[Najib boleh menipu orang-orang Pekan kerana mereka masih alpa melihat anak jati kawasan itu sekali lagi bergelar Perdana Menteri. Namun dalam masa yang sama mereka juga kecewa dengan janji kerajaan BN untuk tidak menaikkan harga minyak dan barangan yang lain. Malah mereka juga kecewa negara ini yang kononnya dikatakan "Aman dan Selamat" kini sudah jauh sama sekali. Kejadian jenayah berlaku saban hari di sana sini. Malah, banyak lagi yang rakyat kecewa sebenarnya dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan UMNO BN. Mereka sanggup menggunakan subsidi untuk menipu rakyat. Kenapa masa pilihanraya tidak nyatakan bahawa mereka akan jaga kebajikan rakyat melainkan terpaksa tarik balik berbagai subsidi. Sedangkan rakyat sendiri tidak tahu sebenarnya, apakah subsidi itu benar-benar wujud atau sekadar "angka keramat" yang sengaja digunakan untuk menghalalkan kenaikkan berbagai jenis barangan harian].
Rabu, 15 Disember 2010
Memalukan: Terdesak Untuk Menagih Undi Serta Gusar Pembangkang Menang Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang Maka Najib Rela Ugut Rakyat
PEKAN, 12 Dis - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan mempercayai segala janji yang ditaburkan oleh parti pembangkang kepada mereka. Tegas Perdana Menteri, parti pembangkang terbukti gagal mentadbir negeri-negeri yang dikuasai mereka apabila tidak mampu menunaikan janji yang pernah ditaburkan pada pilihan raya lalu. Malah kata beliau, pembangkang juga gagal mencapai kesepakatan dalam pakatan yang mereka cipta selama ini. Begitulah sedutan sedikit ucapan berapi beliau semasa merasmikan sambutan Deepavali 1Malaysia peringkat Parlimen Pekan di Dewan Majlis Daerah Pekan di sini semalam. Mendengar ucapan Najib itu, maka seolah-olah beliau merasakan hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini. Kononnya pembangkang gagal untuk menunaikan janji-janjinya kepada rakyat. Walhal rakyat memang sudah tahu siapakah yang gagal sebenarnya. BN sebenarnya yang gagal atau pembangkang?. Inilah yang menimbulkan persoalan mereka sebenarnya. Padahal banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pembangkang telah berjaya ditunaikan sebenarnya. Cuma media arus perdana yang sering memainkan isu kononnya janji-janji itu tidak menjadi kenyataan. Walhal mereka yang menghalang. Misalnya janji pemeberian air percuma 20 mete padu seperti yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat di Selangor. Bukankah ia sudah ditunaikan, bukti manifesto itu di sini. Cuma UMNO BN yang sanggup menggunakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menaikkan tarif air tersebut hingga mencetuskan demontrasi baru-baru ini. Maknanya, mereka yang menghalang janji-janji tersebut ditunaikan. Begitu juga di negeri-negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan itu sendiri. Rakyat lebih bijak menilai dan tahu apa yang berlaku sebenarnya.
[Najib boleh menipu orang-orang Pekan kerana mereka masih alpa melihat anak jati kawasan itu sekali lagi bergelar Perdana Menteri. Namun dalam masa yang sama mereka juga kecewa dengan janji kerajaan BN untuk tidak menaikkan harga minyak dan barangan yang lain. Malah mereka juga kecewa negara ini yang kononnya dikatakan "Aman dan Selamat" kini sudah jauh sama sekali. Kejadian jenayah berlaku saban hari di sana sini. Malah, banyak lagi yang rakyat kecewa sebenarnya dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan UMNO BN. Mereka sanggup menggunakan subsidi untuk menipu rakyat. Kenapa masa pilihanraya tidak nyatakan bahawa mereka akan jaga kebajikan rakyat melainkan terpaksa tarik balik berbagai subsidi. Sedangkan rakyat sendiri tidak tahu sebenarnya, apakah subsidi itu benar-benar wujud atau sekadar "angka keramat" yang sengaja digunakan untuk menghalalkan kenaikkan berbagai jenis barangan harian].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan