti kini menjadi amalan dan mainan penyokong calon yang bertanding. Apakah ini budaya yang ingin dibawa dalam sebuah parti yang kononnya mahu membuat perubahan?. Perubahan apa yang mahu dibawa jika meniru semula amalan lama dalam parti yang pernah mereka sanjung dulu. Kini, rakyat semakin bingung melihat senario yang berlaku. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan jika amalan ini semakin parah dan menjadi wabak berbahaya dan akan merebak dalam parti itu nanti. Bukankah, lama kelamaan parti akan hancur dek budaya yang jelas tidak berakhlak ini?]. [bersambung]....

Terbukti: Perhimpunan Agong UMNO, Sekali Lagi Jadi "Pentas Budaya" Serta "Pesta Hiburan" Buat Puak UMNO Karat Sejak Dulu Kini Dan Selamanya


Nampak, Perhimpunan Agong UMNO yang baru berakhir semalam jelas sekali masih gagal untuk memperjuangkan Islam di negara ini sebenarnya. Sudahlah perhimpunan selama lima hari itu dianggap sebagai "pentas budaya" oleh beberapa orang penganalisis politik berasakan kepada ia menjadi gelanggang untuk para pemimpin meluahkan gurindam, puisi, pantun dan lawak jenaka semata-mata. Namun, hakikatnya "wal hasil balik asal", tiada apa yang diperjuangkan sebenarnya. Masing-masing hanya sibuk untuk mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan tanpa mahu berpijak di bumi yang nyata. Malah ada kenyataan yang sanggup mengatakan bahawa parti UMNO itu akan hilang jika Melayu itu hilang. Banyak lagi kenyataan yang jelas tidak masuk dek akal diluahkan oleh pada perwakilan yang membahaskan usul sepanjang perhimpunan tersebut. Ternyata, pemimpin UMNO masih mengganggap bahawa parti itu sahaja yang dapat membela orang Melayu di negara ini. Bagi mereka, Melayu adalah UMNO dan mana-mana orang Melayu yang tidak menyokong "parti karat" itu dianggap sebagai pengkhianat dan penderhaka. Dalam masa yang sama juga mereka langsung tidak membicarakan soal masalah-masalah dan kecelakaan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu itu sendiri. Misalnya masalah tanah rizab Melayu yang semakin menyusut atas nama pembangunan, masalah gejala sosial dan murtadnya anak-anak Melayu dan masalah orang-orang Melayu yang terus ditindas di bumi sendiri. Semua ini tidak mahu dibicarakan kerana ia amat sensitif dan boleh menggugat kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan