Khamis, 15 April 2010
'DEWAN PEMUDA PAS SARAWAK TUNGGU LAMPU HIJAU SPR'
Jentera pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak sudah bersedia- siaga untuk berkampung dan membantu memastikan calon dari PR memenangi pilihanraya kecil parlimen sibu yang akan di tetapkan tarikh oleh SPR pada bila-bila masa.kami sudah bersedia dan boleh dikerah pada bila-bila masa sahaja.kata Ketua Pemuda Pas Abang Eddy Allyanni beliau juga mengulas akan perancangan strategi yang akan di gunakan bagi menambah pengundi melayu mengundi PR khusus di kawasan Dun Nangka dan Dun Pelawan.kita telah mengatur beberapa program sepanjang pilihanraya di adakan dan beliau amat yakin jentera BN akan menghadapi satu piliharaya yang sengit sepanjang sejarah penglibatan mereka di dalam politik di sarawak.kita akan buktikan bahawa kuasa rakyat adalah penentu kepada sesuatu pemerintahan.bila tiba masanya rakyat sudah jemu dengan kezaliman dan penindasan maka kebangkitan Rakyat untuk menuntut perubahan tidak akan dapat disekat lagi.kata beliau
dalam ucapan mempengerusikan Mesyuarat Dppns pada rabu 16hb di kuching.

Rabu, 14 April 2010
Dewan pemuda pas sarawak dan rakan pakatan rakyat telah bersama-sama membuat laporan polis di ibu pejabat polis sarawak.
Laporan Polis akan dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat di setiap Ibu Pejabat Kontijen Polis negeri - negeri seluruh negara pada hari Rabu [14 April 2010].Membantah APCO Worldwide dan hubungannya dengan Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dan Barisan nasional yang meletakkan keselamatan serta kedaulatan negara terancam .
DAP wakil Pakatan Rakyat di Sibu
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 14 April: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi sebulat suara bersetuju bahawa calon DAP akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu kelak.
Bercakap pada suatu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suatu mesyuarat khusus akan diadakan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak untuk menentukan calon terbaik.
"Atas semangat setiakawan, kita putuskan untuk letakkan calon di DAP di (Parlimen) Sibu kelak," ujarnya.
Menurut beliau, suatu mesyuarat khusus akan diadakan di Sarawak pada 18 April depan.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan penghargaan kepada kepemimpinan PAS dan DAP kerana menunjukkan muafakat yang begitu tinggi demi memenangkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berharap semangat setiakawan tersebut boleh dilanjutkan di Sibu kelak.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kemudiannya menganggap Zaid merupakan pemimpin yang jujur kerana sanggup melepaskan jawatan menteri demi menyertai agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat.
Dengan pengalaman dan kredibiliti yang ada pada Zaid, beliau melahirkan rasa yakin bahawa Zaid layak mewakili rakyat dari Parlimen Hulu Selangor ke Dewan Rakyat kelak.
Turut menyertai Anwar dan Abdul Hadi, Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS).

Selasa, 13 April 2010
Azeez: Media Pro-BN lagakan DAP dan PKR menjelang PRK Sibu
Posted by pas-miri
12 Apr,Kuching :Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak meyakini Pakatan Rakyat (PR) pasti meletakan calon tunggal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang disertai bersama DAP dan PKR.
Ketua Penerangannya, Abdul Azeez Mohamad berkata, peristiwa pertembungan sesama sendiri antara komponen PR sebelum ini bukan hanya memecahkan undi penyokong PR tetapi pada masa yang sama memberi kelebihan percuma kepada BN.
“PAS cukup yakin permuafakatan yang kian kukuh sesama komponen PR di Sarawak pasti mampu menyumbang kemenangan buat PR di negeri ini,” katanya kepada erapakatan.com.Menurutnya, permainan media di Sarawak dan yang berpusat di semenanjung yang cuba melaga-lagakan antara DAP dan PKR berhubung siapa yang akan bertanding pada PRK itu merupakan tindakan terdesak BN yang diselubungi kebimbangan bakal tersungkur dalam PRK nanti.
Azeez menjelaskan, samada PRK Sibu diadakan secara serentak dengan pilihan raya negeri atau secara berasingan, bukan perkara persoalannya kerana apa yang penting PAS negeri sudah menyediakan jentera bagi memastikan Parlimen Sibu berjaya di tawan PR.
PRK kawasan Sibu kosong selepas penyandanganya Robert Lau, 68, dari SUPP/BN meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.
Robert mewakili Parlimen Sibu sejak tahun 1990.Dalam PRU Mac 2008, Parlimen Sibu memiliki 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).Keluarga Robert memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media termasuklah akhbar seperti Borneo Post dan Oriental Daily News.

Isnin, 12 April 2010
PRK Sibu : PAS Komited menangkan Pakatan Rakyat
Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : PAS komited untuk membantu mana-mana komponen Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu yang kosong sejak 9 April lalu.
Ketua Pemudanya, Abang Addy Aliyanni berkata, Dewan Pemuda PAS negeri akan mengadakan satu pertemuan penting Pemuda PR pada 18 April ini.
Menurutnya, pertemuan itu adalah atas Agenda Resolusi bersama sebagai persiapan Pemuda PR menghadapi PRK Parlimen Sibu.
“Dewan Pemuda PAS Sarawak bersedia membantu Pilihanraya Parlimen Bandar Sibu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Namun begitu berkemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.
“Dewan pemuda sarawak (turut) mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Robert Lau Chew atas pemergian Datuk Robert Lau akibat barah,” katanya dalam satu kenyataan.
PRK Parlimen Sibu kosong selepas penyandangnya Robert Lau meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.
Sehubungan itu, PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Difahamkan, PKR dan DAP sedang berbincang berhubung siapa yang akan bertanding di kawasan itu.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee, berkata, parti itu menyambut baik saranan Setiauasaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali agar PAS negeri tidak membincangkan secara terbuka berhubung agihan kerusi di media kerana akan dimanipulasi oleh pihak lawan.
Jofri yang juga Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri menjelaskan kerjasama mantap antara komponen PR di Sarawak seharusnya dikukuhkan lagi menjelang Pilihan Raya negeri Sarawak yang kian hampir.
Jofri memberi contoh, bagaimana Sekreteriat PR di kawasan Miri berjaya memantapkan gabungan itu melalui Pentas Pemuda PR yang diadakan baru-baru ini.
“Kami yakin kerjasama baik ini akan mampu diteruskan ke arah momentum baik untuk berhadapan BN kelak,” tambahnya.

PRK Sibu : Media pro-BN cuba lagakan PKR dan DAP
Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS negeri Sarawak meyakini Pakatan Rakyat (PR) pasti meletakan calon tunggal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sibu berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang disertai bersama DAP dan PKR.
Ketua Penerangannya, Abdul Azeez Mohamad berkata, peristiwa pertembungan sesama sendiri antara komponen PR sebelum ini bukan hanya memecahkan undi penyokong PR tetapi pada masa yang sama memberi kelebihan percuma kepada BN.
“PAS cukup yakin permuafakatan yang kian kukuh sesama komponen PR di Sarawak pasti mampu menyumbang kemenangan buat PR di negeri ini,” katanya kepada erapakatan.com.
Menurutnya, permainan media di Sarawak dan yang berpusat di semenanjung yang cuba melaga-lagakan antara DAP dan PKR berhubung siapa yang akan bertanding pada PRK itu merupakan tindakan terdesak BN yang diselubungi kebimbangan bakal tersungkur dalam PRK nanti.
Azeez menjelaskan, samada PRK Sibu diadakan secara serentak dengan pilihan raya negeri atau secara berasingan, bukan perkara persoalannya kerana apa yang penting PAS negeri sudah menyediakan jentera bagi memastikan Parlimen Sibu berjaya di tawan PR.
PRK kawasan Sibu kosong selepas penyandanganya Robert Lau, 68, dari SUPP/BN meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.
Robert mewakili Parlimen Sibu sejak tahun 1990.
Dalam PRU Mac 2008, Parlimen Sibu memiliki 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Robert memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media termasuklah akhbar seperti Borneo Post dan Oriental Daily News.

PRK SIBU : Taib kata ada kejutan ?
Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Kekosongan kerusi Parlimen Sibu akibat kematian penyandanganya, Robert Lau berkemungkinan akan diadakan secara serentak dengan pilihan raya di negeri itu yang dijangka diadakan seawal Jun tahun ini atau selewat-lewatnya April tahun depan.
Ketua Menteri paling lama di Malaysia, yang juga Pengerusi BN negeri itu, Taib Mahmud cuba berteka-teki apabila diajukan soalan oleh wartawan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Sibu.
KM Sarawak sejak era Tun Hussien Onn itu hanya memberi bayangan bahawa akan ada kejutan dalam PRK itu tanpa mengulas lanjut apakah bentuk kejutan yang dimaksudkannya.
“Sememangnya akan ada Pilihan Raya Kecil (PRK bagi kawasan Parlimen Sibu). Terdapat sedikit ciri-ciri mengejutkan dalam Pilihan Raya Kecil ini, saya tidak akan memberitahu anda (wartawan),” katanya di salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak semalam.
Taib juga dilihat cuba mengalihkan isu itu daripada wartawan apabila sekadar memberitahu bahawa PRK Sibu tidak akan diadakan secara serentak dengan PRK Hulu Selangor yang pengundiannya akan berlangsung pada 25 April ini.
PRK kawasan Sibu kosong selepas penyandanganya Robert Lau, 68, dari SUPP/BN meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.
Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution, pihaknya tidak menolak bahawa PRK kawasan Sibu akan diadakan secara serentak dengan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak yang berakhir pada Jun tahun depan.
Turut senada bersama Saifudin ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Aliyanni.
“Kemungkinan ia (PRK Parlimen Sibu) akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri (Sarawak) yang sedang disebut-sebut sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan.
PKR dan DAP sedang mengadakan rundingan berhubung parti mana akan bertanding bagi kerusi itu yang dilihat peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menawan parlimen tersebut.
Sementara itu, Presdien SUPP George Chan Hong Nam berkata, parti itu belum ada calon sesuai bagi menggantikan Robert dan menyerahkan perkara itu kepada cawangan Sibu.
“Saya tak nak mengulas mengenai siapa pengganti.., Setakat ini Jawatankuasa Kerja Pusat belum memutuskan, namun saya pasti mereka sudah ada beberapa senarai nama,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) Miri, di Jalan Bulan Sabit pada 10 April lalu.
Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan sesuatu kerusi itu.
Sehubungan itu, sekiranya PRK Parlimen sibu diadakan serentak dengan Pilihan Raya negeri Sarawak, Dun di negeri itu mesti dibubarkan selewat-lewatnya pada 9 Jun tahun ini.