Oleh ROSLI HASSAN
dan NUZULSHAM SHAMSUDDIN
berita@kosmo.com.my
RUMAH di mana seorang suami menoreh kemaluan isterinya dengan sebilah pisau di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong, Melaka semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
MELAKA – Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.
Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.
“Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Rabu, 5 Mei 2010
Suspek serangan bom di Times Square ditangkap
BEBERAPA pegawai penguat kuasa menggeledah rumah Faizal di Bridgeport Amerika Syarikat semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
NEW YORK - Polis Amerika Syarikat (AS) menangkap seorang warga AS kelahiran Pakistan, Faizal Shahzad berkaitan serangan sebuah bom kereta di Times Square New York yang gagal, kata beberapa pegawai penyiasat semalam.
Dia ditangkap ketika cuba menaiki sebuah pesawat untuk menuju ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari Lapangan Terbang John F. Kennedy, New York.
Menurut beberapa penyiasat, buruan untuk menangkap beberapa suspek lain akan diperhebatkan.
Faizal berusia 30 tahun yang tinggal di Connecticut ditangkap kerana didakwa memandu kereta tersebut pada malam Sabtu lalu.
Dia dilaporkan baru pulang dari 'percutian' selama lima bulan di Pakistan termasuk di bandar Peshawar yang cukup dikenali sebagai pusat pertemuan bagi pelatih-pelatih kumpulan Al-Qaeda dan Taliban.
Dia didapati membeli sebuah SUV Nissan Pathfinder terpakai pada harga AS$1,300 (RM4,172) secara tunai.
Kereta itu yang mengandungi bahan letupan diletakkan di sebatang jalan raya di sini pada Sabtu lalu.
Kenderaan berwarna gelap yang sarat dengan tangki gas propana, mercun, minyak petrol dan jam ditemui di sebatang jalan raya berhampiran Broadway.
Keadaan kenderaan yang berasap dan mencurigakan itu telah menyebabkan dua orang peniaga di situ melaporkannya kepada polis.
Justeru, kawasan yang sesak dengan pengunjung pusat beli-belah dan teater Broadway itu terpaksa ditutup selama hampir 10 jam.
Peguam Negara AS, Eric Holder berkata, siasatan akan diteruskan dengan melibatkan pelbagai aspek dan ia dilakukan secara agresif.
Pada Isnin lalu, para penyiasat menolak penglibatan Al-Qaeda dalam serangan tersebut.
Sementara itu, ejen-ejen Agensi Perisikan Pusat (FBI) telah menggeledah rumah Faizal di Bridgeport, Connecticut dan membawa keluar beberapa beg plastik. - Agensi
Sultan Kelantan gagal berlepas ke Singapura
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gagal berlepas dengan pesawat khas yang ditempah khas untuk membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura semalam.
Baginda dijadual berangkat kira-kira pukul 11.30 pagi namun pesawat berkenaan tidak mendapat kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa.
Berikutan kekecohan itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbarnya di sini mendakwa keadaan itu berpunca daripada arahan pihak berkuasa lapangan terbang berkenaan.

Isnin, 3 Mei 2010
Pilihanraya Sarawak : Kisah penduduk yang dijanjikan jambatan hampir sedekad
Oleh Era Pakatan
LONG ATIP (Apoh): Setelah hampir sedekad menunggu jambatan bailey yang dijanjikan, penduduk dari Long Atip, Apoh Baram yang merupakan penempatan terbesar kaum Kayan akhirnya meluahkan perasaan menagih janji.
Bagi warga emas, Aban Jau Ing, 70, hanya satu pintanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, iaitu melihat kampungnya mempunyai jambatan merentasi Sungai Apoh.
“Cukup sudah dengan janji manis sebelum ini, kami hanya mahu melihat pembinaan jambatan itu menjadi kenyataan.
“Sudah hampir 10 tahun kami dijanjikan dengan jambatan baru, namun sehingga kini masih menunggu,” katanya dalam satu kenyataan yang disampaikan oleh wakil kampung, Laing Ngau kepada Persatuan Kayan Sarawak (PKS).
Dalam kenyataan itu, Aban dan penduduk kampung mahu PKS melakukan sesuatu untuk membawa rintihan mereka kepada agensi terbabit.
Sementara itu Laing berkata, jambatan kayu yang menghubungkan kampung dengan jalan utama merentasi Sungai Apoh itu dibina oleh Jabatan Pertanian kira-kira 20 tahun lalu dan kini seperti ‘bom jangka’ yang hanya menunggu masa untuk runtuh dan meragut nyawa.
Long Atip terletak kira-kira enam jam dari Miri dan akses melalui jalan balak dari Long Lama.
“Struktur jambatan itu sudah terlalu daif yang mana kayu dan kabelnya sudah reput. Jambatan itu sekarang umpama perangkap maut kerana ia mungkin putus pada bila-bila masa.
“Sehubungan itu, kami mahu pihak berkaitan mengambil berat perkara ini sebelum berlaku kemalangan.
“Lagipun pada tahun 2002 kami sudah dijanjikan dengan jambatan besi (bailey) bagi menggantikan jambatan kayu,” katanya.
“Semasa pilihan raya negeri yang lalu, pembinaan tapak jambatan bailey yang menelan kos RM30,000 dilaksanakan namun sehingga hari ini terbengkalai.
“Hampir 10 tahun berlalu, namun hingga ke saat ini penduduk kampung masih menunggu jambatan yang dijanjikan,” kata Laing.
Sementara itu, Pengerusi PKS Miri Philip Ngo berkata, beliau memberi jaminan akan mengemukakan isu tersebut kepada agensi yang berkaitan.
“Dalam hal ini, ia tidak masuk akal memandangkan tapak jambatan bailey itu sudah dibina sejak sedekad yang lalu, namun sehingga hari ini jambatan itu tidak dibina,” katanya.
Sehubungan itu Philip mahu agensi yang terbabit mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengemukakan perkara itu kepada Perdana Menteri memandangkan penduduk kampung amat memerlukan jambatan yang selamat.
Menurutnya, jambatan bailey itu apabila siap nanti akan menghubungkan Miri, Long Lama ke Long Panai, Long Terawan dan Taman Negara Gunung Mulu sekali gus memacu sektor pelancongan dan pertanian di kawasan itu.

Pilihanraya Sarawak : 20 tahun yang memeritkan
Oleh Era Pakatan
KUCHING: Ketika mengambil keputusan untuk berpindah ke tanah besar kira-kira 20 tahun lalu, beberapa penduduk dari Pulau Salak, mengimpikan kediaman mereka dilengkapi kemudahan asas seperti penduduk lain di negeri ini yang sudah lama menikmati pembangunan.
Kampung asal mereka yang terletak di atas sebuah pulau kecil di luar pantai Santubong itu tidak menerima kemudahan asas terutama bekalan elektrik 24 jam dan air bersih.
Berbekalkan harapan untuk menikmati kemudahan asas itu, mereka nekad membuka sebuah penempatan di kawasan paya bakau di tepi Jalan Pasir Pandak, yang terletak hanya kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar raya Kuching.
Selepas rumah didirikan dan mereka berpindah pada 1992, penduduk memberi nama penempatan yang baru mereka buka itu sebagai Kampung Sungai Daun dan memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air bersih.
Seorang penduduk, Abdul Wahab Abdul Latif, 55, berkata walaupun permohonan kali pertama ketika mula-mula menetap di Kampung Sungai Daun gagal mendapat perhatian, mereka bersabar kerana percaya kemudahan asas yang diimpikan akan menyusul.
Berbekalkan keyakinan itu, semakin ramai penduduk dari Pulau Salak berpindah untuk membina rumah di tepi jalan berkenaan dan sehingga kini lebih 20 rumah sudah didirikan.
Abdul Wahab berkata, apabila semakin ramai penduduk berpindah dan menetap di penempatan baru itu, permohonan dibuat sekali lagi, namun kesudahannya mereka tetap hampa sehingga kini.
“Kami berpindah ke sini hampir 20 tahun lalu dengan harapan akan menikmati kemudahan asas seperti orang lain kerana di kampung asal kami di Pulau Salak, bekalan elektrik hanya menggunakan dari jana kuasa, manakala air pula mengharapkan hujan selain perigi.
“Namun nampaknya harapan kami itu sekadar tinggal harapan dan kami terus kempunan, kerana hingga kini tidak ada tanda bekalan elektrik dan air akan disalurkan ke kampung kami ini yang namanya sudah diubah menjadi Kampung Sungai Nibong,” katanya.
Lebih malang lagi, kata Abdul Wahab, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mereka dengan menjanjikan bantuan untuk mengatasi masalah mereka.
“Bukan sekali tetapi dua kali, penduduk kampung ditipu individu tidak bertanggungjawab dari Kuching yang mendakwa boleh membantu menyelesaikan masalah kami kerana katanya dia kenal ‘orang dalam’ di pejabat agensi berkaitan yang membekalkan kemudahan asas itu.
“Kejadian itu berlaku empat lima tahun lalu apabila individu terbabit datang ke kampung kami dan meminta wang cengkeram sebanyak RM50 bagi setiap rumah dan berjanji untuk memasang paip air dari jalan utama ke rumah kami.
Namun paip air yang dijanjikan itu tidak kelihatan sehingga kini dan wang penduduk pula lesap entah ke mana,” katanya.
Ekoran ketiadaan bekalan elektrik, penduduk terbabit masih menggunakan jana kuasa dengan membelanjakan RM100 hingga RM200 sebulan untuk membeli bahan api bagi bekalan enam jam sehari.
“Penduduk yang menerima bekalan elektrik 24 jam pun tidak membayar bil sebanyak yang kami belanjakan untuk membeli diesel setiap bulan,” katanya.
Saniah Khalid, 51, pula berkata beliau tidak tahu sampai bila mereka perlu bergantung kepada air hujan dan perigi untuk kegunaan harian.
“Negara sudah lama merdeka dan orang lain sudah menikmati segala nikmat pembangunan, tetapi kami masih lagi menadah air hujan untuk makan minum. Apabila musim kemarau pula kami terpaksa menggunakan air payau dari perigi,” katanya.

Sarawak sifar jurutera perkapalan tempatan ?
Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Faktanya ialah, negeri Sarawak merupakan pengeluar utama Kapal Laut di negara ini, malangnya Bumi Kenyalang sehingga kini bukan sahaja kekurangan jurutera seni bina dalam bidang perkapalan tetapi turut merekodkan sifar jumlah jurutera seni bina tempatan dalam bidang itu.
Situasi yang tidak sepatutnya berlaku itu didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jacob Dungau Sagan pada satu sidang media di Miri, semalam.
Menteri itu antara lain memberi alasan bahawa kurangnya promosi atau pendedahan dalam bidang kejuruteraan seni bina perkapalan di kalangan rakyat di Sarawak merupakan faktor utama keadaan tersebut.
“Kesemua jurutera seni bina perkapalan yang bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut adalah berasal dari Semenanjung Malaysia serta Singapura dan tiada seorang pun yang merupakan anak jati kelahiran Sarawak.
“Memandangkan Sarawak merupakan pengeluar utama perkapalan di negara ini terutamanya untuk pasaran luar negara dan industri minyak dan gas, adalah amat penting untuk ia memiliki jurutera (seni bina) sendiri untuk merancakkan lagi pembangunan industri perkapalan di negeri ini.
“Kurangnya promosi atau pendedahan dalam bidang kejuruteraan seni bina perkapalan di kalangan rakyat di Sarawak merupakan faktor utama yang mempengaruhi keadaan ini hingga menyebabkan golongan cerdik pandai di negeri ini tidak berminat untuk menceburi bidang tersebut,” katanya.
Rekod menunjukkan ketika ini terdapat lebih 50 buah syarikat perkapalan di negeri Sarawak yang kebanyakannya berpusat di Miri dan Sibu.
Manakala negeri Sarawak sejak puluhan tahun lalu kekal di bawah kerajaan Barisan Nasional yang menunjukkan kegagalan mereka menguruskan keadaan itu dengan baik.