Rabu, 6 Oktober 2010

Sensasi: Menteri Besar Pahang, Si Adnan Yaakob Cipta Sejarah Melepaskan "Badi Fobia" Pemimpin Serta Puak-Puak UMNO Terhadap Warna Hijau !!


Jika di Kelantan, rakyatnya bergembira apabila menerima "payung negeri" baru yang sungguh berjiwa rakyat dan menghormati kepimpinan ulamak di negeri itu. Maka, rakyat di negeri Pahang juga harus berbangga mempunyai seorang Menteri Besar yang kini mula mencintai "warna hijau". Kelibatnya yang berpakaian hijau ketika program Jelajah Teknologi Hijau Negeri Pahang 2010 di Hotel Vistana Kuantan baru-baru ini, sungguh mengejutkan ramai pihak. Ini memandangkan, sebahagian besar dikalangan mereka tidak pernah melihat Dato' Sri Adnan Yaakob berpakaian serba hijau seperti itu. Aksinya itu telah mendapat perhatian ramai pihak. Tambahan pula selama ini, diwar-warkan pemimpin UMNO BN begitu "fobia" dengan warna Hijau. Masih kita ingat pimpinan UMNO sanggup mengarahkan Petronas menukarkan warna hijau pada logonya agar tidak terlalu mirip kepada lambang parti PAS. Akibat tindakan tersebut, Petronas terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk membuat perubahan kepada semua logo yang terdapat kepada premis perniagaannya di seluruh negara khasnya dan dunia amnya. Ketakutan puak-puak UMNO kepada warna hijau amat ketara, sehingga banyak surau-surau dan masjid-masjid yang didirikan oleh Kerajaan Pusat (Projek Kerajaan Barisan Nasional) dilarang menggunakan warna hijau. Padahal warna itu sudah sebati dengan imej agama Islam itu sendiri. Akhirnya muncullah bumbung dan dinding surau serta masjid yang berwarna warni. Ada yang berwarna biru (dacing), ada yang berwarna merah (UMNO) dan ada yang berwarna kuning, coklat serta berbagai-bagai warna lagi. Bukan sahaja bumbung dan dinding diarahkan tidak menggunakan warna hijau, malahan termasuk permaidani, langsir serta tirai premis berkenaan menjadi "mangsa puak mereka".

Tetapi, sekarang agaknya Menteri Besar Pahang sudah sedar akan keterlanjuran mereka itu. Lantaran itulah beliau rela berpakaian serba hijau ketika berada di Majlis Jelajah Teknologi Hijau peringkat negeri Pahang baru-baru ini. Rakyat harus bersyukur dan merasa gembira dengan apa yang mereka saksikan ini. Adnan berjaya memecahkan tradisi yang selama ini dpelopori oleh pemimpin PAS itu. Warna hijau yang menjadi lambang parti PAS akhirnya diterima oleh beliau. Warga Kuantan masih ingat dengan ketakutan UMNO BN terhadap warna hijau ini. Malah mereka mengarahkan semua kontraktok yang membina masjid dan surau-surau di negeri ini tidak menggunakan "warna hijau" pada bangunan terbabit.


Bukti, warna asal Berjaya Megamall (kiri) ditukar ke warna baru (kanan)

[Paling mengharukan ialah, warna hijau yang terletak pada bangunan pusat membeli belah Berjaya Megamall di Jalan Sultan Ismail itu juga terpaksa menukarkan warna tersebut. Kini mereka menggunakan warna biru "dacing" dan coklat yang langsung tidak menarik sebenarnya. Jika dulu bangunan terbabit berwarna hijau "PAS" dan sudah tersergam indah dari jauh, kini semuanya sudah berubah wajah. Warna yang suram gagal menggamit kunjungan orang ramai ke premis itu. Soalnya kenapa arahan ini dikeluarkan?. Semuanya gara-gara ketakutan yang amat sangat terhadap warna hijau yang dikaitkan dengan parti PAS itu sebenarnya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan