Ahad, 5 Disember 2010

UMNO nie Jika depa buat tak kesah apa pun.. tapi jika PR sebut je belum buat lagi pun tapi dah riuh sekampung..


Tak salah lantik bukan Melayu TPM: Mahfuz

“Sama seperti tidak ada halangan untuk Tun Dr Lim Chong Eu dan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjawat jawatan Menteri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Noor bahawa peranan Pas dalam PR diketepikan apabila Kit Siang dikatakan akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PR memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, isu itu tidak seharusnya dibangkitkan kerana Anwar sendiri tidak pernah menyebut mengenainya.

“Anwar tidak menyebut nama Lim Kit Siang kerana Anwar tahu bahawa beliau perlu menghormati pimpinan PR yang lain untuk memutuskan siapa yang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Bagi saya, isu ini hanya permainan murahan media arus perdana dan eksploitasi yang dibuat oleh UMNO yang bukan membawa kepada satu pendekatan positif sebaliknya mengapi-apikan perkauman,” katanya.

Mahfuz berkata, tidak ada masalah jika orang bukan Islam dan bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, bahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung juga bukan Melayu.

“Kalau dilihat dari segi sentimen perkauman, mungkin ada orang tidak suka Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilantik dalam kalangan bukan Melayu kerana melihat ia sebagai ancaman untuk menjadikan kawasan bandar terdiri hanya daripada satu kaum.

“Sudah berapa lama konsep itu dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan kita boleh menerimanya, jadi apa masalahnya jika bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, pemimpin UMNO mahu pun media arus perdana seharusnya menghentikan politik murahan yang mengapi-apikan isu perkauman kerana ia hanya menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan