Ahad, 10 Oktober 2010

YB Ahli Parlimen Batu Sapi Sabah Yang Pernah Di Kait Dengan 'Misi 16 September', Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya Di Kota Kinabalu !


KOTA KINABALU 9 Okt [3.00 pm] - Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah (foto), dari Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di sini, pagi ini. Edmund, 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini. Mayatnya telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini. Beliau merupakan Ahli Parlimen pertama di Batu Sapi selepas memenangi pilihan raya umum pada 2004 lalu.Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak. Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu. Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan. Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Nama beliau juga adalah antara yang disebut-sebut oleh pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wakil dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang akan melompat parti dalam "Misi 16 September 2008" hangat diperkatakan dulu. Beliau dikatakan pernah bertemu Anwar Ibrahim diluar negara ketika itu.
[Sungguh mengejutkan dengan apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen Batu Sapi ini. Namun, itulah takdirnya yang tidak dapat dielakkan. Manusia hanya merancang. Apakah dengan kematian mendiang ini akan menyebabkan satu lagi pilihanraya kecil dapat disaksikan dalam masa terdekat ini agaknya?. Kami masih ingat, ketika ditanya oleh wartawan tentang pertemuannya dengan Anwar diluar negara ketika itu, beliau tidak menafikan dan enggan membuat sebarang komen. Namun, apakan daya akhirnya beliau tidak dapat kembali bersama rakyat selepas termakan gula-gula puak-puak BN. Andainya pilihanraya di adakan di parlimen tersebut, maka sudah pasti ia merupakan satu tamparan hebat buat UMNO BN sebenarnya. Ini akan menguji pengaruh mereka pula di Sabah selepas tewas di Parlimen Sibu sebelum ini. Andainya mereka tewas pula di Sabah, bermakna harapan Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya nampaknya semakin cerah kerana berjaya di talian hayat Brisan Nasional itu].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan