Rabu, 6 Oktober 2010

Edisi Pahang: Isu Pembalakan, AdnanTerselamat Dari Membayar Saman RM70 Juta Bila Mahkamah Persekutuan Tolak Kebenaran Rayuan Oleh SGM!


PUTRAJAYA, 5 Okt [6.45 pm] - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran untuk sebuah syarikat pembalakan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenepikan perintah mandamus yang memaksa Menteri Besar Pahang membayar RM70 juta termasuk faedah kepada syarikat itu. Berikutan keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim di sini, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) kini berdepan dengan dilema bagaimana dan kepada siapa ia harus menuntut RM70 juta daripada kerajaan negeri. Pada 25 Mei 2007, Mahkamah Tinggi Kuantan memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kepada SGMSB kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan. Pada 9 Dis 2002, SGMSB memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar milik UMNO di Mukim Bebar, daerah Pekan. Jumlah ganti rugi itu dikekalkan selepas Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan kerajaan negeri untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu. SGMSB kemudian memperoleh perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi memaksa Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), melunaskan ganti rugi itu selepas cubaan menuntut amaun penghakiman bersama faedah gagal.
Siapa Yang Harus Membayar Saman Kepada SGM
Bagaimanapun, pada 9 Okt 2009, Adnan berjaya dalam permohonan mengenepikan perintah mandamus daripada Mahkamah Rayuan, sekaligus memaksa SGMSB memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan. Dalam mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan memerintahkan bahawa SGMSB silap dalam menamakan Menteri Besar sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi bagi menuntut amaun penghakiman daripada kerajaan negeri. Sebaliknya, Mahkamah Rayuan berpendapat pegawai kewangan negeri harus dinamakan sebagai pihak dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mandamus. Dalam prosiding hari ini, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel tiga hakim, memerintahkan SGMSB tidak melepasi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman. Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Cheng Yuen membantah manakala seorang lagi panel hakim ialah Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin. Mahkamah juga memerinthan SGMSB membayar kos perundangan sebanyak RM10,000.
[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Seruan Gemilang Makmur (SGM) bakal berhadapan dengan dilema yang cukup besar. Soalnya, kepada siapa saman berkenaan harus ditujukan selain Adnan. Biar pun mungkin boleh ditujukan kepada Pegawai Kewangan Negeri, namun ia tidaklah sekuat kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri. Malahan, segala urusan berkaitan dengan dokumen yang berkenaan pastinya mendapat kelulusan daripada Menteri Besar. Apakah selayaknya seorang Pegawai Kewangan meluluskan permohonan berkenaan?. Menteri Besar sepatutnya bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku. Adnan berjaya menyelamatkan dirinya dalam keadaan karier politik beliau di Pahang hampir ke penghujungnya. Soalnya sekarang, bagaimanakah jika Kerajaan Negeri Pahang berjaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang?. Apakah SGM akan meneruskan tindakan saman tersebut terhadap kerajaan negeri?. Bukankah ini akan memburukkan lagi keadaan. Makanya SGM terpaksa mencari jalan untuk merayu dan mengheret juga Adnan sebagai orang yang bertanggungjawab melunaskan saman berkenaan. Kerana dia adalah Ketua Negeri!. Jika tidak SGM perlu membatalkan sahaja hasrat tersebut dan mencari jalan penyelesaian lain].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan