Selasa, 16 November 2010

Pak Lah: Tindakan "Datuk Zaid Ibrahim" Keluar Parti Keadilan Rakyat Memang Sudah Di Jangka !


KEPALA BATAS 16 Nov [4.07 pm] - Tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim untuk keluar dari parti itu memang telah dijangka, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (foto). "Saya tidak terkejut, dulupun masa dalam UMNO dan diberi peluang menjadi menteri tetapi tiba-tiba dia (Zaid) mengambil keputusan untuk meletak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Aprisiasi Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) di sini hari ini. Beliau berkata, penyertaan Zaid dalam PKR semata-mata untuk mengejar jawatan tinggi dan bukan bertujuan memimpin parti itu menjadi sebuah parti politik yang baik dan disegani. "Dia cuba hendak mencapai jawatan yang lebih tinggi, tetapi tidak dapat, kemudian melepaskan semua jawatan dan tinggal PKR, kalau dia suka PKR patutnya dia pimpin PKR tetapi nyata sekali dia tidak suka PKR,” katanya. Ketika ditanya mengtenai pandangannya sama ada UMNO akan membuka pintu semula kepada Zaid, Abdullah berkata, “Itu terpulang kepada UMNO”.
[Apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim ini memang sungguh mengejutkan sebenarnya. Malah, beliau mungkin dilihat lebih hebat daripada "Katak Lompat" Ibrahim Ali Perkasa itu sebenarnya. Soalnya, apakah perjuangan dan keluarnya Zaid ini akan dituruti oleh pemimpin lain termasuk penyokongnya?. Inilah yang menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat sekarang ini. Jika ini berlaku, maka sudah pasti Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan hancur akhirnya. Masalahnya, adakah penyokong Zaid tergamak mengikut jejak langkah pemimpin itu terutamanya bagi mereka yang sudah berjuang dalam PKR sejak zaman reformasi 98 lagi?. Apapun, sama-sama kita tunggu dan lihat apa akan terjadi dalam masa terdekat ini. Siapakah pemimpin PKR yang berani dan akan mengikuti jejak langkah Datuk Zaid itu agaknya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan