Rabu, 6 Oktober 2010

Kekecohan Dalam Pemilihan PKR, Antara Faktor Utama Serta Punca Yang Perlu Di Beri Perhatian Sewajarnya Oleh Pucuk Pimpinan Parti Keadilan


Dalam sibuk-sibuk media arus perdana menjaja tentang masalah yang berlaku dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini, rupa-rupanya ia tidak langsung mempengaruhi minda rakyat itu sendiri. Malah, ramai yang melihat bahawa perbalahan dan pergaduhan yang berlaku sepanjang pemilihan cabang-cabang parti baru-baru ini, menggambarkan amalan demokrasi terus subur sebenarnya. Malah, ramai pemimpin mahu ke tampil untuk mendepani agenda perubahan itu sendiri. Maka itulah, kita tidak hairan disesetengah cabang pertandingan merebut jawatan utama dalam parti melibatkan pertembungan tiga dan empat penjuru. Bukankah ini maknanya, PKR tidak langsung menyekat kebebasan semua ahli untuk bertanding asalkan mereka ada sokongan daripada akar umbi. Memang benar, ada sesetengah cabang berlaku kekecohan dan perbalahan, namun sedarkan kita bahawa itu adalah fenomena biasa yang kita lihat selama ini dalam UMNO dan komponen BN itu sendiri. Makanya, apa yang dihairankan sangat dengan masalah tersebut. Media arus perdana cuba menggambarkan bahawa itulah sifat sebenarnya pemimpin PKR. Walhal daripada lebih 200 cabang yang menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC), tidak sampai pun 10% kejadian seperti itu dilaporkan. Mungkin segelintir pemimpin yang terlalu taksub untuk menang dan bercita-cita untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, maka mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat itu tercapai.

Tempoh Perlu Di Ambil Sebelum Layak Jadi Calon

Namun, bukan semua yang bersifat begitu sebenarnya. Mungkin ada sebahagian kecil daripada mereka yang terpengaruh dengan provokasi penyokong masing-masing sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah kesilapan besar yang berlaku hingga menyebabkan insiden yang tidak diingin itu terjadi agaknya?. Akibat tidak ada peraturan dan syarat penting untuk menghalang mana-mana ahli yang baru menyertai parti menawarkan diri untuk bertanding jawatan penting, maka berlakulah masalah itu tadi. Terdapat ahli komponen BN seperti UMNO, MCA, GERAKAN dan sebagainya yang tiba-tiba menawarkan diri untuk bertanding sedangkan keikhlasan dan kejujuran mereka masih belum teruji. Makanya, mereka ini masih terbawa-bawa apa yang berlaku dalam parti lama mereka ke dalam PKR. Akhirnya berlakulah kekecohan seperti yang diwar-warkan oleh media. PKR terlupa syarat utama seseorang untuk menawarkan diri perlulah menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti dalam tempoh tertentu. Cadangan itu pernah dibangkitkan dalam Kongreas PKR sebelum ini. Namun ia ditolak kerana ia menyekat kebebasan ahli. Lantaran itulah akhirnya berlaku insiden yang sepatutnya dielakkan. Mudah benar untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin PKR bagi mereka yang baru menyertai parti itu. Contohnya, mereka tahu setiap kali MATC dijalankan hanya sekitar 100 hingga 2000 orang ahli yang hadir dan mungkin menyokong calon terbabit. Maka, mereka keluar dari parti lama dan membawa ribuan ahli ke dalam PKR, akhirnya tawarkan diri untuk bertanding. Sebab mereka tahu, peluang untuk menjadi wakil rakyat kini terbuka luas dengan syarat mereka boleh menang dalam MATC.

Kemasukan Ahli Baru Dari BN Perlulah Di Pantau

Lantaran itulah senario ini memeranjatkan ramai pemimpin PKR itu sendiri. Akhirnya mereka kalah kepada calon yang tidak popular. Kononnya pemimpin terabit ditolak rakyat dan sudah tidak diterima lagi dalam parti. Walhal, pemimpin baru yang "belum habis edah" dan "cop jari belum kering" itu menggunakan kekuatannya untuk membuat perubahan pucuk pimpinan parti di cabang-cabang terbabit. Akhirnya calon popular begitu mudah ditewaskan oleh calon yang langsung tidak ada nama atau dikenali oleh ahli PKR itu sendiri. Perkara ini harus dibendung jika mahu parti terus relevan pada masa akan datang. Jika tidak, permainan politik seperti ini akan menghancurkan PKR sendiri. Bayangkan jika UMNO BN menghantar ahlinya dengan "berlakon keluar parti" kemudian sertai PKR. Membawa beribu-ribu penyokong, bertanding dan menang. Apa akan jadi kepada PKR. Akhirnya belum sampai beberapa tahun menang, sudah pasti pemimpin terbabit akan berpatah balik selepas mendapat tawaran lumayan daripada pemimpin UMNO BN. Mereka kemudian umumkan konon hilang kepercayaan kepada pucuk pimpina parti dan menjadi "wakil rakyat bebas". Ini semua adalah satu pengkhianatan yang sukar untuk diterima oleh rakyat sebenarnya. Oleh itu, kawalan dan saringan yang rapi perlulah diadakan bagi menjaga keutuhan parti itu sendiri. Jangan biarkan parti begitu mudah untuk menerima sesiapa sahaja tanpa usul periksa. Kita tidak mahu PKR menjadi sebuah parti yang boleh dijual beli dan akhirnya menghilangkan kepercayaan rakyat itu sendiri.

Calon Popular Tertewas Kerana Kealpaan Sendiri
Akibat kesilapan tidak memantau dan mewajibkan syarat supaya tempoh tertentu diambil kepada ahli yang baru menyertai parti, maka akhirnya sesiapa sahaja yang keluar UMNO BN dibenarkan bertanding pula dalam PKR. Sepatutnya tempoh tertentu perlu diambil untuk memastikan ahli terbabit membuktikan tahap kesetiaan mereka sebelum layak untuk menawarkan diri sebagai pemimpin dalam PKR. Kesilapan inilah yang menyebabkan, masalah akhirnya timbul di sana sini dan amat sukar dibendung. Tambah mengejutkan lagi, ramai pemimpin kanan PKR termasuk yang bertaraf Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Majlis Pimpinan Negeri dan Ahli Majlis Tempatan telah tewas ditangan calon yang baru. Semua ini memang tidak dijangkan sebenarnya. Tambahan pula, sistem yang digunakan oleh PKR sekarang adalah sesuatu yang baru dan mirip kepada pilihanraya sebenar. Bayangkang seorang Ahli Parlimen PKR boleh tewas kepada calon muda yang baru menyertai parti selepas Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Alasannya cukup mudah, kononnya wakil rakyat terbabit tidak turun padang dan sebagainya. Walhal, pihak berkenaan memang sengaja mengadakan "konspirasi" untuk memalukan pemimpin berkenaan. Tambahan pula di cabang-cabang yang kehadiran perwakilannya dibawah paras 1,000 ahli. Malah, ia cukup mudah dilakukan di cabang-cabang yang lebih kecil kehadiran ahli ke MATCnya.

Pemimpin Tidak Turun Padang Juga Jadi Punca

Bayangkan, ada pemimpin yang bertaraf Ahli Parlimen hanya mendapat kurang dari 200 undi. Malah, majoritinya juga kurang dari 100 undi. Bukankah ini cukup memalukan sebenarnya. Soalnya, pernahkah parti menyiasat dan memantau perkara ini selepas pilihanraya umum lalu. Kenapa ada cabang yang jumlah ahlinya tidak sampai pun 1000 orang, sedangkan parlimen terbabit dimenangi oleh PKR. Apakah yang dilakukan oleh pemimpin parti di cabang berkenaan agaknya. Malah, ada sesetengahnya kehadiran MATC juga tidak "cukup korum" dan terpaksa ditangguhkan. Itu belum termasuk jumlah ahli jawatankuasa cabang yang tidak mencukupi dan sebagainya. Ada juga cabang yang terpaksa mengadakan mesyurat agung wanita dan AMK di kedai-kedai kopi sahaja akibat kekurangan ahli. Kenapa ini harus terjadi dalam keadaan parti yang diwar-warkan semakin diterim aoleh rakyat. Malah, dalam keadaan parti sudah bersedia untuk memnakluki Putrjaya bersama PAS dan DAP, perkara sebegini masih terus berlaku. Itu belum termasuk cabang-cabang yang langsung tiada dana dan tidak menjalankan aktiviti masing-masing. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan?. Maka itulah, bila kehadiran ke MATC baru-baru ini tidak menggalakkan, menyebabkan pemimpin cabang berkenaan begitu mudah tumbang ditangan pemimpin baru yang berjaya membawa masuk ramai ahli-ahli dan penyokong mereka. Akhirnya, dengan strategi yang baik dan dana yang cukup mereka berjaya menumbangkan pemimpin terbabit. Gara-gara tidak berpuas hati, berlakulah perbalahan dan kekecohan seperti yang diwar-warkan oleh mdia arus perdana baru ini. Siapa yang salah sebenarnya?. Maka itu, kita hars menyalahkan diri sendiri daripada menuding jari kepada orang lain. Sebenarnya pemimpin berkenaan yang jarang turun padang sebenarnya.

[Banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian oleh pucuk pimpinan parti. Dana amat diperlukan untuk menggerakkkan kembali parti agar lebih aktif dan berfungsi. Kita tidak mahu masih ada cabang-cabang yang ahlinya sekadar cukup makan biarpun parlimen itu dimenangi oleh PKR dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Bayangkan, kehadiran Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) mereka tidak sampai pun 200 ahli. Apa yang berlaku sebenarnya?. Tiada langsung gerak kerja untuk membuat perubahan termasuk menambah ahli di cabang masing-masing?. Apakah layaknya seorang yang bergelar Ahli Parlimen hanya mendapat undi sekitar 100 hingga 150 sahaja?. Jika inilah keadaannya, bagaimana kalau ada pemimpin parti UMNO BN yang keluar dan sertai PKR. Mereka membawa 1000 penyokong untuk menjadi ahli. Dijaga segala kebajikan dan sebagainya. Kemudian dibawa ke mesyuarat agung tahunan pada masa akan datang. Bukankah dengan mudah Ahli Parlimen terbabit boleh tewas. Adakah parti menyedari semua ini? Atau melihat ianya satu perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan?. Akhirnya parti akan tergadai begitu sahaja tanpa ada lagi sokongan rakyat. Mereka yang dipilih menjadi pemimpin pula akhirnya bertindak sertai semua UMNO BN selepas mendapat tawarwan lumayan andainya mereka terpilih sebagai calon dan menang dalam setiap kali pilihanraya itu sendiri. Apakah senario ini wajar dibiarkan begitu sahaja?].

Tindakan ADUN Malim Nawar Menyertai BN Bakal Mempercepatkan Lagi Karier Politiknya Mereput !!

Seperti yang dijangka, akhirnya wakil rakyat "pengkhianat" ADUN Malim Nawar Perak, Si Keshvinder Singh (foto) akhirnya mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) semalam. Keputusan yang dibuat oleh bekas ADUN DAP itu dibuat kononnya selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff. Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada di Ipoh. Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lalu. "Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu," katanya. Keshvinder adalah ADUN DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, awal tahun lalu, juga mengambil tindakan yang sama sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

[Keputusan Keshvinder itu memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, umum mengetahui beliau berbuat demikian selepas mendapat "habuan lumayan" daripada pihak-pihak tertentu sebenarnya. Biar pun dinafikan oleh beliau, namun rakyat lebih mengetahui apa yang tesirat. Mana mungkin seorang pejuang rakyat kembali ke lembah kehinaan. Apapun, rakyat tidak perlu gusar melihat apa yang berlaku ini. Kemenangan beliau dalam pilihanraya umum yang lalu bukanlah penanda aras kononnya beliau seorang pemimpin yang hebat. Undi yang diterimanya itu adalah undi rakyat kepada parti dan bukannya kepada individu. Makanya, keputusan yang diambil itu bakal menyebabkan dirinya lebih hina dan politiknya hancur selepas ini. Mana mungkin beliau akan diterima semua untuk bertanding selepas ini, kerana BN pasti punyai ramai lagi calon-calon yang lebih berwibawa daripada pengkhianat itu sebenarnya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan