Sabtu, 16 Oktober 2010

SEJARAH BUMIPUTERA SIBU SARAWAK CUBA DI PADAM PEMIMPIN CINA.(bukan rasis tapi kesilapan pemimpin bn)

Di mana-mana jelas sekali semua kaum bumiputera tidak kira Iban, Melayu dan Peribumi yang lain ramai turut meluahkan rasa terkilan dan terluka dengan sikap pemimpin Cina Sibu yang membangunkan Bandar Sibu dengan sejarah dan tradisi kaum Cina tanpa membina sejarah sebenar kaum bumiputera yang lain yang turut ada tertulis di Sibu ini. Kenapa Bandar sibu di Cina kan? Setiap taman, komplek sukan dan kawasan rekreasi terukir tulisan cina dan sejarah cina.Kita kaum peribumi tidak kisah dan masih terbuka untuk kaum cina membina sejarah mereka di sibu. Tetapi biar lah ada semangat 1 Malaysia dan keadilan semua kaum.

Persolaan! Mana peranan Arkib Negara dan Arkib Negeri? Sehingga terlepas pandang. Setahu saya Sejarah, Tugu Negara, Galeri dan Memorial adalah Khusus untuk pejuang2 negara dan negeri dan Mantan ketua menteri dan Perdana Menteri Malaysia yang telah meniggal dunia serta untuk memperingati peristiwa terpenting tanah air iaitu kemerdekaan Negara kita.

Apa penting sangat mengukir sejarah keturunan Hung Ning, Nai Siong,kaum Foochow dan orang inggeris James Matther Hoover di sibu sini sehingga satu pun sejarah Bumiputera tidak di tulis di sibu sini. Malah banyak tapak2 sejarah bumiputera terpenting cuba di hapus seperti tapak Temenggung Jugah, Roslie Dhobi, Rentap di gantikan dengan taman2 terukir sejarah kaum cina sahaja. Sedangkan peristiwa kaum mereka belum tentu sahih dan betul. Banyak keraguan dan tokok tambah untuk kebaikan cina sahaja. Yang jelas tahun 1940an kaum cina di Sibu adalah minoriti. Cerita yang jelas juga peristiwa 1950-1970an kaum cina ramai askar komunis bintang 3 dari China untuk menawan Sarawak.

Kita generasi baru Sarawak harus tahu sejarah nama Sibu ini adalah berasal dari perkataan kaum Iban iaitu ‘Sungai Sibau’. Begitu juga sejarah kemerdekaan Sarawak adalah sejak peristiwa pejuang Melayu bernama ‘Roslie Dhobi’ membunuh kerajaan Brooke Rajah Putih. Roslie Dhobi ialah orang sibu. Sejarah Temenggung Jugah membawa kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia. Beliau adalah orang Kapit daerah yang berdekatan dengan Sibu. Sepatut nya nama2 mereka ini terukir dan di bina di setiap pelosok Sibu ini sebagai mengenang jasa mereka. Termasuk lah Sharif mansor pejuang tanah air di Sarikei. Semuanya berdekatan dengan Sibu.

Persoalan terakhir adalah sikap Ketua menteri Abdul Taib Mahmud dan orang2 bumiputera dalam parti PBB (BN) sendiri. Merekalah sepatut nya bertanggungjawab menjaga nama2 sejarah orang peribumi diSarawak ini. Sebab mereka pemimpin Sarawak. Mereka sepatut nya mengawal pemimpin Cina yang rasis dan ekstrim dan membunuh sejarah penting orang peribumi Sarawak. Kalau pemimpin PBB(BN) tidak ada semangat pejuang2 bumiputera Sarawak. Lebih baik kita bumiputera rakyat asal gugur saja pemimpin2 seperti ini dari arena politik Sarawak.
(penulis-mohamad tamini.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan