Ahad, 5 Disember 2010

Siswa Unisel dapat lampu hijau sertai demo

Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini memberikan lampu hijau kepada mahasiswanya untuk menyertai perhimpunan 'baju merah' bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Rosti Saruwono berkata, pihak universiti menerima tindakan itu selagi mereka tidak melanggar peraturan universiti dan undang-undang negara.

azlanMenurutnya, ini kerana, secara tidak langsung menunjukkan golongan "pemimpin masa depan itu" kini lebih bertanggungjawab walaupun masih di peringkat pembelajaran.

"Pelajar saya adalah pelajar yang sudah dewasa dan kita menggalakan mereka supaya berfikiran sebagai orang dewasa.

"Kita mengharapkan mereka boleh berfikir bukan sahaja dalam bidang akademik malah mengambil berat tentang isu masyarakat dan sejagat," katanya.

Sambil memberitahu istilah demonstrasi "mungkin terlalu negatif", Dr Rosti menambah:

"Mungkin mereka ingin menyerahkan sesuatu memorandum, itu memang kami (pun) sentiasa terima."
Terus memuji mahasiswanya, Dr Rosti berkata di Unisel golongan itu memang aktif dan peka dengan pelbagai isu, termasuklah isu Palestin dan nasib haiwan.

"Mereka mengadakan (semua) program ini secara sukarela di Unisel di mana ini merupakan satu perkara yang bagus sebagai pelajar prihatin untuk kebaikan am," katanya.

NONEKelmarin, kumpulan mahasiswa, termasuk, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti itu berikrar mengiringi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perhimpunan Ahad ini.

Bercakap dalam sidang media bagi mengumumkan perkara itu, mereka berpendapat ia ekoran ramai mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan di negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, selepas solat Jumaat hari ini mereka turut dijadual mengadakan perhimpunan awal di Masjid Unisel di Bestari Jaya sebagai langkah menggerakkan mahasiswa turut serta pada perhimpunan 'Baju Merah' itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan