[Kemusyikalan ini ditimbulkan berdasarkan kepada satu kes terdahulu, dimana Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak pengakuan bersalah Rasidi Ismail (foto), atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, awal Januari lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, membuat keputusan itu kerana tertuduh membuat pengakuan tanpa mendapat khidmat nasihat peguam. Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata tiada akta yang boleh menghalang tertuduh mengaku bersalah, namun masih perlu mendapatkan nasihat dan khidmat peguam mengikut Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya, kenapa dalam kes ini dua pekerja ladang terbabit terus dijatuhkan hukuman tanpa mengarahkan mereka mendapat khidmat peguam?. Bukankah ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Apa bezanya orang yang membunuh dengan hanya mengapuskan bukti?. Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Apakah kes ini juga akan menjadi seperti kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shaariibu, Norrita Samsuddin dan lain-lain lagi].
Jumaat, 15 Oktober 2010
Kes Sosilawati: Musykil, Kenapa Begitu Cepat Dua Suspek Di Hukum, Sedangkan 'Ujian DNA' Semua Mangsa Terbabit Masih 'Belum Di Perolehi' Polis !!
BANTING, 15 Okt [2.39 pm] - Sesuatu yang sungguh mengejutkan, apabila mahkamah begitu cepat membuat keputusan terhadap dua suspek kes bunuh Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Bayangkan, semalam kesnya dibicara, dan hari ini mereka telah dijatuhkan hukuman. Dua suspek terbabit yang merupakan pekerja ladang dimana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh. Pekerja terbabit iaitu U. Suresh dan K. Sarawanan telah dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini. Mereka dituduh menghapuskan mayat Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad; dan peguam Ahmad Kamil Abd. Karim dengan cara membakar mayat-mayat bagi mengelakkan tertuduh-tertuduh yang didakwa membunuh semua mangsa dikenakan tindakan undang-undang. Persoalannya sekarang, kenapa begitu cepat mereka dihukum, sedangkan ujian DNA mangsa masih belum diperolehi lagi oleh pihak polis. Maknanya, polis belum dapat mengesahkan secara klinikal bahawa kesemua mangsa adalah individu terbabit. Bukankah sesuatu yang agak mustahil, dua pekerja ladang itu dijatuhkan hukuman begitu cepat tanpa dibenarkan membela diri. malah, lebih menghairankan kita mereka juga dibicarakan tanpa Peguambela, sedangkan suspek utama kes mempunyai tiga penguambela. Kenapa dua pekerja ladang itu tidak diberi peluang dapatkan peguam untuk membela diri?. Semacam ada "satu adengan yang tidak dingini" telah berlaku terhadap kes ini.
[Kemusyikalan ini ditimbulkan berdasarkan kepada satu kes terdahulu, dimana Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak pengakuan bersalah Rasidi Ismail (foto), atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, awal Januari lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, membuat keputusan itu kerana tertuduh membuat pengakuan tanpa mendapat khidmat nasihat peguam. Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata tiada akta yang boleh menghalang tertuduh mengaku bersalah, namun masih perlu mendapatkan nasihat dan khidmat peguam mengikut Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya, kenapa dalam kes ini dua pekerja ladang terbabit terus dijatuhkan hukuman tanpa mengarahkan mereka mendapat khidmat peguam?. Bukankah ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Apa bezanya orang yang membunuh dengan hanya mengapuskan bukti?. Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Apakah kes ini juga akan menjadi seperti kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shaariibu, Norrita Samsuddin dan lain-lain lagi].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan