Rabu, 15 Disember 2010

Akhbar Suara Perkasa Gulung Tikar

Oleh: addin_77

"
Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan.Salah seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu.

"Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir.


"Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana. "Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya.

Suara Perkasa mempunyai enam kakitangan dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur. Menurut kakitangan tersebut, alasan utama kepada pemberhentian penerbitan tersebut ialah tidak mampu menampung kos operasi. "Suara Perkasa dicetak sebanyak 25,000 naskhah setiap keluaran tetapi jumlah jualan tidak mencapai 50 peratus."Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa," katanya.

Akibat terlalu ekstrem, akhbar mereka pun tidak dapat sambutan. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima pendekatan yang di buat oleh Perkasa ini. Pendekatan mereka ini hanya akan memecah belahkan masyarakat.
http://addin77.blogspot.com/"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan