Isnin, 6 Disember 2010

Demontrasi 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat', Video Lintas Langsung Terkini Dari TV Selangor !!


KUALA LUMPUR 5 Dis - Berikut adalah laporan terkini sekitar suasana dan keadaan di beberapa kawasan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Istana Negara bagi program perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat". Semua jalan menuju ke Istana Negara dan Masjid Negara ditutup. Sementara itu, laungan "tolak Syabas, tolak BN, hancur Syabas, hancur BN" terus bergema di pekarangan Masjid Negara. Sementara itu Presiden Persatuan Mahasiswa atau Perwasis, Mohamad Izuddin Zaini memberitahu pihaknya berkumpul bersama-sama kerajaan negeri atas tiket "student power" dalam usaha menyokong kempen 'Kembalikan Hak Air kepada Rakyat'. Lebih 400 wakil mahasiswa dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) turut menyertai perhimpunan pada hari ini. Sekitar jam 1.00 petang tadi, lima lagi peserta demo berpakaian merah sambil membawa sepanduk ditahan di Muzium Negara. Lebih 10,000 mula membanjiri masjid berkenaan untuk menyertai perarakan menyerahkan memorandum kepada pihak Istana Difahamkan 10 ahli GAPS diketuai Hamizon Khairuddin tiba di pekarangan Istana Negara menaiki dua kenderaan MPV menyerahkan memorandum mereka kepada wakil pegawai Istana. Polis dilihat memberi kerjasama sepenuhnya dan membenarkan kedua-dua kenderaan terbabit masuk.

Tiga Pemimpin PR Di Tangkap Dekat KL Sentral


Dalam perkembangan lain, Exco Selangor, Elizabeth Wong memberitahu ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, S. Arutchelvan dan seorang lagi anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan polis di KL Sentral, ketika dalam perjalanan ke Istana Negara. Sementara itu, Penyeleras Kempen Air untuk Rakyat, Badrul Amin Bahrom melahirkan kekesalannya di atas penangkapan ketiga-tiga mereka. Menurut beliau, ini adalah usaha untuk menakut-nakutkan orang ramai bagi menyertai perhimpunan aman tersebut. Kira-kira 3,000 rakyat mula membanjiri Masjid Negara. Turut kelihatan di pekarangan masjid ialah Badrul Hisham Shaharin, Elizabeth Wong, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Gobind Sing Deo. Orang ramai kelihatan mula membanjiri Masjid Negara. Sementara itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan seramai '50 marsyal demo' memaklumkan dalam twitternya bahawa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) batalkan hasrat berarak jalan kaki sebaliknya guna kenderaan untuk hantar memo ke Istana Negara.

Polis Kawal Semua Pintu Masuk Masjid Negara

Polis mengadakan sekatan jalan raya di susur keluar Sungai Besi menuju ke Istana Negara. Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, suasana masih lengang. Difahamkan beberapa sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis bertujuan menghalang orang ramai dari berkumpul. Antaranya di Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Batu 3. Turut difahamkan operasi komuter di stesyen Batu 3 Shah Alam juga turut terjejas. Polis telah menutup Jalan Kinabalu. Kira-kira tujuh trak FRU dan sebuah trak meriam air ditempatkan di depan Istana Negara. Sekumpulan 20 anggota polis biasa turut mengawal di sekitar kawasan berkenaan. Sementara jurukamera TVS, Mohd Hanafi yang membuat liputan di kawasan berkenaan telah ditahan dan disoalsiasat oleh sekumpulan anggotan polis sebelum dibebaskan beberapa minit kemudian. Kira-kira 100 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) polis berada di sekitar Jalan Travers Seawal jam 8.30 pagi pasukan polis menggerakkan anggotanya mengawal setiap pintu masuk Masjid Negara. TVSelangor dimaklumkan, semua pintu masuk ke pekarangan masjid berkenaan ditutup dan dikawal ketat yang dirancang Kerajaan Negeri Selangor.

Video Ekslusif Sila Klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan