Rabu, 29 Disember 2010

Nasib Peniaga Medan Bahagia Air Hitam Selepas Setahun




Gambar-gambar di atas telah diambil pada tanggal 28 Disember 2009 di mana gerai Medan Bahagia Air Hitam telah dirobohkan dengan kejam. Perobohan terpaksa dibuat kerana di antara alasannya disebabkan pemaju terdesak untuk membina bangunan di tapak medan tersebut kerana pembeli telah membuat bantahan.
Gambar-gambar di bawah saya ambil pada tanggal 28 Disember 2010 di tempat yang sama. Adakah anda dapat melihat sejauh manakah kebenaran bahawa keperluan mendesak untuk menaikkan bangunan di atas tanah tersebut?.
Apa yang pasti, sebatang tiang pun tidak didirikan di atas tanah tersebut, hanya satu ’signboard’ yang tertera ‘DIlLARANG MASUK’.
Saya telah membawa sdr Salman Hussin, wartawan Harakah untuk hadir sama menyambut ’setahun perobohan Medan Bahagia’. Kisah lanjut akan disiarkan Harakah.
YB Dun Semarang, melalui kenyataannya di dalam media cetak menyebut bahawa kes penempatan peniaga akan diselesaikan dalam masa tiga bulan tapi nampaknya tiada harapan.
Ketika ini, sebahagian penjaja terpaksa meneruskan operasi perniagaan mereka di atas parit berdekatan dengan tapak asal yang telah diroboh.
Saya telah dimaklumkan oleh wakil penjaja bahawa sebelum YB Semarang berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji, beliau ada menelefon dan menghantar SMS memohon maaf kepada semua penjaja di atas apa yang terjadi. Memohon maaf adalah tidakan yang terpuji, YB tapi menzalimi orang satu tindakan yang keji.
Masa masih ada untuk beliau membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penjaja ini. Janji penyelesaian masalah dalam masa 3 bulan perlu diselesaikan segera.

Kawasan baru untuk penjaja mencari rezeki
Haji Ilias bersama wakil penjaja bertemu wartawan Harakah
Di sinilah tapak premis Medan Bahagia Air Hitam setahun yang lalu cukup pesat perniagaan mereka sebelum ia dirobohkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan