KOTA BHARU 5 Okt [2.55 pm] - Dewan Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini bagi menyusun jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi membantu calon parti itu yang akan bertanding, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub (foto). Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan aspek gerakan jentera ulama termasuk aktiviti ceramah sewaktu kempen pilihan raya tersebut. Mesyuarat itu turut membincangkan dan memberikan cadangan mengenai pemilihan dan ciri calon yang akan bertanding tetapi kuasa untuk menentukan calon terletak pada Dewan Syura sebagai badan tertinggi parti, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 September lalu. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menentukan hari penamaan calon dan pengundian.
[Pilihanraya Kecil DUN Galas yang akan berlangsung ini bakal menjadi medan terbaik untuk mengukut sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap segala dakyah dan penipuan UMNO BN mutakhir ini. Media arus perdana tidak habis-habis menghentam kerajaan dan pemimpin Pakatan Rakyat. Malah, di Kelantan sendiri isu wang sumbangan RM4 bilion telah menggemparkan seluruh negara. Soalnya, rakyat Kelantan terutamanya di DUN Galas bakal membuat perhitungan ini. Namun, semua orang tahu bahawa rakyat Kelantan adalah yang paling bijak mencatur politik tanahair sekarang ini. Mereka tidak begitu mudah termakan dek hasutan yang berbauh rasuah dan perkauman yang dimainkan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Justeru itulah, kita tidak hairan PAS berjaya berkuasa di negeri itu hingga hari ini. Semoga DUN Galas dapat dipertahankan nanti].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan