[Apa masalah pula yang berlaku kepada AKIM ini. Tiba-tiba jawatan Presiden jadi popular bila Zaid Ibrahim cuba mengambil alih parti itu. Masing-masing mahu pertahankan diri dan tidak mahu melepaskan kuasa. Inilah yang berlaku kepada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dulu, biarpun parti itu dibubarkan apabila Presidennya sertai Keadilan dengan nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba-tiba orang lama beriya-iya mahu menghidupkan parti yang sudah tidak wujud itu. Nampaknnya, Hanafi Mamat pasti akan membawa kes ini ke mahkamah jika benar apa yang diperkatakan oleh Pengaras ROS Kelantan itu. Maknanya, hasrat Zaid Ibrahim untuk bertanding pilihanraya umum ke-13 atas nama partinya sudah pasti akan menimbulkan masalah kelak. Soalnya sekarang, kenapa Zaid tidak boleh menunggu parti barunya didaftarkan dan tidak mengambil parti orang lain jika mahu terus berpolitik. Mungkin kerana dia menyedari pendaftaran parti memerlukan masa yang lama untuk diluluskan dan beliau gusar partinya tidak sempat menyertai PRU-13 jika ia berlaku pada pertengahan tahun 2011 ini agaknya].
Rabu, 15 Disember 2010
Panas: Presiden 'Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia' (AKIM) Tidak Ikhtiraf Zaid Tukar Nama Parti Itu Kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air !
MACHANG 15 Dis - Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat (foto) berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini. AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya. Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur. Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baharu, juga dilaporkan sebagai berkata, parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang. Hanafi berkata, mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. “Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya. Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak-tanduk segelintir ahli AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya. Hanapi juga berkata, beliau tetap menganggap dirinya sebagai Presiden AKIM yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka Presiden AKIM. Sebelum ini dilaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi Presiden berikutan kemelut perebutan jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.
[Apa masalah pula yang berlaku kepada AKIM ini. Tiba-tiba jawatan Presiden jadi popular bila Zaid Ibrahim cuba mengambil alih parti itu. Masing-masing mahu pertahankan diri dan tidak mahu melepaskan kuasa. Inilah yang berlaku kepada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dulu, biarpun parti itu dibubarkan apabila Presidennya sertai Keadilan dengan nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba-tiba orang lama beriya-iya mahu menghidupkan parti yang sudah tidak wujud itu. Nampaknnya, Hanafi Mamat pasti akan membawa kes ini ke mahkamah jika benar apa yang diperkatakan oleh Pengaras ROS Kelantan itu. Maknanya, hasrat Zaid Ibrahim untuk bertanding pilihanraya umum ke-13 atas nama partinya sudah pasti akan menimbulkan masalah kelak. Soalnya sekarang, kenapa Zaid tidak boleh menunggu parti barunya didaftarkan dan tidak mengambil parti orang lain jika mahu terus berpolitik. Mungkin kerana dia menyedari pendaftaran parti memerlukan masa yang lama untuk diluluskan dan beliau gusar partinya tidak sempat menyertai PRU-13 jika ia berlaku pada pertengahan tahun 2011 ini agaknya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan