Rabu, 15 Disember 2010

Pendedahan WikiLeaks tiada kaitan dengan siasatan-betul ke nie!!!

Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai kegiatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kaitan dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini.

azlanMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang didedahkan oleh laman web tersebut adalah perbincangan antara dua pihak iaitu Singapura dan Australia dan tidak berkait langsung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dalam konteks ini, saya ingin tegaskan bahawa semua maklumat dan kerahsiaan tentang siasatan yang dilakukan oleh pihak PDRM sentiasa terpelihara dan sememangnya dijaga dan dipertahankan kerana ia melibatkan imej dan kredibiliti PDRM sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, pendedahan yang tersiar dalam laman web tersebut lebih terarah kepada maklumat yang berlegar dalam kitaran diplomatik.

Sehubungan itu, katanya, adalah sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak cuba mengaitkan PDRM atau Kementerian Dalam Negeri dengan sumber pendedahan itu.

Beliau mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks di mana agensi perisikan Singapura mengesahkan mengenai kegiatan Anwar berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Semalam, Anwar mendakwa Unit Cawangan Khas (SB) PDRM sebagai sumber pendedahan WikiLeaks.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan