Rabu, 12 Januari 2011

Ada pilih kasih kuatkuasa peraturan maritim

11/01/2011 2:52pm

TAWAU - Agensi penguatkuasa berkaitan undang-undang maritim di Tawau diminta supaya tidak bersikap pilih kasih ketika melaksanakan peraturan membawa barangan keperluan asas ke Pulau Sebatik.
Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, tindakan penguatkuasa dan agensi berkenaan menahan barangan keperluan asas seperti gula, minyak, beras dan tepung yang dibawa penduduk ke Pulau Sebatik adalah tidak wajar.
"Saya banyak menerima aduan daripada penduduk kampung (bahawa) ada orang luar membawa keperluan asas ini diseludup keluar hingga ke negara jiran tetapi tidak ditahan. Kenapa penduduk kampung yang membawa masuk untuk keperluan asas orang kampung ditahan.
"Janganlah berkeras sangat dengan penduduk kampung tetapi orang luar yang membawa banyak barangan kita keluar ke negara jiran dilepaskan pula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan