[Biar apa pun terjadi, kini rakyat semakin bosan melihat kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak. Malah, Najib dilihat lebih teruk daripada Perdana Menteri yang terdahulu. Ini kerana beliau begitu lantang melaungkan kononnya "rakyat didahulukan". Rupa-rupanya, lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Rakyat bukan sahaja didahulukan dengan bebanan, malah mereka juga tidak dapat bersuara untuk menentang segala dasar-dasar kerajaan yang didapati bercanggah dengan apa yang telah diluahkan oleh Najib diawal perlantikan beliau sebagai PM dulu. Maka, kita tidak hairan mereka akhirnya berbondong-bondong akan mengundi parti lain dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengajar keegoaan pemimpin UMNO BN yang kian terdesak sekarang ini. Rakyat digesa bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam negara demokrasi ala Malaysia yang tercinta ini. Tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat sejak sekian lama !!].
Sabtu, 11 Disember 2010
Panas: Tangguh Semak 'Kenaikkan Tarif Elektrik', Terbukti Kerajaan Akui Rakyat Terbeban Dengan Kenaikkan Harga Minyak Di Pasaran Sekarang Ini
Nampaknya, Kerajaan 1Malaysia pimpinan PM Najib Razak semakin takut dengan kebangkitan suara rakyat. Baru sahaja beliau beriya-iya mewar-warkan kononnya kerajaan akan mengkaji kenaikan tarif elektrik, kelmarin lain pula jadinya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui (foto), tiba-tiba umumkan bahawa semakan kadar tarif elektrik ditangguhkan dan ia hanya akan dibuat apabila persekitaran kondusif. Kononnya penangguhan itu berlaku kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat, ''Sekiranya kita melakukan semakan dan menaikkan kadar tarif ia akan memberi kesan kepada kos kehidupan dan pelbagai lagi. ''Justeru, kerajaan telah menangguhkan (semakan) dan akan memberi lampu hijau jika keadaan sesuai,'' kata menteri berkenaan. Nampaknya kerajaan begitu "baik" untuk menangguhkan tarif tersebut, bagi membuktikan mereka "mendahulukan rakyat" dalam hal ini. Namun, dalam situasi yang lain kerajaan juga bertindak bodoh apabila mengatakan mereka secara prinsipal telah bersetuju untuk menyemak tarif elektrik memandangkan kenaikan kos dan harga minyak. Makanya, ini bermakna tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api jelas sekali membebankan rakyat sebenarnya. Kenapa ini tidak diakui oleh kerajaan sebelum ini?. Bukti jelas, dengan kenaikan tersebut menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Ini juga mengesahkan kepada kita, bahawa kenaikkan harga minyak RON95 di pasaran baru-baru ini bakal menyebabkan banyak lagi barangan lain akan naik harga. Bukankah ini akan menyebabkan rakyat terus menderita dan sengsara. Oleh itu, kerajaan usah persalahkan rakyat jika mereka mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Ini kerana mereka sudah jemu dengan "trick lama" yang sering dimainkan oleh kerajaan sejak sekian lama. Apa pun, tahniah kepada TNB kerana telah menangguhkan semakan kenaikkan tarif elektrik.
[Biar apa pun terjadi, kini rakyat semakin bosan melihat kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak. Malah, Najib dilihat lebih teruk daripada Perdana Menteri yang terdahulu. Ini kerana beliau begitu lantang melaungkan kononnya "rakyat didahulukan". Rupa-rupanya, lain yang diharapkan lain pula yang terjadi. Rakyat bukan sahaja didahulukan dengan bebanan, malah mereka juga tidak dapat bersuara untuk menentang segala dasar-dasar kerajaan yang didapati bercanggah dengan apa yang telah diluahkan oleh Najib diawal perlantikan beliau sebagai PM dulu. Maka, kita tidak hairan mereka akhirnya berbondong-bondong akan mengundi parti lain dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengajar keegoaan pemimpin UMNO BN yang kian terdesak sekarang ini. Rakyat digesa bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka dalam negara demokrasi ala Malaysia yang tercinta ini. Tentang ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat sejak sekian lama !!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan