Ahad, 24 Oktober 2010

Menara Wawasan vs Menara Berkembar...Ligatnya Kepala Otak Najib

Kemaman, 24hb. Oktober : Belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Najib Tun Razak mendapat pelbagai reaksi.

Jika tengok RTM, TV3 & Astro Awani, baca UM, Berita Harian rata - rata memuji dan menyokong pelan perbelanjaan 2011 itu. Jika buka blogspot dan facebook, tengok siapa tuan punyanya dan reaksi pun berbagai - bagai, ada yang memuji, ada yang neutral dan ada yang mengkritik seperti budget seluar dalam katanya kerana media baru ini akan melaporkan mengikut selera tuannya juga.
Seorang pemuda secara sinis memberitahu Menteri Kewangan terjumpa nota senarai barang yang hendak dibeli di butik oleh isterinya dan memasukkan dalam nota belanjawan menjadikannya belanjawan seluar dalam, pakaian dalam dan make up katanya, betul ke tidak wallahulam.
Juga dibentangkan kos membina Menara Warisan Merdeka sebanyak RM5 billion (RM 5 ribu juta). Bukan kerajaan yang menanggungnya tapi Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Siapa empunya PNB itu semua sudah tahu. Milik orang perseorangan ke, syarikat ke atau GLC wallahualam.
Sila tekan 'read more' untuk berita selanjuutnya...


Disinilah ligatnya kepala otak manusia bernama Najib Tun Razak ini. Tidak sampai sepenggal menjadi PM sudah boleh membina menara tertinggi 100 tingkat dengan kos RM5 billion (RM 5 ribu juta) akan menjadikannya menara tertinggi di Malaysia pada 2020 nanti.
Menara Berkembar Pertonas (KLCC) setinggi 88 tingkat sahaja dengan kos RM4.56 billion. Tun Mahadthir membina KLCC semasa tahun 1998 setelah 17 tahun menjadi PM. Tun Mahathir membinanya di tempoh 5 tahun terakhirnya dengan simbol 'H' membuktikan kecintaanya kepada Tun Hasmah Ali,
Najib Tun Razak membina Menara Warisan setinggi 100 tingkat tidak sampai sepenggal pun memegang teraju negara. Kehebatan dan kecerdikan PM ke-6 ini memang menggagumkan para kroninya sendiri.
Siapakah yang akan membolot projek dan kontrak ini. Kalau di zaman Tun Mahathir dulu Selangor Turf Club (STC) diarah menjual tanah kepada Tan Sri Ananda Krisnan kemudian menjualnya kepada KLCC Holding dimana Petronas mempunyai kepentinggannya dengan keuntungan atas angin kepada Ananda Krisnan sebanyak RM100 juta.
Menara Warisan siapa yang akan mendapat habuannya. Pelik bin ajaib pembinaan Menara Warisan ini dibincang oleh perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO ke-61 baru - baru ini. Hebat betul orang Melayu yang berada dalam UMNO ini.
Belanjawan 2011 bukannya belanjawan UMNO. Ianya belanjawan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia seramai 22 juta orang bukannya semua ahli UMNO. Ianya belanjawan hasil usaha semua rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut maupun Baba & Nyonya di Melaka.
Pening memikirkan minda orang UMNO ini. Ingat sikit duit mana yang hendak dibelanjakan untuk Belanjawan 2011 dari mana sumbernya. Dari poket seluar orang UMNO ke?.
Perwakilan UMNO memandai - mandai hendak mengubah lokasi Menara Warisan dari Stadium Merdeka kepada Kampung Baru. Demi untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu katanya. Cuba periksa pendapatan orang Melayu yang mempunyai tanah seekar di Kampung Baru Kuala Lumpur. Berapa sewa bulanan yang dikenakan kepada penyewa Kedai Tomyan di situ.
Siapakah pakar ekonomi di PNB yang gagal memberi idea terbaik kepada PNB semasa mencadangkan Menara Merdeka dibina di Stadium Merdeka. Pandai lagi perwakilan UMNO dari bahagian membuat forecast dan estimate keuntungan untuk menara. Malang betul PNB mempunyai pakar ekonomi yang kurang cerdik berbanding perwakilan UMNO dari bahagian - bahagian.
Apapun, betul ke Menara Warisan akan melonjakkan kuasa ekonomi orang Melayu?. Ekuiti 30% yang didendangkan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC sudah tercapaikah ke belum?.
Berapa angka sebenar pemilikan ekuiti orang Melayu jika ditolak jumlah pegangan di GLC? Apa pemimpin UMNO yang memperjuangan 30% pegangan orang Melayu telah buat sejak DEB diperkenalkan pada 1970 dan dimansuhkan beberapa tahun lepas.
Ayuh, kita jangan tertipu dangan kokokan dan nyayian orang UMNO ini. Sedarlah sudah 30 tahun DEB diperkenalkan, jangankan 30% tapi 20% pun belum tercapai. Angka setakat 18%-19% sahaja. Sila periksa hansard di parlimen untuk mengesahkannya.
Semua ini adalah wayang dan mainan politik untuk mengenyangkan perut pemimpin, anak beranak, suku sakat dan kroni masing - masing sahaja.
Jangan biarkan UMNO yang menggunakan istilah hak keistimewaan orang Melayu terus menipu kita untuk mengisi perut  dan tembolok masing - masing.
Biasiswa untuk pelajar Melayu digantikan dengan PTPTN dengan caj perkhidmatan 4% setahun itu adakah dimansuhkan oleh MCA atau MIC atau Gerakan ke? Siapa yang menghapuskan keistimewaan biasiswa ini? Bila cadangan memansuhkan keistimewaan biasiswa kepada anak Melayu yang cerdik ini dibincangkan?. Di Perhimpunan Agung UMNO kah dibincangkan perkara ini? Di Perhimpunan Agung MCA kah?. Siapa yang memegang PTPTN sekarang ini, cuba semak apa jawatannya dalam UMNO.
Jangan kita ditipu hidup - hidup. Bukan Bumiputra yang diperjuangan tapi UMNOputra dengan berselindung di balik hak istimewa orang Melayu kununnya sebenarnya diperjuangan. Ianya untuk segelintir golongan yang rapat dengan pemimpin UMNO sahaja.
Piilihanraya Umum akan datang, gunakan hak kita untuk menutup kesalahan kita memberi UMNO lesen mengebas dan menyapu khazanah dan harta kekayaan negara ke dalam poket selama 53 tahun. Jadikan 2011/2011 Tahun Tumbang UMNO/BN dengan menyahkan dari Putrajaya.
Ayuh, sebarkan maklumat dan sekarang inilah Masa Untuk Berubah.
Jom Kita Berubah Dan Anda Mampu Mengubahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan