Oleh: lanik
"Kita semua pasti takkan dapat melupakan kedatangannya pada penghujung 2004..Datangnya tanpa diduga..dan datangnya jua tidak dijemput sesiapa pun.
Apa yang pasti, ia membinasakan apa jua yang berada di laluannya dengan keizinan Allah,Tuhan yang mengutuskannya..Tak dapat disangkal, pabila ia dinamakan BALA, musibahnya pasti pada semua. Biarpun pada insan kerdil yang baru mengenal erti sebuah kehidupan duniawi .
Penghujung 2010 ia datang kembali, yang pasti bukan dengan nama HINDI OCEAN yang penuh dengan lumpur dan kelodak hitam pekat tapi WIKILEAKS yang di dalamnya penuh dengan nanah yang hanyir lagi meloyakan. Cerita2 di belakang tabir sakti yang begitu memualkan mula kedengaran di sini sana..Sang Penguasa beserta kuncu2nya yang tampak suci lagi menyucikan di mata totok UMNGOK. dah mula lemas dengan najis ciptaan mereka sendiri akibat bawaan Tsunami WIKILEAKS..
Bilik berita di serata dunia rata-rata melaporkan perihal kehebatan Tsunami Wikileaks..Pusat berita di New York telah melaporkan yang tunami ini berpusat di sebuah negeri bernama MONGGOLIA dan telah melanda sampai ke MESIA. Turut dilaporkan, Sang Penguasa beserta kuncu2nya telah terpukul teruk dilanda tsunami sehingga tenggelam dan takut untuk timbul lagi..Pusat berita itu kemudiannya, turut melaporkan hanya kader bernama HANG WAR seorang saje yang berani berenang merentasi Tsunami Wikileaks yang begitu menggila..khabarnya, HANG WAR yang seorang ni beserta keturunannya dah kerap kali cuba dipancung oleh Sang Penguasa beserta bala tenteranya..tapi kekuasaan Allah mengatasi segala2nya..HANG WAR nampaknya tetap terpelihara sehingga ke hari ini. Yang tetap lemas hanyalah Sang Penguasa yang zalim beserta kuncu2nya ju..
Begitulah kekuasaan Allah SWT..Setiap sesuatu yang didatangkan oleh Nya itu, tetap ada hikmahnya..Cuma manusia sahaja yang selalu lupa akan kekuasaan Allah bila mereka berada di puncak kuasa. Bangkai yang membusuk pastikan tercium jua akhirnya..
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan