Khamis, 28 Oktober 2010

Pak Belalang's-Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan
Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan
mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini
akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka,
menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur
antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula
1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang
telah dikeluarkan, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan
(EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan
pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka
mendapat bantahan golongan agama yang sebelum ini telah
berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa.
Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert
yang seorang 'gay'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan