Khamis, 22 Julai 2010

Saiful having sex with prosecutor, says RPK ..ha..ha..!!!

KUALA LUMPUR: In an allegation that startles even those used to his flamboyant style, fugitive blogger Raja Petra Kamarudin has accused one of the prosecutors in Anwar Ibrahim’s sodomy trial of having a sexual relationship with Saiful Bukhari Azlan, the star prosecution witness in the case. In a posting entitled “The bizarre case of Sodomy 2,” he says Saiful and Farah Azlina Latif are lovers.



“Farah Azlina, one of the federal counsel of the trial unit of the Attorney-General’s Chambers, who is on the prosecution team in the Anwar Sodomy 2 trial, is having an affair with Saiful,” he writes.



The posting features a picture of Saiful with his fiancé, Janna Mohd Zaki.



The allegation about Saiful’s relationship with Farah Azlina is made towards the end of the article, which reproduces three earlier articles in which Raja Petra gives details of the alleged political conspiracy behind the sodomy charge against the opposition leader.

Posted by RAKYAT MARHAEN

BN's 'gila-glamour boys' get a tongue-lashing

By Joseph Tawie



KUCHING: State Barisan Nasional (BN) elected representatives who attend seemingly “small and non-beneficial” events for the sake of media exposure received a tongue-lashing from deputy State Legislative Assembly Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Describing them as “superficial YBs”, he said the BN “must get rid of them, if it is to enhance public confidence”.



Junaidi’s censure of the representatives got Sarawak PKR adviser Dominique Ng’s full support.



Ng said reps, irrespective of whether they were BN or Pakatan Rakyat, who do not serve the people “must be removed”.



“I fully agree with Wan Junaidi that there are ‘superficial YBs’ in the BN as well as in Pakatan.



“These YBs should be removed and only those who can genuinely serve the people be retained.



“We want to have a culture of YBs and ministers who serve the people and not the reverse,” said Ng, who is Padungan state assemblyman.



Junaidi told reporters yesterday that these “superficial YBs” were often seen attending “petty non-beneficial functions and issuing non-relevant statements” just to have their faces appeared in newspapers.



He said that when he read the newspapers, he found news of such YBs attending openings of restaurants, boutiques and other commercial functions and “cutting ribbons and having dinners”.



“When internal conflicts happened, such YBs even asked their supporters to hold press conferences in coffeeshops to pledge support and confidence.



“They are just taking advantage of the media,” said Junaidi, who is Santubong MP.



“When giving out aid, these YBs would give the impression that it was because of their sole effort that the community has received their donations.



“I find this to be very superficial. For the next general election, they should be replaced,” he said, pointing out that some YBs were more interested in the glamour of being YBs rather than serving their constituencies.



Defensive PRS



Meanwhile, a defensive Parti Rakyat Sarawak (PRS) has denied that its elected representatives were the ones targeted by Junaidi.



Its president, James Masing, defended his YBs, saying they were hard-working, focused and problem-solvers.



“I don’t think what Junaidi said applied to PRS YBs, because I know they are not publicity-seekers. Our representatives are hardworking and serve their constituencies well.



“Junaidi may be refering to other YBs in the other component parties. Certainly not YBs in PRS,” said Masing, who is State Land Development Minister.



This is not the first time that Junaidi has lambasted BN’s elected representatives.



In June last year, he accused the MPs from Sarawak of failing to take part in debates in Parliament.



He said some MPs simply sat down and listened to debates, while others were having coffee in Parliament.



He said most often it appeared that these elected representatives were not interested in raising issues affecting the people of Sarawak.



His remarks at that time drew some angry reactions from fellow MPs, one of whom was the MP for Batang Sadong Nancy Shukri, who wanted the deputy speaker to apologise and withdraw his remarks.



Junaidi refused to apologise.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Hasan Ali dikait lagi dengan isu Umno-PAS

Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah lekang dirundung kontroversi dan kali ini pesuruhjaya PAS Selangor dan pakar motivasi itu, dikaitkan lagi dengan isu kerjasama Umno-PAS.



Selepas selamat daripada diheret ke muktamar khas seperti cadangan awal Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat tahun lalu, tersebar pula khabar angin Dr Hasan menemui mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria - yang menawarkan diri sebagai pengantara - bagi membincangkan perkara itu.





Semuanya bermula apabila Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua yang bermusuh itu.



Bagaimanapun, ekoran pendirian Harussani yang enggan mendedahkan nama pihak terbabit, timbulnya lebih banyak spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbi PAS sendiri.



Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Dr Hasan.



"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali)," katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.



Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.



Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan "kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja".



ADUN PAS akui pertemuan

Pertemuan tersebut dirakam dalam bentuk video dan pemiliknya tidak mahu mendedahkannya kecuali Dr Hasan Ali menafikan sendiri pertemuan itu, tulisnya dalam artikel berjudul 'Harussani jumpa Hasan Ali' semalam.



Tidak jelas butiran lanjut pertemuan tersebut, bagaimanapun difahamkan pertemuan tersebut diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu selama kira-kira 20 minit.



Desas-desus berhubung kesahihan pertemuan itu dikuatkan lagi apabila seorang pemimpin PAS Perak Khalil Idham Lim mengakui kewujudan pertemuan itu.





Menurut ketua penerangan PAS negeri itu Khalil Idham Lim, beliau tahu dengan siapa Harussani bertemu, di mana pertemuan itu diadakan - lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.



"Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini," katanya yang juga ADUN Titi Serong.



Menulis dalam blognya pada 18 Julai, Idham bagaimanapun mendakwa pertemuan tersebut sebenarnya bagi tujuan lain - yang tidak dinyatakan.



"Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan Umno seperti yang didakwa olehnya (oleh Harussani)," katanya dalam artikel berjudul 'Saya tahu siapa jumpa Harussani'.



Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Harussani dan Dr Hasan buat masa ini masih belum berhasil.



'Tunggu Dr Hasan dari UK'

Bagaimanapun, Khairuddin ketika dihubungi menafikan perkara itu.



"Saya nafi terlibat (dalam pertemuan itu). Minta siapa yang buat kenyataan tersebut kemukakan bukti. Jangan sewenang-wenangnya menuduh," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.





Manakala ketua penerangannya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir pula ketika dihubungi pula memberitahu pihaknya sedia maklum terhadap dakwaan tersebut.



Mengakui sudah mempunyai penjelasannya, beliau bagaimanapun berkata biarlah perkara itu dijawab oleh Dr Hasan sendiri.



"Beliau sekarang berada di United Kingdom. Esok malam insya-Allah beliau pulang," katanya yang juga bekas setiausaha akhbar kepada preden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Sejak 2008, tidak berapa lama setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Dr Hasan dilanda pelbagai kontroversi, antaranya berhubung isu penguatkuasaan penjualah arak, hubungannya dengan DAP dan rombakan kontroversi dalam PAS Selangor.



'Kemarahan' Nik Aziz pada Oktober tahun lalu yang mencadangkan PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan dianggap sebagai cabaran paling getir buatnya.



Posted by RAKYAT MARHAEN

Kuasa politik baru perlu ganti Umno

KUALA LUMPUR, 22 Julai: "Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara."

Demikian maklum balas Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) petang tadi, mengulas rancangan 'Perpaduan Melayu' yang dipopularkan oleh beberapa pemimpin Umno belakangan ini.

Menurut beliau, budaya berpolitik yang diamalkan oleh Umno telahpun tergelincir dari landasan kebudayaan Melayu yang sebenar.

Katanya, perbincangan itu sudah tergelincir dari landasan yang sebenar kerana lebih untuk mempertahankan kepimpinan pemimpin dan parti politik tertentu walaupun mereka diketahui umum mengamalkan rasuah, pecah amanah, tidak menghayati keharmonian kaum dan tutup ruang demokrasi.

Sedangkan, katanya, kekuatan orang-orang Melayu yang sebenar adalah kembali berpegang teguh pada ajaran Islam.

"Kalau nak bincang tentang perpaduan Melayu, mengapa tidak pergi pada kekuatan sebenarnya, iaitu Islam," ujar beliau.

"Kekuatan Islam yang membentuk budaya orang-orang Melayu yang tinggi, tidak suka pada politik murahan dan pinggiran, amanah dan sangat menjaga maruah bangsa dari terjebak dengan politik yang tidak sihat."

Baginya, orang-orang Melayu seharusnya dididik dengan budaya berfikir yang lebih dinamik supaya tidak terperngaruh dengan anasir-anasir tidak sihat ciptaan pihak tertentu yang berkuasa.

Melihat pada kemusnahan budaya Melayu dalam Umno, beliau berkata, orang Melayu tidak perlu menunggu perpaduan Melayu melalui parti perkauman itu demi melakukan perpaduan mahupun perubahan dalam masyarakat.

Sebaliknya, perubahan paradigma dan budaya orang Melayu seharusnya diperkasakan melalui badan bukan kerajaan (NGO) berwajib serta dalam parti-parti alternatif yang popular di kalangan Melayu.

"Perubahan ini tidak perlu Umno, perpaduan atau perubahan ini sebenarnya perlu (kuasa politik) yang lain, perlu dibuat berperingkat di semua peringkat," tegasnya.

Beliau turut menolak formula popular di kalangan pemimpin Umno kononnya orang-orang Melayu seharusnya mendahulukan perpaduan Melayu melalui Umno walaupun segelintir kepemimpinan parti perkauman tersebut dilihat tidak berbudaya Melayu yang sebenar.

"Bukan Umno sahaja yang Melayu," tegasnya.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Bala jawab kesemua 52 soalan, peguam harap SPRM buat pendakwaan

Oleh Asrul Hadi Abdullah dan G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Detektif persendirian P. Balasubramaniam telah menyerahkan afidavit, menjawab kesemua 52 soalan dan menyediakan maklumat tambahan berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, menerusi dua peguamnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.

Kedua-dua peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon telah menyerahkan afidavit itu bagi pihak anak guamnya kepada SPRM di sini kira-kira 2.30 petang tadi.

“Kita membuat begitu banyak andaian sekarang, mereka (SPRM) kena menentukan sama ada akan ada pendakwaan dan jika ya, siapa yang mereka hendak mendakwa,” kata Americk kepada pemberita selepas menyerahkan afidavit kepada pegawai SPRM.

Dalam pada itu Pengarah Bahagian Komunikasi SPRM Datuk Ahmad Khusairi Yahya ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima afidavit sekitar 2.30 petang, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Biar kami kaji dokumen yang diserahkan,” kata Khusairi.

Americk berkata, beliau tidak boleh mendedahkan soalan-soalan yang disenaraikan SPRM kerana masih dianggap sebagai rahsia.

“Tanda rahsia ada pada helaian soalan yang dikemukakan. Ada kira-kira 52 soalan kesemuanya.

“Kami telah menjawab kesemua soalan dan menyediakan lebih banyak maklumat dengan harapan mereka akan menutup siasatan,” kata beliau.

“Kami juga dimaklumkan bahawa kesemua saksi lain sudah disiasat dan Bala adalah saksi terakhir dan berharap sesuatu akan muncul selepas ini,” katanya.

Siasatan SPRM ini berkisar pada elemen rasuah berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Minggu lalu Americk memberitahu The Malaysian Insider bahawa afidavit detektif persendirian itu yang mengandungi respons kepada 52 soalan berhubung maklumat terbaru kes pembunuhan Altantuya akan diserahkan kepada SPRM minggu ini.

The Malaysian Insider difahamkan sebelum ini SPRM memberikan tempoh kira-kira sebulan kepada Balasubramaniam untuk menjawab jawapan secara bertulis.

Difahamkan soalan-soalan itu berkaitan dengan elemen rasuah berhubung kes pembunuhan Altantuya dan akan membolehkan SPRM melengkapkan siasatan mereka berhubung aduan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ekoran pendedahan Balasubramaniam menerusi temu bualnnya di Singapura akhir tahun lalu.

Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan SPRM di London pada 5 Julai lalu tetapi rancangan itu dibatalkan oleh suruhanjaya tersebut kira-kira enam hari sebelum itu.

Tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010.

SPRM membatalkan rancangannya untuk bertemu Balasubramaniam di London atas alasan implikasi undang-undang terhadap proses merakamkan percakapan saksi di luar negara.

Ketika ditemui Ahad lalu, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata pihaknya akan menemui saksi-saksi susulan jika wujud keperluan selepas meneliti afidavit Balasubramaniam berhubung maklumat terbaru kes pembunuhan model wanita Mongolia.

“Kalau ada keperluan lagi, kami akan memanggil mereka yang diperlukan... kalau ada keperluan,” kata beliau.

Sehubungan itu beliau enggan mengatakan sama ada siasatan terbaru ini akan selesai sebaik sahaja SPRM menerima afidavit daripada Balasubramaniam.

Mustafar juga mengakui bahawa Balasubramaniam adalah saksi penting yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan ini.

Americk berkata maklumat tambahan berkaitan dengan bayaran yang dibuat kepada Balasubramaniam.

“Saya merasakan maklumat ini yang mereka tidak terima sebelum ini tetapi maklumat-maklumat lain terdapat sejak dulu lagi,” katanya.

Pada 4 Dis lalu, Shamsul Iskandar yang membuat laporan dan menyerahkan rakaman temu ramah Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak kepada SPRM.

Balasubramaniam membuat pengakuan itu pada satu wawancara dengan tiga peguam terkenal di Singapura.

Selepas portal-portal tempatan menyiarkan temu bual itu, beberapa pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM dengan menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Peguam syarie: ‘Jangan anggap mahkamah syariah mahkamah kelas kedua’

Syed Mu’az Syed Putra







KUALA LUMPUR, 22 Julai — Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mahu kerajaan mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya ia tidak diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu yang menganggapnya sebagai “mahkamah kelas kedua”.

Timbalan Presidennya Musa Awang berkata, kedudukan institusi perundangan Islam sering dilihat sebagai tidak setaraf dengan sistem sivil.

“Keadaan ini menyebabkan kedudukan mahkamah syariah pula sering dilihat sebagai mahkamah kelas dua berbanding mahkamah sivil.

“Ini juga telah mewujudkan kecenderungan yang menjurus kepada kedudukan mahkamah syariah seolah-olah tidak dihormati.

“Malah saya melihat senario sekarang apabila berlaku kes mahkamah syariah banyak sangat komen daripada menteri, pemimpin kerajaan, artis dan masyarakat.

“Kalau komen positif tidak apa, tapi ini komen negatif yang boleh memberikan tanggapan buruk di kalangan masyarakat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata keadaan itu mewujudkan perspektif dalam masyarakat bahawa Mahkamah Syariah lembab, perlahan dan tidak adil.

“Tapi yang berlaku sebenarnya tidak seperti itu kerana mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang dan tidak melebihi batas-batas yang ditetapkan.

“Selain itu, hakim buat kerja berdasarkan undang-undang kalau tidak adil sebenarnya bukan mahkamah tetapi undang-undang sendiri tidak adil,” katanya.

Baru-baru ini Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan melantik dua wanita orang hakim mahkamah syariah.

Musa berkata langkah memperkukuhkan kewibawaan institusi perundangan Islam termasuk sistem kehakiman syariah, khususnya dari aspek kepakaran serta guna tenaga juga perlu dilaksanakan.

“Isu berhubung mutu dan perkhidmatan mahkamah termasuk kedudukan jawatan, jumlah kakitangan dan hakim harus diutamakan bagi meningkatkan lagi imejnya.

“Pada masa yang sama, pemimpin politik juga perlu berperanan secara lebih proaktif dalam mempertahankan kedudukan institusi ini dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencalarkan kredibilitinya,” katanya.

Beliau berkata, jika ini dapat dilakukan secara tidak langsung penghormatan masyarakat terhadap institusi itu akan lahir dengan sendirinya.

“Ia penting bagi memastikan objektif dan perjuangan institusi ini sejajar serta selari dengan ajaran Islam.

“Pihak yang menyalahgunakan imej Islam dengan melanggar undang-undang syariah pula perlu dikenakan tindakan tegas,” kata Musa.

Jelas beliau, matlamat utama semua inisiatif ini ialah untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan semua isu yang menyentuh kepentingan umat Islam keseluruhannya serta menyemarakkan lagi syiar Islam di negara ini.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Suruh Mufti Perak Ajar Menteri UMNO Baca Al-Quran Dahulu!

Mufti Perak: PM mahu rundingan perpaduan Umno, PAS disegerakan



Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.



Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.



“Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.



“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.



“Tapi Perdana Menteri minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.



Sebelum ini Najib mengatakan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan.



Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.



“Kita sentiasa terbuka (untuk berbincang dengan PAS mengenai perpaduan) tetapi jangan ada prasyarat dan terus menghina Umno dalam ucapan-ucapan mereka.



“Kalau nak berbincang janganlah kutuk antara satu sama lain,” katanya.



Bagaimanapun Harussani berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang menuduhnya melakukan satu pembohongan hanya kerana enggan mendedahkan nama pemimpin kedua-dua parti Melayu itu yang menemuinya.



“Saya kecewa dengan sikap PAS yang tuduh saya bohong kerana mereka orang Islam.



“Kalau PAS nak kata saya bohong terpulang, hanya Tuhan yang tahu kebenarannya,” katanya.



Beliau berkata, tindakan enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut adalah kerana mahu menjaga nama dan hubungan baik dengan pemimpin itu.



“Buat apa mesti nak dedahkan nama pemimpin yang jumpa saya nanti depa (mereka) berkelahi pula.



“Lagipun saya juga perlu menjaga rahsia orang, buat apa mesti nak dedahkan semua?



“Nanti kalau saya cerita boleh menimbulkan kemudaratan lain pula,” katanya.



Sabtu lalu, Harussani berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau itu.



“Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.



“Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.



Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.



Bagaimanapun kenyataan itu ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”



Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.



Awal pagi ini Mahfuz mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.



“Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.



“Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau,” kata Mahfuz. -TMI



Ulasan GB



Hairan sungguh kita seorang mufti yang tidak menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya kembali kepada pegangan Islam tetapi sebaliknya patuh dan akur kepada PM kononnya meminta beliau menyegerakan perundingan perpaduan UMNO-PAS.



Kita ingin khabarkan kepada Mufti yang tak mengaku bercakap bohong itu supaya ajar Najib dan sekalian menteri-menteri UMNO yang diampu dan dibodeknya itu untuk mengaji dan mengkaji Al-Quran. Betulkan bacaan dan tajwid mereka.



Di sana akan ditemui ayat untuk bersatu: "...berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu bercerai berai.."



GB telah menyatakan sebelum ini bahawa lebih 90% menteri UMNO tidak tahu malah ada yang tidak pernah membaca Al-Quran pun!



Tidak percaya cakap GB? Bariskan semua menteri-menteri Islam dari UMNO itu dan suruh masing-masing baca sepotong ayat dari Al-Quran. Baru tahu kebenaran dakwaan GB. Itu belum disuruh ulas dan tafsir bersandarkan nas hadith dan kitab muktabar!



Jangan jadi mufti yang melembukan diri kepada nafsu dunia. Tak payah temberang dan tak payah dabik dada dengan umat Islam wahai sang mufti kerana di depan Allah pakaian mufti anda akan terlucut. Yang mulia disisi Allah adalah yang bertaqwa, yang menegakkan kalimahNya dan yang menjaga agamaNya sekalipun dia tidak ada jawatan di atas dunia. Silap gaya jawatan mufti anda itulah yang mengheret anda sebagai orang yang pertama ke neraka. - pesanan ikhlas dari seorang hambaNya.

Posted by RAKYAT MARHAEN

New dam built in Kudat but no water source ..ha..ha..ha...BN Project..!!!

By Queville To



KOTA KINABALU: Standing tall on an arid piece of land in Kudat is a dam that has cost the government RM300 million to build. Construction on the multi-million-ringgit project began five years ago and it is now almost complete.

It looks sturdy and well-built and appears like it could do what it was built to do -- hold sufficient water to quench the thirst of the district. But therein lies a problem. There is no water source anywhere in sight.



Now, the Sabah DAP has expressed grave concern that the soon-to-be-completed Milau Dam near Sikuati in the northern-most district of the state may end up as yet another white elephant.



Its concern was based on the fact that without a viable water source, the dam must depend on rain.



A downpour is a rarity here, considering that Kudat is known to be the driest place in Sabah.



Sabah DAP chief Hiew King Cheu made the observation following a fact-finding inspection by him and several DAP leaders at the project site last Saturday.



He said the inspection was prompted by some concerned local residents who doubted the feasibility of the project.



Hiew said he was told that the project was first proposed some 15 years ago, but never got off the ground due to strong objections and criticism from the people there who said there was no water source in the vicinity.



Nevertheless, the project started on Aug 1, 2005, and was supposed to be completed by the contractor on Jan 31, 2008. But extensions were granted and it is now estimated to be 99% complete.



Gross waste of public funds



The dam is supposed to supply water to the water treatment plant located a few kilometres away next to a small stream.



A new pipeline was also constructed to connect the treatment plant to the existing pipeline from Kota Marudu to Kudat to alleviate the perennial water shortage in the Kudat district.



“What is the use of the dam when there is no water source? Just depending on the rain will not be sufficient to supply the whole of Kudat district. This could well end up as another 'white elephant' project by the Barisan Nasional government,” Hiew said in a statement today.



Hiew, who is also the Kota Kinabalu Member of Parliament, said the dam was a glaring example of gross wastage of public funds.



He asked how the BN government could allow such a harebrained and wasteful project to go ahead and at the same time claim that it was cutting subsidies to the people to save money.



Hiew also claimed that compensation payments had not been fully disbursed by the state government to the affected villagers for the land acquired.



“We received many complaints during the visit. It is understood that the kampung folks received only about 75% of the compensation," he said.



"Why can’t the state government settle the payment quickly?” he asked, saying that it was a well- known fact that the people in the district are among the most deprived in the state.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Penjelasan salah tafsir media, Nasrudin jawab, tanpa Islam tiada rundingan

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mendakwa kenyataannya berhubung cadangan pelan damai dalam isu perpaduan antara parti itu dan musuh politiknya Umno telah disalahtafsirkan.



Katanya, pelan damai antara Umno-PAS yang dimaksudkannya ialah dengan menyeru terhadap nasihat Rasulullah berbunyi aslim taslam (terima Islam dan selamat), dan tidak khusus kepada parti politik samata-mata.



"Dengan itu, saya berlepas diri dengan apa jua percubaan, (oleh) siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam pelan damai yang saya cadangkan kepada seluruh umat Manusia dalam negara ini.



"Pelan saya mudah: aslim taslam, Islamlah nescaya kamu selamat. Selebihnya, no Islam no talk (tanpa Islam tiada rundingan)," katanya dalam blognya hari ini.

Invalid Domain NameInvalid Domain NameNIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS NIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS

Setelah idea perpaduan itu ditentang kuat beberapa pemimpin kanan PAS, Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin berharap kedua-dua parti itu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan ditamatkan.



Beliau dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan itu terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno-PAS.



Berbeza dengan tulisannya yang dipetik Utusan Malaysia sebelum ini, tulisan terbaru Nasrudin dilihat lebih kritikal dan lantang kepada parti Melayu yang dilihat beriya-iya menawarkan perpaduan kepada PAS.



Menjelaskan pelan damainya, Nasrudin berkata seruan yang sama pernah dibuat Rasulullah kepada masyarakat jahiliah yang sering bertelagah dan bersengketa, malah berbunuh-membunuh antara satu sama lain.



"Saya lihat hari ini, negara kita juga terjebak dalam kancah jahiliah, cuma ia moden berbanding dulu. Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa.



"Semuanya gara-gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam," katanya.



Nasrudin berkata, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonmi menindas rakyat bawahan.



"Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan (istilah) penyelarasan semula subsidi kononnya," katanya. -Malaysiakini

Posted by RAKYAT MARHAEN

Alasan untuk tegak Islam bersama Umno hanya 'loyar buruk'

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mendakwa, Umno sejak dari dulu lagi sebenarnya tidak mahu melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pemerintahannya. Justeru itu, beliau melihat pendapat yang mendakwa Islam boleh tertegak di negara ini jika PAS dan Umno bersatu disifatkan sebagai 'loyar buruk', kerana propaganda ini satu cara atau strategi Umno untuk menipu rakyat.



Tambahan pula katanya, pendapat tersebut datang daripada seorang anak muda dari Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam yang yang tidak mengetahui sejarah perjuangan PAS yang pernah berada bersama-sama Umno dalam BN.





"Bagi saya itu propaganda Umno. Apatah lagi orang yang bercakap itu mungkin budak-budak lagi. Jadi dia tidak tahu sejarah masa PAS bersama Kerajaan Perikatan (sekarang BN) tahun 70-an," ceritanya.

Dalam satu majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, Kelantan, 11 Julai lalu, seorang panel dari Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA), Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan KEADILAN.



Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Mujahid Yusuf turut diundang menjadi ahli panel wacana selain bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff. Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator wacana bertajuk 'Bolehkah Melayu Bersatu?'



Menurut Ustaz Ahmad, selepas Trajedi 13 Mei, Umno merayu-rayu kepada PAS agar menyertai Perikatan. Ketika itu dakwanya, Perdana Menteri, Tun Razak Hussin sendiri yang meminta sangat demi penyatuan orang Melayu dan Islam.



"Jadi PAS bersetuju masuk dan saya orang pertama duduk di dalam kerajaan. Tun Razak juga meminta kami buatlah apa saja untuk Islam. Bermula dari situlah maka lahirkan institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Institusi Latihan Dakwah dan lain-lain.



"Saya sendiri dilantik sebagai Pengarah Pusat Islam. Ketika itu gerakan dakwah yang dibawa PAS begitu bersemarak. Melihat perkembangan dakwah Islam yang mendapat sambutan daripada pelbagai jabatan termasuk tentera, polis, pegawai kerajaan dan penuntut universiti akhirnya Umno menolak PAS dengan cara dan alasan tersendiri. Sehingga saya sendiri dituduh sebagai ketua PAS di Pusat Islam. Nampaklah mereka tidak mahu gerakan dakwah," ujarnya.



Beliau berkata semasa PAS berjaya mengimarahkan dakwah dari pelbagai agensi, dan Umno melihat waktu itu PAS sebagai ancaman kepada mereka. Ustaz Ahmad berkata, hampir lima tahun PAS bersama Umno tetapi pemimpin parti itu tidak dapat menerima PAS.



"Sebenarnya Lokman tidak tahu apa pun cerita Umno tidak bersedia kepada Islam walhal sebelum itu mereka yang merayu-rayu meminta PAS berkerjasama dengan Umno," katanya. Bahkan dakwanya lagi, pada hari ini Umno percaya cara mereka hendak perdaya orang Islam dengan mempergunakan orang-orang agama masuk Umno dengan memainkan isu perpaduan.



Semuanya itu tegasnya, tidak ada tujuan lain kecuali untuk menghadapi pilihan raya akan datang ini, dan selepas ini pasti mereka akan menuduh PAS sebagai sebuah parti yang sentiasa berkeras dan berdegil kerana tidak mahu berpakat dengan Umno.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Rumah imam dibakar

(Oleh Shamsul Munir Safini)KUALA LUMPUR: Rumah imam dan dua ahli jawatankuasa (AJK) Surau At-Taufiqiah di Flat 16 tingkat di Sungai Besi di sini, dibakar awal pagi semalam, dipercayai perbuatan khianat individu yang kurang senang dengan tindakan mereka aktif melakukan usaha membanteras maksiat di kawasan itu.






BAIKI...penduduk membaiki paip yang dibakar, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, individu terbabit dipercayai membakar kawasan luar rumah imam berkenaan di tingkat bawah sebelum membakar rumah dua lagi AJK surau berkenaan di tingkat satu dan sembilan.



Kejadian itu menyebabkan seluruh flat berkenaan terputus bekalan air berikutan paip PVC utama di tingkat sembilan yang menyambung bekalan ke rumah penghuni turut dibakar sehingga menyebabkan limpahan air .



Imam berkenaan, Besar Omar, 60, berkata dia menyedari kebakaran itu kira-kira jam 5.30 pagi selepas keluar rumah untuk ke surau bagi mengimamkan solat Subuh.



“Sebaik keluar rumah, saya lihat jiran sibuk memadamkan ampaian kain di depan rumah saya yang terbakar. Ketika itu baru saya tahu ampaian rumah saya dibakar dan selepas memeriksa, saya dapati baju keluarga saya disidai di ampaian mempunyai kesan terbakar.



“Saya tak risau dengan kebakaran itu, tapi apa yang saya kesalkan sikap individu terutama remaja di kawasan flat ini yang makin tidak berakhlak sehingga sanggup membakar rumah penghuni di sini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Besar yang juga pesara tentera berkata, dalam beberapa ceramah agamanya di surau sebelum ini, dia menegur remaja di flat itu kerana sikap mereka kurang berakhlak.




“Sebelum ini pun ada kes vandalisme apabila pihak tidak bertanggungjawab membuang sesuatu ke atas bumbung surau,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Abu Huzaifah Mohd Radzi, 26, yang tinggal di tingkat satu flat berkenaan berkenaan berkata, dia menyedari kebakaran di rumahnya selepas terhidu bau asap yang memenuhi ruang rumahnya sebelum melihat ampaian di hadapan dijilat api.




“Saya terjaga dari tidur apabila terhidu bau asap sebelum mendapati kepulannya menyelubungi seluruh rumah. Selepas memeriksa kawasan rumah, saya dapati ampaian di depan rumah dijilat api. Saya dan anggota keluarga bertungkus-lumus memadamkan api dan syukur usaha kami berhasil,” katanya.



Abu Huzaifah berkata, dia percaya individu terbabit membakar baju yang digantung pada ampaian berdekatan pintu depan rumah dengan harapan api akan menyambar pintu serta tingkap rumah.



“Saya juga percaya perbuatan khianat ini dilakukan mereka yang marah atau berdendam dengan AJK surau berikutan usaha kami melakukan operasi mencegah maksiat dari semasa ke semasa,” katanya.



Dia yang juga seorang peniaga mendakwa ada saksi melihat kelibat seorang lelaki berbaju cerah menunggu di atas motosikal dalam keadaan mencurigakan ketika kebakaran sebelum melarikan diri apabila kehadirannya disedari penghuni flat itu.



Menurut Abu Huzaifah, selepas selesai memadam api di ampaian rumahnya, dia terdengar bunyi limpahan air dari paip di tingkat atas dan dimaklumkan limpahan itu datang dari tingkat sembilan.



“Saya berlari ke tingkat sembilan dan mendapati ampaian rumah rakan saya yang juga AJK surau turut dibakar dan air memenuhi depan rumahnya selepas paip plastik utama berhampiran ampaian disambar api,” katanya.



Katanya, dia bersama penghuni lain memadam kebakaran itu dan mereka terpaksa menutup bekalan air bagi mengelak air melimpah.



Abu Huzaifah melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Sungai Besi.



Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.



“Polis menyiasat kebakaran itu berdasarkan maklumat mangsa dan orang ramai di tempat kejadian. Setakat ini, motif kebakaran masih dalam siasatan.



“Saksi diminta tampil membantu siasatan,” katanya.



Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan bencana dengan menggunakan api.

Tiga termasuk bekas ketua Umno Rantau Panjang dihadap lembaga disiplin

TERKINI @ 09:35:22 PM 21-07-2010Oleh G. ManimaranJuly 21, 2010


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden Umno memperkatakan sesuatu kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto BernamaKUALA LUMPUR, 21 Julai – Tiga orang termasuk bekas ketua bahagian Rantau Panjang Datuk Mohd Zain Ismail, yang kini berhadapan dengan hukuman digantung keahlian tiga tahun, akan dirujuk kepada lembaga disiplin ekoran krisis kepimpinan, yang dilihat telah menjejaskan imej parti itu.



Ketua Puterinya Norhayati Mamat juga diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin.



Turut akan dirujuk ialah bekas bendahari Rantau Panjang Ghazali Ismail juga akan dirujuk kepada lembaga tersebut.



Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat petang ini memutuskan tindakan itu selepas kedua-dua puak mengadakan persidangan perwakilan masing-masing baru-baru ini.



Norhayati dikatakan menghadiri mesyuarat yang dipanggil Mohd Zain.



Kes mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu yang diadakan oleh dua kumpulan pemimpin secara berasingan pada 26 Jun lalu menunjukkan bahawa ada pihak yang tidak menghormati perlembagaan parti.



“Bekas ketua bahagian Datuk Mohd Zain akan dirujuk kepada lembaga disiplin,” kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini.



Sehubungan itu, pentadbiran bahagian akan diambil alih Badan Perhubungan Umno Kelantan.



Akhir bulan lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed kemelut dalaman bahagian Rantau Panjang yang telah berlarutan hampir 20 tahun adalah serius dan perlu ditangani segera.



“Ini suatu peristiwa yang agak tidak menyenangkan dan keadaan di Rantau Panjang ini adalah serius yang sukar untuk kita tangani sejak 20 tahun dulu.



“Apa pun Umno Kelantan akan cuba menanganinya segera walaupun sukar dan untuk itu satu pendekatan akan diambil bagi mengatasi sebarang masalah di situ,” katanya.



Pada 26 Jun lalu dua puak dalam Bahagian Rantau Panjang mengadakan persidangan perwakilan serentak iaitu yang diketuai Abdullah Mat Yassin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan satu lagi yang dipimpin Mohd Zain di dewan Umno bahagian itu.



Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan mesyuarat bahagian itu turut singgah di mesyuarat yang diketuai Mohd Zain atas arahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengatasi masalah tersebut.



Ahmad Zahid ketika ditemui itu turut meminta pemimpin di bahagian itu mengelakkan perbalahan seterusnya bersatu demi perpaduan UMNO yang akan menghadapi pilihan raya umum nanti.



Mohd Zain digantung keahlian selama tiga tahun oleh lembaga disiplin merupakan antara seramai 10 ahli parti itu bersalah kerana terbabit dengan rasuah politik dan sabotaj parti.



Dalam pada itu, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, MT memutuskan untuk meletakkan pentadbiran Umno Sungai Petani di bawah penyeliaan Badan Perhubungan Umno Kedah.



Kata beliau, keputusan itu diambil oleh meredakan keadaan di kedua-dua bahagian tersebut.



“Sebab apa kita bagi kepada Badan Perhubungan, supaya dua-dua pihak kalau ada masalah boleh rujuk kepada Badan Perhubungan,” kata beliau sambil menambah pentadbiran bahagian akan diserahkan kemudian apabila keadaan reda.



“Kaedah ini bukan luar biasa, sudah banyak kali masalah wujud dan diatasi,” katanya.



Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara kecuali di Sarawak.



Najib juga memaklumkan bahawa MT telah mengesahkan pelantikan Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Putrajaya, Husna Abdul Rahman sebagai pemangku Ketua Puteri bahagian itu bagi membolehkan pergerakan tersebut berjalan dengan lancar.



Ketuanya Hamiza Abdullah Zawawi dikatakan tidak aktif sejak setahun lalu.

Najib PM Terakhir Umno

Oleh: qatibun




"Mengikut Teori RAHMAN sememangnye Najib adalah PM terakhir dari UMNO utk Malaysia. Dan sememangnye teori ini ada asasnye semenjak najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Terlalu banyak kacau bilau yang dilakukan beliau atas arahan sifunye Tun M.



Najib adalah merupakan PM yg terlalu byk dipalitkan dgn kes kes yg berprofil tinggi antara yg terkenal ialah kes altantunya mongolia dan sehingga kini beliau tidak menafikan penglibatannye. Sehinggakan isteri beliau juga terpalit dgn kes tersebut. dan akhirnye 2 anggota polis dikambing hitamkan manakala Razak Baginda terlepas ke luar negara.





Tidak cukup dgn itu rentetan peristiwa ini membawa kpd pembelian kapal selam scorpion yg bernilai berbilion ringgit dgn penglibatan komisyen yg mencecah ratusan jutaan ringgit. Mutakhir ini kes ini sedang disiasat oleh jabatan polis Perancis dgn saksi utamanye Mr Balasubramaniam bekas anggota polis.



Najib jugalah yg membawa yahudi ke Malaysia utk menaikan kembali imejnye dan dgn bantuan yahudi APCO najib berjaya bertemu dgn Mr Barack Obama US President. Duit rakyat dibazirkan dgn begitu rupa dimana contract utk APCO ini bernilai RM77 juta utk beberapa tahun.



Di bawah kepimpinan Najib jugalah kes berprofil tinggi seperti PKFZ berlalu sepi dan tanpa pendakwaan yg melibatkan menteri menteri beliau. Umum mengetahui pendedahan demi pendedahan pembaziran yg begitu ketara sehingga dikatakan kerugian sekitar RM4 hingga RM5 billion.



Rentetan peristiwa ini yg menyebabkan tersungkurnye Ong Tee Keat mantan president MCA ke dlm kancah politik. Apa sudah jadi dgn laporan yg dilakukan oleh Ong Tee Kiat terhadap Tiong King Sing orng yg paling bnyk mendapat laba di dlm projeck PKFZ ini.



Dimana najib dlm hal ini beliau menyepi menbisu kaku seribu bahasa sedangkan duit rakyat dirompak oleh penyamun penyamun BN ini. Najib gagal dan terus gagal mengurus takbir negara dgn baik dari amalan amalan rasuah yg sangat berleluasa yg di wariskan semenjak kepeminpinan Tun M lagi.











Satu Malaysia diciplak sebiji dgn satu Israel - Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, pencapian diutamakan manakala Satu Israel - People First. Adakah ini hanye satu kebetulan. Saudara fikir fikirkan.



Kabinet kabinet Najib dipenuhi oleh pemimpin pemimpin yg tewas dan telah ditolak oleh rakyat pd PRU ke12 yg lalu. Antaranye Koh Su Koon menteri KPI, Awang Adek timbalan menteri kewangan, Shahrizat memteri wanita dan ramai lagi senator senator lain yg tewas yg berada dlm senarai kabinet najib. maka kita bolehlah umpamakan kabinet najib ini seperti kabinet dapur sahaja.



Dalam era Najiblah kesemua parti parti komponen bertelagah antara satu sama lain sehinggakan terpaksa di adakan AGM beberapa kali. Dan ini termasuklah MCA, MIC, PPP dan Gerakan. Parti parti di dlm BN tunggu masa utk berpecah dan UMNO adalah dalang didlm permusuhan tersebut.



Perak juga dirampas kusa dgn begitu rakus dan jijik sekali dan sememangnye ini semua adalah percaturan Najib dan konco konco dari UMNO dan sememangnye komponen komponen lain dlm BN tidak terlibat. Ini kerana politik MCA dan MIC tidaklah begitu kotor dan jijik seperti UMNO ini.



Yang terbaru Najib menipu rakyat marhaen dgn menaikkan harga bahan bakar spt petroleum dan gas beserta gula dan lain lain dgn nada selamba dan babi hutannye menteri menterinye mengatakan bhw ini adalah pelarasan harga utk menghadapi globalisasi dan bukannye kenaikkan harga.



Awal tahun ini Najib meluluskan segala saman ekor adalah halal dan harus dibayar oleh pemandu pemandu. Ini adalah satu lagi bentuk kezaliman yg dilakukan oleh Najib dan konco konconye dimana tidak perlu membuktikan diri pemandu tersebut bersalah dan terus sahaja didakwa dan disaman.



Dizaman Najib jugalah JUDI bolasepak dihalalkan utk membendung JUDI HARAM. Sememangnye Najib ini HARAM JADAH.



Dizaman Najib jugalah Pilihanraya kecil SIBU Najib memberi rasuah secara terang terang dgn menjanjikan project jutaan ringgit tanpa bersalah.



Dizaman najib jugalah negara akan bankrupt pada 2019 sekiranye pemberian subsidi terus diberikan kpd rakyat jelata.



WOOOOIIIIIII semua bangkitlah menentang segala kezaliman, kehancuran, kebobrokan najib dan konco konconye utk menjahanamkan rakyat dan mengkayakan kroni kroninye.



Ini Bukan Rakyat Didahulukan dan pencapaiyan Diutamakan sepatutnye Slogan ini ditukar kpd "RAKYAT DIGULIKAN, PENCAPAIAN DITOGELKAN



"

Rabu, 21 Julai 2010

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapus

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.




Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro. Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.



"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop.



Beliau berkata, kenyataan kerajaan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) bahawa dasar afirmatif tidak akan dimansuhkan, menjurus kepada salah tanggapan sesetengah pihak bahawa syarikat tersenarai mesti mematuhi syarat 30% saham bumiputera.



Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak telah mengumumkan dasar yang terbuka untuk pelaburan asing pada Jun 2009, termasuk melonggarkan kawalan, dan memberi laluan kepada syarikat tersenarai agar tidak perlu mematuhi kuota 30% saham bumiputera.



Bagaimanapun, masih ramai peniaga Cina yang tidak memahami dasar ini, lantas mengekalkan status syarikat sendiran berhad kerana khuatir bahawa syarikatnya perlu memenuhi kuota 30% saham bumiputera jikalau diubah status menjadi syarikat tersenarai, menurut laporan Nanyang Siang Pau. -MR

Pelajar darjah satu dakwa dicabul guru

July 21, 2010KANGAR, 21 Julai – Seorang pelajar perempuan mendakwa dicabul gurunya dalam sebuah bilik di sebuah sekolah rendah di Guar Sanji semalam menyebabkan beliau kini trauma untuk ke sekolah.



Pelajar darjah satu itu berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi semalam apabila guru lelaki berusia kira-kira 50 tahun itu memanggilnya memasuki bengkel kemahiran hidup sekolah itu dan mencium pipi kirinya.



Pelajar berusia tujuh tahun itu yang ditemui di rumahnya berkata, guru itu melakukan perbuatan itu di sebalik pintu bengkel berkenaan dan mengarahkannya supaya tidak memberitahu perkara itu kepada orang lain.



Bagaimanapun pelajar itu yang takut dengan kejadian itu memaklumkan kepada bapanya yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Arau malam tadi sebelum pelajar itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk pemeriksaan.



Katanya sebelum kejadian itu, guru berkenaan telah mengarahkan seorang pelajar lelaki memanggilnya untuk bertemu guru itu dan semasa di bilik berkenaan, hanya guru itu berada di dalamnya.



Pelajar itu kini trauma untuk ke sekolah dan mahu bapanya menukarkannya ke sekolah yang lain.



Bapa pelajar itu berkata, beliau terpaksa berfikir panjang sebelum membuat laporan polis.



Ini kerana guru itu amat dikenalinya malah pernah menjadi gurunya semasa menuntut di Sekolah Menengah Syed Ahmad, Tambun Tulang kira-kira 25 tahun lalu, katanya.



Bapa pelajar itu yang berusia 41 tahun, berkata laporan itu dibuat kerana bimbang kejadian lebih buruk menimpa anaknya.



Ketua Polis Daerah Kangar Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – Bernama

Suhakam gesa kerajaan siasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita Penan

July 21, 2010KUALA LUMPUR, 21 Julai – Kerajaan perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap nasib wanita dan kanak-kanak perempuan kaum Penan di Ulu Baram, Sarawak yang mendakwa dirogol serta didera secara seksual, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).



Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata suruhanjaya itu, yang amat bimbang mengenai dakwaan rogol dan penderaan seksual wanita Penan itu, sedang dalam proses menilai tindakan sewajarnya untuk dilaksanakan.



Rogol dan penderaan seksual adalah kesalahan jenayah yang serius dan merupakan isu yang amat membimbangkan Suhakam, terutamanya berhubung keselamatan, kebajikan dan maruah wanita serta kanak-kanak perempuan Penan, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.



Beliau menggesa polis dan agensi berkaitan yang lain supaya memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan itu, dan menimbangkan merit beberapa laporan lain bagi memastikan penjenayah terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.



“Mangsa pula perlu digalakkan supaya tampil dan memberi kenyataan, dilindungi daripada sebarang tindak balas disebabkan keterangan mereka dan tidak diugut atau dianiayai oleh pihak berkuasa,” kata Hasmy.



Beliau berkata dakwaan itu diketengahkan kepada umum menerusi media pada 2008 dan sekali lagi dilaporkan dalam penerbitan terbaru oleh gabungan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Penan Supports Group.



“Laporan pencarian maklumat pasukan petugas yang diwujudkan pada 2008 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mendedahkan keterangan berhubung penderaan, dan beberapa syor berkaitan faktor lain yang menyumbang kepada penderaan turut dimasukkan dalam laporan berkenaan,” katanya. – Bernama

Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi

Mohd Rashidi Hassan





'TIADA angin tiada ribut'. Tiba-tiba sahaja Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat pengumuman bahawa beliau sedang menimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.



Ketika ditanya lanjut oleh agendadaily, laman portal pro-Umno, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, "Pada waktu ini saya lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal. Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously considering."



Khairy menafikan beliau merajuk, tetapi beliau mahu memberi peluang kepada orang-orang baru. Katanya, walaupun usia baru mencecah 36 tahun, namun tiga penggal dalam pemuda sudah terlalu lama. Beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh dua tahun.



Namun, Khairy mengakui bahawa 'politic is a big boy’s game. Its not child’s play'. Juga beliau akui tiada perlunya bersikap terlalu idealistik atau terlalu berharap.



Mengapa agaknya Khairy bersikap sebegini? Apakah baru sekarang beliau sedar, beliau tidak diperlukan dalam Umno dan tidak berpeluang dilantik menganggotai Kabinet?



Tindakan Khairy ini mencetuskan andaian. Mungkin juga ia satu usaha beliau menarik simpati, sambil memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, melantik duduk dalam kerajaan, dalam suatu rombakan yang dijangka akan dilakukan dalam waktu yang terdekat ini.



Walaupun pelantikan jawatan dalam Kabinet merupakan perogatif PM, namun Khairy ada hak kerana beliau dalam Ketua Pemuda Umno. Tambahan pula Naib Ketuanya sudah dilantik sebagai Timbalan Menteri.



Malah pesaing yang tewas dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno juga sudah dilantik jadi Timbalan Menteri. Beliau 'habuk pun tak ada'.



Selepas setahun lebih Najib mengambil alih jawatan PM dari bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy masih tidak diberi peluang dalam kerajaan.



Tanpa jawatan dalam kerajaan, Khairy sukar untuk bergerak. Beliau tidak ada platform untuk meraih sokongan juak-juak dan kroni. Beliau tiada bajet untuk 'membela' kroni.



"Dulu masa dia Naib Ketua dia ada bajet besar, maklumlah masa tu bapa mertua dia PM. Orang kata masa tu kalau Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) lawat bahagian, bawa 30K (RM30 ribu), dia akan cover balik dengan 70K (RM70 ribu).



"Sebab tu dia dapat pencalonan besar sebagai Ketua," kata seorang bekas Ketua Pemuda Umno bahagian kepada penulis.



Penulis pun tidak dapat memastikan sama ada dakwaan pemuda Umno ini benar atau tidak, wallahua'lam. Tetapi yang pasti Khairy disabitkan dengan kesalahan mengamalkan politik wang.



Beliau didapati bersalah, tetapi dilepaskan dengan amaran. Nak tahu banyak mana, kena tanya Jawatankuasa Disiplin Umno.



Apa pun, amalan 'membela' kroni dalam Umno adalah perkara biasa dalam sebuah parti yang mengamalkan politik wang. Setiap kali pembesar turun ke bahagian, maka 'bergayut-gayutlah' juak dan kroni menanti habuan.



Untuk seseorang pemimpin menaburkan habuan kepada juak dan kroni, mereka harus mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan ataupun menjadi pengarah kepada berpuluh-puluh buah syarikat milik kerajaan.



Maka dalam keadaan Khairy tidak berjawatan, dalam keadaan sekarang beliau dijangka tidak mampu untuk 'maintain' juak dan kroni. Jika adapun yang boleh dihulur, barangkali tidaklah selebat dahulu.



Isunya di sini, bukan soal memberi peluang kepada orang baru, hakikat sebenarnya yang Khairy tidak harus sembunyikan ialah sebaik sahaja Abdullah melepaskan jawatan PM, masa depannya dalam Umno sudah terlalu gelap.



Khairy tidak harus lupa bagaimana beliau dan bapa mertuanya 'disumpah-seranah' dengan teruknya oleh ahli-ahli Umno akibat kekalahan besar Umno-BN pada PRU ke-12, 8 Mac 2008.



Memang tidak patut diletakkan kesalahan kepada Abdullah dan Khairy, yang ditolak rakyat bukannya mereka berdua sahaja, tetapi Umno dan Barisan Nasional keseluruhannya.



Tetapi Umno tidak mahu mengakui hakikat ini. Mereka mahu mencari 'kambing hitam'. Abdullah sudah menjadi mangsa. Kali ini giliran Khairy pula. Orang-orang Umno tidak akan 'duduk diam' selagi Khairy tidak 'dihapuskan'.



Umno mengamalkan pemusatan kuasa. Ketika Abdullah berkuasa, semua orang mahu jadi orang Abdullah. Cantas mencantas berlaku. Pelantikan anggota Kabinet, malah Menteri Besar pun harus 'orang Pak Lah'.



Pendek kata, sesiapa yang menjadi PM dan Presiden Umno ketika itu, ianya adalah era dia 'beraja dan bertakhta' dalam Umno dan kerajaan.



Pemusatan kuasa dalam Umno ini, dilakukan sejak zaman Mahathir memerintah.



Kali ini zaman Najib berkuasa, orang-orang Abdullah, anak beranak, penyokong dan kroni yang melakukan onar dalam tempoh Abdullah berkuasa, harus dibersihkan. Kecuali mereka-mereka yang menjadi 'talam dua muka' dan golongan yang 'mencari makan' dalam Umno.



Oleh itu, dalam keadaan sekarang sukar untuk Najib melantik Khairy dalam Kabinet selagi 'musuh sebenar' beliau, Tun Mahathir Mohamad masih hidup.



Mungkin juga Najib hendak beri peluang kepada Khairy, tetap beliau mungkin tidak akan tahan apabila 'orang tua' itu mula membebel.



Maka dengan sebab itu Khairy tiada pilihan lain. Sama suka atau tidak beliau terpaksa melepaskan jawatan sama ada sampai dua tahun atau tidak, bergantung kepada keadaan.



Antara sebab yang mendorong beliau mengundurkan diri, pertama, sebab beliau tidak dilantik dalam Kabinet. Pengaruh Mahathir begitu besar dalam hidup Najib sehingga menyukarkan beliau membuat keputusan.



Kedua, jika ada pemilihan Ketua Pemuda, barangkali beliau tidak mendapat pencalonan yang mencukupi. Waktu pemilihan merupakan kesempatan terbaik bagi musuh untuk 'menghapuskan hayat politik' beliau dan gesaan untuk beliau meletakkan jawatan sudah kedengaran dalam Pemuda Umno sekarang.



Ketiga, oleh kerana akan tiada jawatan, tiada pengaruh lagi, mungkin juga menjelang PRU ke-13, beliau tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Rembau.



Dan keempat, barangkali Khairy sedar bahawa Umno sudah tiada masa depan. Umno-BN ibarat 'tongkang pecah' menanti hendak karam. Oleh itu sebelum beliau tenggelam bersama Umno-BN, baik dia berundur dahulu.



Apa pun Khairy sebenarnya bernasib baik kerana, beliau dapat bertahan lebih lama daripada Abdullah. Kalau diikutkan kehendak Mahathir dan musuh-musuhnya, mereka mahu kedua mertua menantu itu merudum sama-sama.



Dalam keadaan Abdullah sudah kehilangan kuasa, Khairy ibarat 'anak ayam kehilangan ibu'. Beliau tiada tempat bergantung, tidak dikehendaki dalam Umno. Berada dalam situasi sebegini amat menyukarkan beliau untuk melaksanakan tugas Ketua Pemuda Umno.



Masalah yang menimpa Abdullah dan Khairy, tidak harus dilihat dalam aspek yang terpencil. Pemerintahan Abdullah mencetuskan banyak persepsi negatif terhadap beliau, keluarga dan kroni. Ia harus dijadikan iktibar buat semua yang pernah berkuasa.



Semua pemimpin politik harus mengambil iktibar. Sesiapa pun yang berada di tampuk kuasa, atau pernah digelandangi dengan kekuasaan, tidak harus dilihat tamak, bongkak dan mementingkan diri, keluarga serta kroni.



Hakikatnya, kita harus sedar bahawa kekuasaan, kekayaan dan pengaruh, bukan milik kita selamanya.



Ambillah pengajaran dari firman Allah (mafhumnya):



"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Surah Ali Imraan, ayat 26)



Semua pihak yang berseteru dalam Umno, sama ada Mahathir atau Khairy, atau sesiapa sahaja harus sedar bahawa, Umno-BN sudah tiada masa depan dalam negara.



Trend pada waktu ini, masa depan rakyat Malaysia adalah bersama Pakatan Rakyat.



Untuk Umno, mereka boleh berebut jawatan, mereka boleh tumbangkan semua orang-orang Abdullah, mereka boleh melakukan pembersihan sesuka hati dalam Umno kerana Najib berkuasa.



Buatlah apa pun, sebelum Umno-BN 'dibersihkan' oleh rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Melayu kena ubah cara berfikir, tindakan


20 JULAI — Seorang gadis yang leka mandi di tepian perigi tidak jauh dari pokok jambu terkejut. Beberapa lelaki melintasi kampungnya juga kaget melihat masih ada yang mandi berkemban kain sarung batik Kelantan di tempat terbuka. “Maaf be, ambo tok sengajo,” cetus gadis spontan sambil membalut bahunya dengan tuala dan tergesa berlalu ke sebuah rumah kayu yang agak usang.

Dia tidak menoleh ke belakang dan membiarkan kumpulan lelaki yang masih terkejut melihat gadis berkemban di sebuah kampung tidak jauh dari pekan Manik Urai.

Suasana tradisi masih hidup di beberapa kawasan pedalaman Kelantan walaupun pelbagai polemik pembangunan bertebaran dan sering dipropagandakan.

Di hotel lima bintang di Lembah Klang, suasana berbeza dan kontras sering berlaku. Beberapa gadis berbikini leka berenang walaupun kolam renang letaknya tidak jauh dari kafe yang dikunjungi pelbagai peringkat usia. Mereka mengepak di kolam renang tanpa pedulikan mata nakal yang galak menjeling.

Jika di pedalaman ada perasaan malu dan memohon maaf kepada tetamu kerana berkemban di tepian perigi, suasana di ibu kota berlainan sekali. Berbikini dan mendedah aurat ialah hak peribadi. Tiada siapa berhak menegur kerana peraturan di kolam renang melarang berpakaian labuh atau berseluar panjang ketika berenang.

Sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada awal dekad 70-an, tradisi kemelayuan terhakis sedikit demi sedikit kerana penyesuaian dengan perubahan struktur ekonomi dan sosial.

Masyarakat Melayu mula berubah daripada sektor ekonomi tradisional kepada bidang industri dan perdagangan yang turut membawa kesan dari segi struktur sosial.

Ketika insiden 13 Mei 1969, bangsa Melayu hanya 10 peratus menetap di Lembah Klang terutama di kawasan daif seperti Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat. Mereka bekerja sebagai buruh atau pemandu dengan upah rendah.

Sebahagian besar Kuala Lumpur berwajah asing kerana faktor penjajahan yang meletakkan garis sosial berdasarkan kaum dan agama. Melayu hanya kekal di desa dengan kehidupan daif dan bangsa lain di kota besar mendapat limpahan projek pembangunan negara.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat pada 17 Julai 1981, rakyat mengharapkan perubahan dasar pimpinan negara kerana Dr Mahathir adalah pemimpin di kalangan rakyat, berbeza tiga Perdana Menteri sebelum ini yang dianggap sebagai bangsawan dan tidak menghayati sepenuhnya penderitaan Melayu di luar bandar.

Selama 22 tahun mentadbir negara, Dr Mahathir perkenal pelbagai dasar yang ada kaitan dengan kepentingan Melayu.

Industrialisasi negara menyediakan peluang pekerjaan dan perubahan cara hidup di kota. Melayu tidak lagi bertapak di luar bandar, malah menjadi usahawan besar di Kuala Lumpur dengan menguasai pelbagai syarikat. Ada dalam kalangan mereka mempunyai hubungan dengan syarikat bertaraf antarabangsa.

Peluang pendidikan dan perusahaan meletakkan Melayu pada ruang persaingan sebenar. Dasar Ekonomi Baru dimanfaatkan hingga mencetuskan fenomena Melayu baru yang dikaitkan dengan Umno — tunjang Barisan Nasional dan dominan perjuangan Melayunya.

Kekuatan ekonomi dan pendidikan secara langsung mengubah persepsi kehidupan. Istilah ketuanan Melayu sering dilaungkan, sekali gus membawa konotasi perubahan sikap dan cara bertindak di kalangan Melayu sendiri.

Jika dulu Melayu desa dianggap sebagai tradisional cara berfikir, berhujah dan berpolitik, Melayu baru memberi gambaran perubahan cara hidup dan tindakan. Penyesuaian dan proses asimilasi di kota besar melahirkan golongan yang bukan saja berbeza, malah ada masanya meragukan.

Istilah politik wang dikaitkan dengan Umno, walaupun parti lain tidak terkecuali menggunakan kuasa untuk menghalalkan cara. Isu kroni, nepotisme dan korup sering berulang. Bukan saja menjelang Perhimpunan Agung Umno, malahan bertebaran di media baru sejak dekad 90-an.

Perubahan cara hidup juga melahirkan Melayu baru yang menyisihkan tradisi muafakat dan kerjasama sejak temurun. Pada hari ini amat jarang majlis kenduri dilakukan secara kerjasama dan gotong-royong. Perubahan sistem ekonomi dan taraf hidup menyebabkan majlis kenduri dilakukan katering merangkap kontraktor majlis dilengkapi pelbagai pakej menarik.

Kerjasama sesama penanggah, tukang masak dan ipar duai sudah berlalu. Ia bukan saja di kota besar, bahkan merebak di luar bandar. Melayu baru sudah berubah sikap kerjasamanya. Begitu juga pada kes kematian apabila urusan gali kubur dan pengangkutan jenazah membabitkan upah dan nilaian harga.

Perubahan sikap dan ruang pemikiran menjadikan segala-galanya berteraskan perkiraan harga. Untung dan rugi menjadi sandaran utama. Kehidupan Melayu baru tanpa sedar meminggirkan tradisi muafakat yang lama tersemai dalam masyarakat di luar bandar.

Perubahan juga meletakkan nilai ekonomi pada setiap tindakan dan pemikiran. Hal ini kian mendesak kerana segala-galanya menuntut perkiraan untung dan rugi seperti di sektor ekonomi semasa.

Luahan “maaf be, ambo tok sengajo” mengingatkan kembali detik spontan yang tidak mungkin berulang. Masih ada sikap tradisional walaupun ia amat terpencil di pedalaman jiwa masing-masing. — Berita Harian

Posted by RAKYAT MARHAEN

Belasah samseng kutip 'tol'

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan samseng kampung dipercayai sering menunjuk lagak dengan mengutip ‘tol’ di Jambatan Kampung Padang Hangus, Tepoh, dekat sini, akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila penduduk membelasah seorang daripada mereka dalam satu kejadian, Jumaat lalu.






INI DIA...Che Haris menunjukkan kesan kecederaan dilibas dengan pedang. Difahamkan, mereka sering menahan kenderaan terutama motosikal melalui kawasan terbabit untuk melakukan peras ugut terutama pada waktu malam, namun perbuatan itu tidak bertahan lama selepas beberapa pengguna yang menggunakan laluan itu membelasah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan.



Semuanya terbongkar apabila kumpulan penjenayah terbabit membelasah seorang penduduk dari Kampung Padang Hangus, dekat sini, selepas mangsa cuba meleraikan pergaduhan berhampiran kawasan jambatan terbabit kira-kira jam 10.30 malam.





Mangsa, Che Haris Che Min, 48, berkata dia hanya cuba membantu meleraikan pergaduhan selepas melihat dua lelaki bergaduh di situ sebelum didatangi seorang penunggang motosikal yang melepaskan satu tendangan di belakangnya menyebabkan dia rebah.





“Sebaik berpaling, saya dilibas pula dengan senjata panjang di pinggang sebelum melawan dengan menahan libasan berkenaan di jari dan kemudian berjaya merampas senjata terbabit selepas menendang penyerang saya.





“Ketika itulah orang ramai mula membantu dan saya yang sudah tidak berdaya kemudian melihat senjata panjang yang mulanya disangka kayu pada tangan saya ketika itu sebenarnya pedang. Akibatnya pinggang, badan serta jari saya luka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.





Menurutnya, beberapa individu mengerumuni kawasan itu membelasah lelaki berkenaan sebelum dia meminta suspek diserahkan kepada polis yang kemudiannya membawa mangsa dan suspek ke hospital untuk mendapatkan rawatan.





Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata polis hanya menerima laporan mengenai kejadian pukul membabitkan seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan di Balai Polis Batu Rakit, kira-kira jam 11.30 malam, Jumaat lalu.

Hukuman mati terhadap pembunuh pelakon Kipas Anggun dikekalkan

PUTRAJAYAL: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabit kesalahan dan hukuman mati terhadap dua lelaki kerana membunuh pelakon Singapura Una Angelia Oliveiro pada 2001.




Hakim-hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud membuat keputusan bahawa mahkamah itu tidak mempunyai alasan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana hakim perbicaran telah menimbang dengan teliti bukti yang dikemukakan saksi pendakwa dalam kes itu.



Panel tiga orang hakim itu menolak rayuan penganggur Mohd Fazli Ismail, 28, dan jurusolek Esma Faizul Zainul Nor, 39, untuk mengetepikan sabit kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadap mereka oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Oktober tahun lalu.





Dua lelaki berkenaan didapati bersalah membunuh wanita tiga anak berusia 44 tahun itu di banglonya di Jalan Bukit Travers, Brickfields, Kuala Lumpur pada jam 11.15 pagi 14 November 2001.





Oliveiro, wanita kacukan Cina dan Inggeris, yang memegang peranan 'Opah' dalam drama sitcom tempatan ''Kipas Anggun'', ditemui mati di ruang makan rumahnya dengan enam kesan tikaman pada dadanya.-Bernama

Lebuhraya Smart ditutup Rabu ini

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Smart akan ditutup Rabu ini bermula 11 malam hingga 6 pagi keesokan harinya.






Menurut kenyataan Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) hari ini, penutupan itu adalah bagi membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan.



Bagi sebarang pertanyaan, hubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188.-Bernama

Melayu paling ramai tengok porno

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

mazlina.majid@kosmo.com.my







FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan



--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR - Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.



Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.



Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.



Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (gambar) yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.



Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.



"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Banyak negara sudah tapis Internet





BAGI pengguna Internet di sesetengah negara, akses kepada laman web tertentu termasuk lucah sudah disekat.



--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.



Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.



RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.



Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.

Ratusan lebah di tiang lampu di Soho




GAMBAR menunjukkan ratusan lebah mengerumuni sebatang tiang lampu di Wardour Street, Soho.



--------------------------------------------------------------------------------





LONDON – Orang ramai yang melalui kawasan Soho di sini akan tertarik melihat sebatang tiang lampu yang dikerumuni dengan beratus-ratus ekor lebah liar, lapor sebuah akhbar semalam.



Kejadian pada musim panas di Wardour Street, Soho, di sini,



dirakam dan dimuatkan ke laman jaringan sosial Twitter oleh seorang penduduk tempatan yang meng-



gunakan nama samaran PopeRamone.



Kehadiran serangga itu mencetuskan sensasi di kalangan orang awam kerana populasi lebah ternak



dan lebah liar berkurangan dengan mendadak di Britain. Lebah-



lebah itu kelihatan bersantai dan berehat sekejap di tiang lampu tersebut.



Pada 2007, bilangan lebah madu Eropah mencatat penurunan besar sehingga mendorong beberapa siasatan dilakukan bagi mencari punca kemerosotan itu.



Lebah merupakan serangga tidak agresif tetapi sengatnya boleh menyebabkan kematian kepada mereka yang menghidap alahan. – Agensi

Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, difatwa halal Majlis Ulama Indonesia

July 20, 2010JAKARTA, 20 Julai – Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal di dunia dari Indonesia, difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.




“Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh,” kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI M’ruf Amin di sini hari ini.



Kopi luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semulajadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan.



Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual.



MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan kopi luwak menjadi lebih jelas.



Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub berkata MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.



“Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis,” katanya.



Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.



Kopi luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang “aneh”.



Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi. Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau “cat-poo coffee” dan dijual dengan harga AS$190 (RM610.85) untuk 500 gram.



Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram dihasilkan.



Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram. – Bernama

Najib digesa segera bincang hak pendakwaan SPRM

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menggesa Perdana Menteri, segera memberi pertimbangan terhadap cadangan Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kuasa pendakwaan kes rasuah diberikan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.



Beliau yang juga wakil PAS dalam jawatankuasa tersebut menggesa Datuk Seri Najib Razak membentangkan satu rang undang-undang mencadangkan pindaan perlembagaan negara dengan segera bagi membolehkan perkara tersebut dapat dilaksanakan dalam usaha berkesan memerangi rasuah dalam negara.



"Perdana Menteri mesti menjadikan cadangan ini sebagai satu prioriti dalam urus tadbir beliau dan saya mengharapkan ianya dimasukkan ke dalam indeks prestasi utama (KPI) yang baru supaya kita dapat serius dalam memerangi rasuah dalam negara kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam.



Menurutnya, dalam beberapa siri pertemuan dengan SPRM, mereka dimaklumkan antara masalah besar bagi pihak mereka adalah tidak dapat membuat pendakwaan dan terpaksa menyerahkan kepada pihak Peguam Negara.



Sehingga kini menurut Salahudin kes-kes rasuah berprofil tinggi banyak tidak dilakukan pendakwaan dan daripada 18 kes katanya, hanya dua kes sahaja yang didakwa.



"Kalau tidak saya rasa semua kes termasuk kes berprofil tinggi hanya diserahkan kepada peguam negara dan terpulanglah kepada peguam negara untuk mendakwa atau tidak dan peguam negara pula bertanggungjawab kepada Perdana Menteri, jadi saya rasa ini tidak ada perubahan besar dalam negara kita," tegasnya.



Beliau juga meminta Najib menjadikan cadangan jawatankuasa khas SPRM itu sebagai perintis dan dimasukkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).



Selain itu, jaminan juga diberi Salahuddin sebagai mewakili Pakatan Rakyat untuk menyokong usul pindaan perlembagaan itu kerana ianya mesti disokong dua per tiga majoriti.



"Mungkin satu persoalan timbul di sini, untuk meminda perlembagaan negara memerlukan dua per tigamajoriti. Saya yang mewakili PAS, dan wakil DAP seta PKR memberikan jaminan sekiranya Perdana Menteri datang ke Parlimen untuk meminda perlembagaan negara, dan sekarang mereka tidak ada majoriti dua per tiga, kami Pakatan Rakyat memberikan jaminan bahawa kita akan mengundi bagi membolehkan perlembagaan negara dipinda dan membolehkan pesuruhjaya SPRM manjalankan pendakwaan," katanya.



Minggu lepas, jawatankuasa berkenaan mengedarkan laporan tahunan operasi SPRM kepada anggota Parlimen dan Senator, dan mereka boleh membahaskan isu-isu dalam laporan itu di dewan.



Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM 2008 itu bertujuan menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini selain menerima laporan tahunan SPRM dan ulasan daripada Lembaga Penasihat SPRM.



Selain Salahudin yang mewakili Pakatan Rakyat, jawatankuasa itu diwakili oleh ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw dari DAP, dan ahli Dewan Negara Senator Zamri Yusuf dari PKR.

Khas Buat Pemimpin UMNO/BN..

Posted by Anak Sungai Derhaka at 12:22:00 AM





Menangisi Kenaikan Harga Barang



..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..



Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..



Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..



Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..





* Dr. Mohd Asri Zainul Abidin *

Rosmah Terkangkang di Sabah : Cepatnya Balasan Allah..

Posted by Anak Sungai Derhaka at 2:53:00 PM

Kalau tadi aku dah post satu entry berkenaan tingkah laku biadap atau kurang ajar Rosmah terhadap Najib yang dipamirkan dikhalayak ramai.. korang tengok lah kat SINI.



Sebagai seorang isteri Rosmah sepatutnya mengekori dibelakang suaminya, bukan mendahalui suaminya Najib dalam majlis rasmi yang punya protocol itu..



Dan berita dibawah pula adalah kesinambungan dari peristiwa di Kota Kinabalu International Airport itu..



Mungkin Allah memberikan peringatan buat Rosmah ataupun Allah membalas perbuatan Rosmah yang menunjukkan sikap tidak tahu menghormati suaminya itu dengan mengelincirkan lalu menjatuhkan Rosmah dikhalayak ramai selepas beliau memberikan ucapannya sebagai Presiden Bakti.



Untuk menyembunyikan rasa malunya atau ‘cover malu’ Rosmah telah menunjukkan marahnya kepada pengawal peribadinya yang gagal menangkap tangannya ketika dia tergelincir. Dihadapan hadirin yang memenuhi dewan Rosmah bangun dan menepis bantuan yang cuba diberikan oleh pengawal peribadinya itu..





Rosmah slipped



Earlier, the Prime Minister's wife Rosmah Mansor caused a slight commotion when she slipped and fell on while descending from the stage after delivering her speech as the President of Bakti (Welfare Body for Wives of Federal Ministers and Deputy Ministers and Barisan Nasional MP).



She had just delivered a speech that lasted more than 40 minutes at the closing ceremony of the wives of BN elected representatives annual programme when she fell that drew a loud scream and gasps from those gathered.



Rosmah did not hide her anger to her bodyguard who failed to catch her hand as she was slipping. In front of the packed ballroom in a major resort and spa here, once she picked herself up, pulled away from her bodyguard and refused to be guided by the back to her seat.



She also waved her finger crossly at her female bodyguard as though rebuking and blaming her for letting her fall.



Musa, who was about to deliver his speech after Rosmah, stopped for about five minutes as Najib, Musa and other dignitaries at the VVIP tables checked on Rosmah. Other wives of the elected representatives sitting near the main table also went to see her.



After indicating that she was fine with a smile, Musa made his way to the rostrum but stopped at the place where Rosmah had fallen and scratched the surface of the staircase with his shoe.



“True it is very slippery,” he said before proceeding with his speech.



However, her husband Najib did not touch on the matter when he went to deliver his speech to close the annual programme.



Najib took just over 15 minutes to deliver his closing speech as he said “my wife has said all that I wanted to say”.





Free Malaysia Today

Siapa Perdana Menteri ni?? Rosmah atau Najib

Posted by Anak Sungai Derhaka at 12:57:00 PM

Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar dibawah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.



Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.



Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.



Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..



Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?



Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?



Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU…



Labels: Pendapat aku laa...

Isnin, 19 Julai 2010

Karpal pneumonia, kes liwat Anwar ditangguh hingga 2 Ogos


Oleh Shazwan Mustafa KamalJuly 19, 2010Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 2 Ogos, 2010. – Gambar Reuters



KUALA LUMPUR, 19 Julai — Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 2 Ogos kerana peguam utama beliau Karpal Singh tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.

Seorang lagi peguam Anwar, Datuk Param Cumaraswamy memberitahu, Karpal sedang dirawat kerana pneumonia dan berehat di rumah.



“Perbicaraan ditangguhkan sehingga 2 Ogos, dan akan diadakan sepanjang bulan depan. Kami boleh meneruskan prosiding ketika itu,” kata Param.



Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang membenarkan permohonan berkata prosiding akan diteruskan walaupun Karpal tidak dapat hadir di mahkamah bulan depan.



“Jika Karpal tidak hadir pada bulan Ogos, perbicaraan akan diteruskan tanpa beliau,” kata Mohd Zabidin.

3 lelaki Indonesia digantung kerana edar ganja





Tiga lelaki Indonesia dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas dijatuhi hukuman gantung.



--------------------------------------------------------------------------------





ALOR SETAR - Tiga warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 1,858.6 gram ganja di Sungai Petani dekat sini lima tahun lepas.



Hakim Datuk Zamani A. Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes itu menimbulkan keraguan munasabah.



Amri Alamsyah, 41, Iskandar Ibrahim, 33, dan Muhammadiah Hasan, 31, dituduh mengedar dadah di hadapan kedai Chin Hin Motor Sdn. Bhd., No. 10, Jalan Kampung Baru, Sungai Petani dekat sini pada pukul 2.30 petang 6 April 2005.