Sabtu, 20 November 2010

Kereta dalam gaung timbulkan tanda tanya


PASUKAN penyelamat memeriksa kereta Kia Optima yang terjatuh ke dalam selut.


KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak di sini berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan