Ahad, 28 November 2010

Pelacur asing ditahan di hotel bajet-ada jugak services macam nie bukti hub pelancongan menerusi transformasi ekonomi(idea pm) adalah tidak bijak .


SEBAHAGIAN daripada wanita warga Indonesia dipercayai pelacur yang ditahan di dua hotel bajet di Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Lagi kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik perniagaan hotel bajet terbongkar. Kelmarin polis menyerbu dua premis di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini dan menahan 12 wanita warga Indonesia diperca- yai pelacur.
Serbuan pada pukul 6.30 petang itu dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perju- dian (D7) Bukit Aman.
Jurucakap polis berkata, dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet pihaknya menahan tujuh wanita warga Indonesia berusia 20 dan 30 tahun.
Katanya, turut ditahan dua lelaki warga tempatan yang juga penjaga premis berkenaan berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an serta empat pelanggan berusia 20-an.
"Kita kemudian menyerbu sebuah lagi hotel murah yang terletak berhampiran dan menahan lima lagi wanita warga Indonesia yang disyaki pelacur berusia 20 dan 30 tahun.
"Seorang wanita berusia 50-an termasuk seorang lelaki berusia 30-an turut ditahan kerana disyaki menjadi penjaga kepada wanita berkenaan," katanya di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan