Jumaat, 8 Oktober 2010

Panas: Rahimi Osman Buat Laporan Polis Bahawa Dia Telah Di Paksa Oleh Orang Anwar Untuk Buat Dua Laporan Sumpah Mengenai Kes Liwat Saiful !


KLANG, 6 Okt [5.30 pm] - Satu sidang akhbar yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman (foto), dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan. Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di Restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut. Rahimi memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008. Peguam Rahimi - S Ravi Chandran berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat. Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan. Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut. Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam. Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.


Rahimi Osman, antara individu yang banyak menyimpan rahsia Anwar

[Nampaknya kes liwat dua ini menjadi bertambah haru biru dengan campur tangan Rahimi Osman. Beliau yang selama ini mendiamkan diri dan dikatakan mengalami masalah apabila diajukan soalan tentang kes liwat Saiful Bukhari, kini tiba-tiba membuat tindakan yang panas seperti ini. Soalnya sekarang, apakah motif tindakannya itu?. Apakah beliau ingin membantu sahabat karibnya Saiful Bukhari yang akan ke mahkamah semula minggu hadapan berhubung kes liwat itu. Umum mengetahui bahawa Rahimi adalah individu yang menyimpan banyak rahsia mengenai Saiful dan Anwar. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk Saiful untuk bekerja di pejabat Anwar. Persoalannya, jika hubungannya dengan Saiful baik, kenapa beliau diterajang oleh Saiful selepas itu. Namun, laporan polis yang dibuat oleh beliau ini sedikit menggemparkan kerana ia boleh menganggu perjalanan kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang bakal bersambung selepas ini. Rakyat dimintan bertenang dann tidak panik melihat apa yang berlaku itu].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan